Sunday, May 4, 2008

Punan Bah Dalam Ingatan

Sewaktu surf internet tetiba saya teringat Punan Bah. Terus taip Punan Bah kat Google dan dapat ler beberapa link seperti punan.info. Terus teringat balik nostalgia sewaktu berada berkhidmat di Klinik kesihatan Punan Bah tahun oktober 1996 - oktober 1997. (Imbas kembali....... )
Sekitar oktober 1996, tawaran kerja diterima dan terkejut kerana mendapat tahu yang saya akan bekerja di Klinik Kesihatan Punan Bah, Belaga. Selama ini, saya hanya mengetahui Belaga tetapi tidak pernah pun mengetahui tentang kewujudan Punan Bah. 20 Oktober 1996 saya berangkat ke Jabatan Kesihatan Negeri cawangan Kapit. Beberapa hari di kapit untuk sesi orientasi saya telah diarahkan untuk ke Klinik Kesihatan Punan Bah. Perjalanan dari kapit ke Punan Bah dengan menggunakan Bot Ekspres yang memakan masa selama 5 -6 jam perjalanan. Perjalanan terlalu lama, merempuh beberapa kawasan sungai yang bahaya seperti "rapid" merit. Seingat aku, sampai ke Punan Bah sekitar jam 1 tengahari dan disambut oleh MAic ketika itu, Encik Bobby. Wow, tergamam, terkejut, takut, sedih, semuanya bermain dalam fikiran. terkejut kerana Klinik Punan bah hanya terdapat seorang MA. Klinik pula terletak kira kira 10 minit menaiki perahu ke rumah panjang. Klinik dan rumah panjang dipisahkan oleh sebatang sungai kecil. Setahun berada di Punan Bah, bermacam macam peristiwa sedih, duka berada dalam ingatan. Ingat lagi dengan nama nama seperti kusai, wesley, donny, cikgu alawi. Mereka inilah kawan kawan sewaktu berada di sana. Oh ya, teringat pula dengan keluarga angkat ku. keluarga wesley. Layanan mereka terhadap ku terlalu baik. Wesley, rasanya sekarang dia ni dah berkawin atau mungkin dah berumur sekitar 25 tahun. Cikgu alawi? entahlah, terlalu lama tidak berhubung. Rindu juga dengan nama nama ni.
Teringat rasanya untuk berjumpa dengan mereka. Oh ya, setahun berada di sana, bahasa Punan memang dapat ku kuasai dengan mudah. Sampaikan loghat Bahasa Melayu sarawak ku pun dah berubah. Aduh, rindu lan rasanya. Majan Lan oak eang ploei Punan. Jik toun. Hahaha......kekadang kalau geram geram kat adik sekali sekali aku akan menggunakan bahasa Punan. Sekarang ni dah hampir 13 tahun sejak meningalkan Punan bah aku langsung tidak pernah menggunakan Bahasa tersebut. untuk menguasai bahasa Punan seperti dulu mungkin tidak tetapi untuk berbahasa Punan rojak rojak tu bolehler. Kalau nyaan Oma Punan Nukak website ni bolehler kontek oak. Bukan apa, nak menghilangkan rasa rindu dan berbahasa Punan sekali sekala.