Wednesday, October 15, 2008

Kawasan Speed Trap


Benda ni aku dapat dari Internet. Tak ingat site mana. Tekan "control" "+" untuk membesarkan imej.

Can you raed tihs?

I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Monday, October 13, 2008

Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

9hb Oktober lepas adalah detik bersejarah buat kesemua pelatih dari Institusi latihan KKM. Majlis konvo telah dibuat di Dewan Wawasan Jitra. Sempatler snap snap 2 3 pic untuk diletakkan kat dalam blog.

Kualiti gambar tak berapa elok. Tak reti nak adjust atau setting kat kamera HP. (Biaq Pi lah).

Ni plak gambar aku memvolunteerkan diri untuk bergambar dengan beberapa orang Dresa dresa ni.

Gambar kat atas adalah gambar gadis yeos air minuman. Hahaha....sebenarnya pelatih dari Kolej Pembantu Perubatan Alor Star.

Alif

Alif Ba Ta Sa....hahaha...bukan nak mengaji tapi nama Alif ni adalah nama anak saudara baru kami. Kawan si Danial. Dalam blog ni nak letak gambar mama Danial ngan si Alif. Danial plak asyik merajuk bila tengok mama dia pegang si Alif. Alif ni baru je sampai dari JB.

Balik beraya

Lama sungguh rasanya tak update blog. sejak raya hari tu sampai lah ke hari ni. rasanya 2 minggu juga ler buka internet. Raya lepas seronok ler juga rasanya tapi yang tak bestnya time nak balik. 7hb oktober dalam pukul 10 malam aku menerima panggilan dari MAS, bagitau yang flight aku dari Sibu ke KL telah ditunda ke pukul 1155 pagi. Aku apalagi, marahlah. Siapa tak marah kita dah prepare tu prepare ni tetiba depa kata flight kensel. Kalau kensel aku tak dapat ler nak guna conecting flight aku dari KL ke Alor Star. Lepas berunding tu berunding ni akhirnya depa nak antar aku dan istriku ke Kota Kinabalu dan dari sana direct ke KL. Aku bagitau kat diorang aku tak kisah asalkan dapat flight ke Alor Star pukul 1.55 petang tu. Malam tu susah betul rasanya nak tido. asyik pikirkan benda keesokan harinya.
Keesokan harinya plak, aku dan istriku sampai ke Airport Sibu dalam pukul 7 pagi. Dan lepas berbincang dengan pegawai kat situ, depa pun nak hantar kami ke Bintulu (Utara Sarawak) dan dari sana ke Kuching (Selatan sarawak).


Ya Allah, banyaknya flight yang aku kena guna. Kesian plak rasanya dengan Danial.

Flight kat atas tu flight yang kami guna dari Sibu ke Bintulu. Flight kecik je. Fokker. Kat dalam tu bergegar je rasa flight dan jantung berdegup degup terutama waktu landing.

Ni plak flight dari Kuching ke KL. Flight Airbus. Dalam punyaler besar. Rasanya dapat memuatkan 200 orang kot. Barisan duduk sebaris semuanya ada 8 kerusi. Flight selesa sungguh. Danial plak kat dalam flight dari Kuching ke KL tak tido langsung asyik bermain main dengan orang kat belakang.

Gambar Danial dan mama dia sewaktu kat Airport Kuching. Kesian tengok Danial terpaksa naik turun flight.

Akhirnya pada pukul 4 petang kami pun mendarat dengan selamatnya di Lpgn terbang Sultan Abdul Halim Alor Star. lega sungguh rasanya bila dan sampai. Gambar kat atas tu gambar flight yang kami guna ke Alor Star.