Monday, December 24, 2007

Mang Timang Kateng....




Huhu..tu ler ayat yang aku guna tok menimang Danial. Layan Layan jer Pic ni. Dah nak sebulan ler tak update update blog. apa taknya, asyik traveling jer....

Sunday, December 2, 2007

Senaman Kalistenik dan Regangan

Kearah Hidup Cergas Sepanjang Hayat

Peningkatan umur serta kurang melakukan pergerakan boleh menyebabkan tubuh badan hilang daya kelonggaran dan kelembutan. Otot akan menjadi semakin tegang dan lemah. Namun begitu tubuh badan mempunyai keupayaan yang aneh untuk mengembalikan semula kelembutan dan kekuatan yang telah hilang. Melalui satu program kecergasan yang berterusan anda boleh mencapai hasrat ini. Anda digalakkan melakukan senaman kalistenik dan regangan sebagai satu pilihan senaman. Boleh dilakukan di mana-mana tanpa perbelanjaan tambahan.

Panduan

Asas regangan adalah sama tanpa mengira umur dan tahap kelembutan.
Regangan yang sempurna bermakna anda tidak melakukannya melebihi tahap kemampuan sendiri.
Regangkan anggota badan anda tanpa paksaan.
Melonggarkan sendi dan otot-otot yang tegang memakan masa, tetapi ia boleh dicapai sedikit demi sedikit.
Sebarang keraguan hendaklah merujuk kepada doktor pakar anda sebelum memulakan senaman.
1 Berjalan setempat.
Kaki terangkat dari lantai. Tangan lenggan cergas.
Kesan:
Meningkatkan peredaran darah keseluruh tubuh badan.
2 Lari setempat.
Angkat lutut dan hayun tangan.
Kesan:
Menggalakkan peredaran darah.


3 Jogging di sekeliling dewan sambil meloggoarkan sendi bahu, lengan dan tengkok.
Kesan:
Menggalakkan peredaran darah, kelonggaran sendi dan otot.

4 Lompat selang seli kiri dan kanan.
Hayun tangan dengan rancak.
Kesan:
Menggalakkan peredaran darah serta kelonggaran sendi dan otot.

5 Lompat anak setempat.
sambil angkat kaki ke kiri dan ke kanan berselang seli.
Kesan:
Kelonggaran dan kelembutan sendi dan otot kaki.
6 Berdiri setempat.
Hayun tangan ke depan dan ke belakang sisi.
Kesan:
Kelonggaran dan kelembutan sendi dan otot tangan dan bahu.

7 Trunk twister.
Meregangkan otot-otot bahu dan belakang.
Kesan:
Menguatkan otot-otot pinggang.

8 Duduk dan berdiri (5x)
Berdiri tegak, bengkok lutut, tangan mencecah lantai dan bangun semula.
Kesan:
Menggalakkan peredaran darah


9 Regang tengkuk.
Tangan di bawah dagu menolak ke atas. Kedua-dua tangan di atas kepala menekan ke bawah. Ketiga tangan di kiri dagu menolak ke kanan. Akhir sekali tangan ke kanan dagu menolak ke kiri.
Kesan:
Kelembutan dan kelonggaran sendi tengkuk.
10 Regang tengkuk.
Buat separuh bulatan dengan kepala dari kiri ke atas, ke kanan ke bawah dan ke kiri. Buat tiga bulatan dan tukar arah.
Kesan:
Untuk kelembutan dan kelonggaran otot-otot dan sendi di tengkuk.


11 Regang Selangka.
Angkat bahu sehingga mencecah telinga. Turunkan bahu ke bawah. Bengkokkan siku, buat bulatan supaya sendi-sendi bergerak.
Kesan:
Sendi otot lingkungan selangka dikendurkan.

12 Regang bahu.
Tangan dibengkokkan di depan dada. Tolak siku ke dalam dengan sebelah tangan lain berselang. Tangan capai tulang belakang. Tarik siku dengan tangan bebas. Tukar tangan.
Kesan:
Mengendurkan otot-otot bahu. Melonggarkan sendi


13 Angkat tangan ke belakang (3x).
Cangkukkan jari-jari tangan di belakang. Angkat tangan perlahan-lahan setinggi yang boleh, kemudian turun dan ulang.
Kesan:
Mengendurkan otot-otot bahu depan.
14 Regang badan (2x).
Angkat tangan kanan lurus. Lengan cecah telinga. Tarik tangan kanan ke kiri sambil bengkokkan badan. Tukar tangan dan ulang.
Kesan:
Mengendurkan otot-otot sisi kiri dan kanan.


15 Regangan depan.
Merengangkan otot-otot paha bahagian belakang dan bahagian bawah.
Kesan:
Menguatkan otot-otot paha dan pinggang.
16 Kilas badan (2x).
Berdiri dengan kaki terbuka. Kepala toleh ke kiri. Capai pelipat kaki kanan dengan tangan kiri. Tukar arah dan ulangi.
Kesan:
Meregangkan otot-otot sisi supaya kendur.

17 Tekan badan ke bawah.
Berdiri dengan kaki terbuka di dinding. Tangan letak ke dinding paras bahu. Tunduk ke depan dan bengkokkan di penggang seberapa rendah.
Kesan:
Menguatkan bahagian bahu, belakang dan betis.
18 Peluk lutut (2x).
Berdiri atas sebelah kaki.
Kedua belah tangan peluk lutut sebelah lagi dan tarik ke dada. Tukar dan ulangi.
Kesan:
Meregangkan otot-otot pinggang dan bahagian belakang paha.


19 Regang Peha (2x).
Berdiri tegak dengan sebelah tangan menyokong ke dinding. Tangan kiri mencapai hujung kaki kanan dari belakang. Tarik kaki ke atas dengan membawa lutut ke belakang. Tukar kaki dan ulangi.
Kesan:
Mengendurkan otot-otot di bahagian hadapan paha.

20 Tolak dinding (2x).
Menghadap dinding. Letakkan tangan ke dinding sama dengan paras bahu. Satu kaki ke depan, satu kaki ke belakang. Bengkok siku perlahan-lahan sambil membawa badan ke depan. Tukar kaki dan ulangi.
Kesan:
Mengendurkan otot-otot betis.

21 Sandaran dinding.
Kedua dua tangan ke dinding. Lunjurkan sebelah kaki ke belakang dan sebelah lagi di
hadapan
Kesan:
Menguatkan otot-otot betis

22 'Lunge'
Meregangkan otot-otot betis.
Kesan:
Menguatkan otot gastrok dan
hamstring


23 Regangan 'groin'.
Meregangkan otot-otot paha
bahagian dalam dan belakang
bahagian bawah.

24 Perut ke paha.
Regangkan otot-otot paha
bahagian belakang dan
bahagian betis.
Kesan:
Menguatkan otot dibahagian
peha


25 Bengkok lutut (3x).
Berdiri tegak. Perlahan-lahan
bengkokkan lutut hingga 2/3
dan bertahan selama 10 saat.
Ulang 3 kali.
Kesan:
Mengendurkan otot-otot
betis.

26 Tolak bumbung (3x).
Berdiri tegak. Tangan jalin jari
di atas kepala. Tolak ke atas
hingga sampai ke bumbung.
Tahan selama 10 saat. Ulang
sebanyak 3 kali.
Kesan:
Meregangkan otot-otot
seluruh badan.


27 Rehatkan diri.
Berdiri selesa. Sambil tarik
nafas, angkat tangan ke sisi
dan ke atas. Hembuskan nafas
perlahan-lahan habis-habisan.
Kesan:
Melegakan diri.

28 Baring dan angkat punggung Meregangkan otot-otot punggung.
Kesan:
Menguatkan otot-otot spinal,
abdomen dan glatius


29 Regangan 'lower back'.
Meregangkan otot-otot
pinggung dan belakang
bahagian bawah.
Kesan:
Menguatkan otot-otot
belakang dan pinggul
.
30 Regangan kucing.
Meregangkan otot-otot perut.
Kesan:
Menguatkan otot-otot
belakang dan abdomen


31 Regangan tunduk.
Meregangkan otot-otot dada dan bahu.
Kesan:
Meregangkan otot belakang,
bahu dan abdomen
32 Regangan 'gravlti'.
Meregangkan otot-otot bahu,
tulang rangka dan tepi
belakang bahagian atas.
Kesan:
Menguatkan otot bahagian
dada, lengan, bahu abdomen
dan belakang


RUKUN KECERGASAN
Anda perlu menjalani latihan (train), tetapi bukan secara paksaan.
Memanaskan badan dan menyejukkan badan secara Ansurmaju
Mengetahui kadar nadi sasaran dan mengikutnya.
Sentiasa berada dalam keadaan aktif. Tidak perlu berlatih secara giat setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 90 minit seminggu.
Menyeimbangkan program senaman.
Bernafas secara "Rhythemic". jangan menahan nafas.
Relaks - berlatih kuat pada satu hari ringan pada hari berikutnya.
Memilih tempat dan suasana yang sesuai dan selamaT untuk bersenam.
Makan makanan seimbang 3 kali sehari.
Mengurangkan tekanan perasaan melalui rekreasi, membaca dan lain-lain.


FAEDAH REGANGAN
Sendi-sendi bergerak dengan lancartanpa rintangan.
Mengurangkan / mengelakkan penyakit "Muscular Skeletal".
Mengelakkan kecederaan pada otot tendon, ligamen.
Mempercepatkan peredaran darah.
Melancarkan pergerakan maksima.
Mempercepatkan proses perkumuhan - supaya tidak merasa kesakitan / ketegangan otot.
Merehatkan otot-otot yang tegang hasil dari aktiviti yang dilakukan.
Mengelakkan pengumpulan darah di bahagi tertentu.
Mengekalkan kelembutan.


KELEMBUTAN
Kebolehan badan manusia menggerakkan anggota-anggotanya dari semua sudut pergerakkan sendi yang munqkin.

Kelembutan ditentukan oleh beberapa faktor :-

Dihadkan oleh rangka tulang badan serta sendi-sendi.
Ditentukan oleh saiz dan kekuatan otot.
Umur dan jantina.
Tahap penglibatan dalam sukan.


Sumber dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia

Thursday, November 29, 2007

Fakta menarik: AL-Kiswah Kaabah

Raja Mesir beli 10 kampung untuk dapat hasil tenunan bagi dihantar ke Makkah

SELAIN hitam, pernahkah anda melihat kelambu Kaabah atau Al-Kiswah berwarna merah, hijau, kuning dan putih? Sebenarnya, sebelum kelambu Kaabah dilitupi kain sutera berwarna hitam, ia juga melalui zaman evolusi serta berubah warna mengikut perkembangan Islam dan kehendak pemerintah ketika itu.

Sejarah kelambu Kaabah boleh diikuti di Muzium Dua Masjid Suci yang menyimpan pelbagai kisah dan perkembangan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Jika selama ini penulis kurang mengambil berat mengenai sejarah kelambu Kaabah, namun kunjungan ke Muzium Dua Masjid Suci ketika menziarahi tanah suci Makkah, Ogos lalu, membolehkan penulis menghayati sejarah kelambu Kaabah serta peristiwa lain berkaitan perkembangan Islam.

Muzium yang dibina berhampiran kilang menenun Al-Kiswah itu turut memaparkan kegigihan umat Islam dalam memulihara kesucian Masjidil Haram serta usaha keluarga diraja dan Kerajaan Arab Saudi menjaga keutuhan masjid berkenaan.

Selain itu, pelbagai peralatan yang berkaitan Kaabah disimpan di sini, antaranya pintu Kaabah, tangga, peralatan menenun Al-Kiswah, penutup Hajar Aswad, al-Quran tanpa baris yang mula-mula ditulis oleh sahabat nabi, replika pancur emas dan penutup telaga zam zam.


MESIN menenun Al-Kiswah.

Ada perselisihan pendapat di kalangan sejarawan mengenai siapa yang mula-mula memasang Al-Kiswah. Ada mengatakan Nabi Ismail yang menggunakan kain diperbuat daripada kulit haiwan.

Satu pendapat lain pula mengatakan orang pertama memasang kelambu Kaabah ialah Raja Yaman, Tubba Abu Karb As'ad, kira-kira 220 tahun sebelum Hijrah yang menggunakan kain buatan Yaman ditenun benang perak.

Tradisi itu diteruskan oleh raja dan pembesar Arab yang menyediakan kelambu Kaabah daripada pelbagai warna antaranya putih, kuning, hijau dan hitam menggunakan kain sutera kasar.

Bagaimanapun, ketika itu mereka tidak membuka kelambu Kaabah yang lama sebaliknya terus meletakkan yang baru di atas dan membiarkan kelambu lama hancur sendiri.


SEORANG pekerja sedang menenun Al-Kiswah, kelambu Kaabah.

Sebelum kedatangan Islam, iaitu ketika Kaabah di bawah penguasaan kaum Quraisy, mereka menggunakan kain sutera sebagai Al-Kiswah.

Selepas penaklukan kota Makkah oleh orang Islam pada tahun ke-8 Hijrah, Rasulullah SAW memasang Al-Kiswah menggunakan kain tenunan Yaman, diikuti Khalifah Abu Bakar dan Umar Ibn Khattab. Bagaimanapun, Saidina Uthman menggunakan kain Qibti ketika pemerintahannya.

Kain sutera digunakan semula untuk Al-Kiswah pada pemerintahan Khalifah Abdul Malik Marwan.

Pada 1342 Masihi, Raja Mesir, Sultan al-Malik as-Saleh Ismail yang prihatin dengan penyediaan Al-Kiswah membeli tiga kampung, Basus, Sandabis dan Abil Ghit di daerah Qalyub untuk dijadikan wakaf bagi mendapatkan hasil tenunan membuat Al-Kiswah.

Kemudian Sultan Salim Al Usmani membeli pula tujuh kampung bagi tujuan sama.

Sewaktu Mesir diperintah oleh Mohammad Ali Basya, diwujudkan pula jawatan khusus bagi urusan pembuatan Al-Kiswah. Kelambu Kaabah yang dihasilkan di Mesir itu akan dikirim ke Makkah melalui Sinai menjelang musim haji setiap tahun.

Bagaimanapun, apabila berlaku peperangan, pemerintah Mesir tidak menghantar kelambu Kaabah pada saat tibanya musim haji seperti lazimnya pada 1924 dan 1925.

Tindakan itu mengejutkan Raja Abdul Aziz kerana Arab Saudi sudah bersedia untuk menyambut tetamu Allah menunaikan haji. Bagaimanapun, mujur ada satu kelambu Kaabah buatan Iraq yang sudah siap, masih belum dipakai dan disimpan dalam gudang. Raja Abdul Aziz segera memerintahkan kelambu itu dikeluarkan dan diletakkan pada Kaabah.

Peristiwa itu menghairankan pihak Mesir kerana Raja Abdul Aziz dapat menyiapkan kelambu Kaabah yang cukup lengkap dalam tempoh 10 hari saja. Berikutan peristiwa itu juga, Raja Abdul Aziz mengambil keputusan mendirikan sebuah kilang khusus untuk membuat Al-Kiswah.

Pada 1926, Kerajaan Mesir mengeluarkan larangan penghantaran Al-Kiswah ke Makkah membuatkan Raja Abdul Aziz segera mengumpulkan pakar kaligrafi, tukang tenun, tukang jahit dan pakar pencelup yang bertungkus lumus menyiapkan kelambu Kaabah dalam tempoh beberapa hari saja.

Raja Abdul Aziz amat berpuas hati dengan hasil kerja tangan Al-Kiswah buatan anak tempatan yang siap pada 1927 itu kerana selain diperbuat daripada kain tebal bermutu tinggi, ia diperindahkan lagi dengan tulisan kaligrafi daripada benang perak bersadur emas manakala tabir pintu Kaabah diperbuat daripada sutera asli bersulamkan benang perak bersadur emas.

Pada musim haji tahun itu dan tahun seterusnya Kaabah dipasang dengan Al-Kiswah buatan Arab Saudi.

Bagaimana pula dengan Al-Kiswah yang terpakai?

Sebelum kedatangan Islam, kelambu Kaabah ditinggalkan berlapis-lapis dan bertompok-tompok hingga buruk dan hancur sendiri sehingga timbul kebimbangan akan membebankan dan lama kelamaan berkemungkinan meruntuhkan Kaabah.

Akhirnya kelambu itu ditanggalkan dan disimpan di rumah penjaga Kaabah iaitu orang Bani Syaibah.

Sementara ada pula riwayat menyatakan pada permulaan zaman Islam, pemegang anak kunci Kaabah ketika itu, Syaibah bin Othman al-Hujubi bertanya kepada Saidatina Aisyah mengenai Al-Kiswah yang bertimbun-timbun di atas Kaabah sama ada hendak ditanggalkan dan ditanam di satu tempat supaya tidak digunakan oleh orang yang berjunub dan haid.

Aisyah menjawab: "Tidak baik dilakukan demikian, bahkan hendaklah dijualkan dan harganya itu dibelanjakan kepada jalan kebajikan dan disedekahkan kepada fakir miskin."

Ketika pemerintahan Raja Abdul Aziz as-Saud, kelambu itu diserahkan semuanya kepada Bani Syaibah dan dijual menurut budi bicaranya sendiri.

Bagaimanapun, pada awal 1960, Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan perintah menegah jualan kelambu Kaabah bagi menjaga kesucian Islam.

FAKTA: Kelambu Kaabah



Ditenun daripada 670 kilogram sutera putih asli dan dicelup dengan warna hitam. Luas keseluruhannya adalah 2,650 meter persegi.


Mengandungi 47 kepingan empat segi bujur berukuran 14 meter kali 95 sentimeter.


Sulamannya pula menggunakan 120 kilogram benang perak bersadur emas.


Kelambu Kaabah pertama buatan anak tempatan dipasang pada 10 Zulhijjah dan padanya tertulis perkataan, “Kelambu ini yang pertama kali dibuat di Arab Saudi atas perintah Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman as-Saud”.


Raja Fahd bin Abdul Aziz as-Saud yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Kedua merangkap Menteri Dalam Negeri Arab Saudi meletakkan batu asas pembinaan kilang baru Al-Kiswah pada 1972.


Perasmian kilang kelambu Kaabah oleh Raja Fahd yang ketika itu Putera Mahkota merangkap Timbalan Perdana Menteri Pertama Arab Saudi pada 26 Mac 1977.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dimensi/20071007123531/Article/

Sunday, November 18, 2007

Freeware Link

Online Virus, Trojan & Worm Scanners

Trend Micro House Call
Scan your pc for viruses, trojans and remove them.
Website


F-Secure Online Scanner
Scan your pc for viruses, trojans and remove them.
Website


Panda ActiveScan with TruePrevent

Scans, disinfects and eliminates over 90,000 viruses, worms and Trojans from all system devices, hard disks, compressed file and all your email. Detects spyware. 84 percent of malware installed on computers worldwide is spyware.
Website



BitDefender Online Scanner
BitDefender Online Scanner is a fully functional antivirus product. It features all required elements for thorough antivirus scanning and effective cleaning: it scans your system's memory, all files, folders and drives' boot sectors, providing you with the option to automatically clean the infected files.
Antivirus scanSpyware scan


AhnLab MyV3 Online Scanner
MyV3 is an online antivirus program developed to help users scan and remove viruses at anytime and anyplace when connected to the Internet. MyV3 provides rapid and precise scan and cure for virus infection using AhnLab antivirus engine.
Website



ArcaOnline Online Scanner
Scan your pc for viruses, trojans and remove them.
Website


Authentium Command on Demand Online Scan

Scan now using the world's largest virus database Over 200,000 known computer viruses, worms & Trojans Winner of multiple awardsAbsolutely free!
Website


Computer Associates Online Virus Scanner

Scan your pc for viruses, trojans and worms.
Website


McAfee freescan

Scan your pc for viruses, trojans and worms.
Website

Symantec Security Check
Scan your pc for viruses, trojans and worms.
Website


Windows Security Online Trojan Scan

Trojan horses are a huge security threat. A Trojan is a program that enters your computer undetected, giving the attacker who planted the Trojan unrestricted access to the data stored on your computer. Trojans can transmit credit card information and other confidential data in the background. Trojans are often not caught by virus scanning engines, because these are focused on viruses, not Trojans. Catching such threats would require the use of a Trojan scanner (a.k.a Trojan cleaner, Trojan remover, anti-Trojan).
Website


Submit a Suspicious File

VIRUSTOTAL
Submit a suspicious file to be scanned for viruses
Website


Online Firewall/Port Scanners

Gibson Shields UP! Online Port Scan
Test your ports to see how secure you really are on the Internet.
Website


Audit My PC Online Firewall/Port Scan
A key to Internet Security begins with a firewall, but when configured wrong, can leave you exposed and vulnerable. Our firewall test performs a port scan to help determine your level of risk. Our port scanner is known for its speed and includes the ability to scan all 65,535 ports
Website


Firewall Leak Tester

Nowadays, threats from the Internet are growing, both from the inside and the outside. To answer to a security need from Internet users (us), security software firms have created "personal firewalls", softwares acting like real hardware firewalls, but on user's computers.These personal firewalls have network level filtering, that we will name "network filtering", and an outbound application filtering that we will name "software filtering".
Website

Tuesday, November 6, 2007

Lack of sleep may lead to fatter kids

By CARLA K. JOHNSON, Associated Press Writer Mon Nov 5, 7:45 AM ET WROTE:

CHICAGO - Here's another reason to get the kids to bed early: More sleep may lower their risk of becoming obese. Researchers have found that every additional hour per night a third-grader spends sleeping reduces the child's chances of being obese in sixth grade by 40 percent.
The less sleep they got, the more likely the children were to be obese in sixth grade, no matter what the child's weight was in third grade, said Dr. Julie Lumeng of the University of Michigan, who led the research.
If there was a magic number for the third-graders, it was nine hours, 45 minutes of sleep. Sleeping more than that lowered the risk significantly.
The study gives parents one more reason to enforce bedtimes, restrict caffeine and yank the TV from the bedroom. The study appears in the November issue of the journal Pediatrics.
Lack of sleep plays havoc with two hormones that are the "yin and yang of appetite regulation," said endocrinologist Eve Van Cauter of the University of Chicago, who was not involved in the new study.
In experiments by Van Cauter and others, sleep-deprived adults produced more ghrelin, a hormone that promotes hunger, and less leptin, a hormone that signals fullness.
Another explanation: Tired kids are less likely to exercise and more likely to sit on the couch and eat cookies, Lumeng said.
Dr. Stephen Sheldon, director of sleep medicine at Chicago's Children's Memorial Hospital, praised the study and called for more research. He said children's sleep may be disturbed by breathing problems — some caused by overweight, such as sleep apnea, and some caused by enlarged tonsils and adenoids.
"I'm not so sure we have enough information yet on cause and effect," said Sheldon, who was not involved in the study.
Researchers used data from an existing federal study and focused on 785 children with complete information on sleep, and height and weight in the third grade and sixth grade. The children lived in 10 U.S. cities.
Mothers were asked: "How much sleep does your child get each day (including naps)?" On average, the third-graders got about 9 1/2 hours sleep, but some slept as little as seven hours and others as much as 12 hours.
Of the children who slept 10 to 12 hours a day, about 12 percent were obese by sixth grade. Many more — 22 percent — were obese in sixth grade of those who slept less than nine hours a day.
The researchers took into account other risk factors for obesity, such as the children's body mass index in third grade, and still found the link between less sleep in third grade and obesity in sixth grade. They acknowledged that factors they did not account for, such as parents' weight or behavior, may have contributed to the risk.
Jodi Mindell of the Children's Hospital of Philadelphia's Sleep Center noted there are plenty of other reasons for encouraging good sleep habits, such as success in school.
"I don't want parents to think, 'If I get her to sleep, she's not going to be overweight,'" Mindell said. "I think this is a small piece in the picture."

Source : http://news.yahoo.com/s/ap/20071105/ap_on_he_me/diet_kids__sleep

Monday, November 5, 2007

Saja jer ni........

Buang jari dalam tandas

SUNGAI PETANI: Seorang ibu kesal dengan tindakan kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star yang didakwanya membuang hujung jari telunjuk tangan kiri anaknya yang terputus ke dalam mangkuk tandas, kelmarin.Zuraiza Omar, 35, berkata kira-kira jam 11 pagi dia membawa anaknya Muhamad Shaeidil Amir, 11, ke jabatan itu untuk menyambung semula jari telunjuk yang putus akibat terkena parang ketika mengopek kelapa di rumah.Zuraiza Omar, 35, dari Kampung Batu Menunggul, Air Putih, Pendang, di sini, berkata sebaik tiba di jabatan itu, beberapa kakitangan merawat kecederaan jari anaknya, tetapi seorang daripada mereka meminta untuk melihat bahagian yang terputus.Katanya, dia kemudian menyerahkan hujung jari yang disimpan dalam bekas plastik berisi ais.
“Kakitangan itu mengambil jari berkenaan dan mendakwa ia tidak boleh disambung lagi. Dia kemudian membawa hujung jari itu keluar dari bilik rawatan tanpa disedari rakannya yang merawat jari anak saya.
“Selepas kakitangan itu masuk semula tidak lama selepas itu, rakannya meminta hujung jari yang terputus itu, tapi dia memberitahu ia dibuang ke dalam mangkuk tandas.“Rakan kakitangan itu terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana dia tidak merujuk kes berkenaan kepada doktor bertugas,” katanya ketika ditemui di Taman Delima, di sini, semalam.Zuraiza berkata, dia kemudian bertanya mengenai tindakan kakitangan itu, tetapi lelaki terbabit hanya menjawab hujung jari berkenaan dibuang kerana tidak boleh digunakan lagi.“Anak saya kemudian dibawa berjumpa doktor dan saya memberitahunya hujung jari anak saya yang terputus itu dibuang ke dalam mangkuk tandas oleh seorang kakitangannya.“Biarpun terkejut dengan jawapan saya, doktor terbabit hanya memberitahu dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyambung semula jari anaknya kerana hujung jari yang putus itu sudah tiada.“Saya kecewa dengan tindakan kakitangan itu dan hairan mengapa dia mengambil keputusan sendiri tanpa merujuk kepada doktor. Apakah kakitangan kecemasan boleh membuat keputusan tanpa merujuk kepada doktor?” katanya.Menurut Zuraiza, dia boleh menerima hakikat jika hujung jari yang terputus itu tidak dapat disambung kembali, tetapi kakitangan itu sepatutnya memulangkan semula bahagian berkenaan, bukan dibuang ke dalam mangkuk tandas.Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan kakitangan itu, Zuraiza membuat laporan di Balai Polis Kota Star.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20071104072419/Article/index_html

Emm, malas nak komen, tapi yang saya dengar dari sumber sumber kat Hospital Sultanah bahiyah, benda ni bukannya anggota KKM yang buat, tapi Bla, bla, bla. emm, taknak ler komen panjang panjang. nanti teruklak saya. Huhu, emm, dah nak sebulan tak masuk site. apa taknya, lepas 2 minggu cuti raya kat sarawak, pi plak IJN 2 minggu. sebulan memang dok kontrak kat tempat lain. pas ni bz ngan exam bebudak. Petang ni TKSU nak buat lawatan kat kolej. dengar kabar pasal nak tengok infrstruktur kat kolej untuk pengambilan student perempuan januari ni. emm, Tahniah kat PPP, profesion semakin meningkat dan yang terbarunya dengar kabar ada elauan kritikal tak lama lagi (Bos sendiri habaq kat perhimpunan pagi semalam). wah, seronokler hangpa. kami ni dapat 5% jer ler elaun tu. apa apa pun tahniah kat orang orang atas yang berjuan untuk profesion..

Saturday, October 20, 2007

Selamat hari raya

Aduh, lama sungguh tak masuk blog dan update blog ni. 7hb lepas sampai ler 20hb cuti sakan. 2 minggu cuti kat sarawak. Seminggu dok cuti umah orang tua dan seminggu plak cuti umah ayah mertua. 2 minggu rasa macam sehari jer. sampai sampai terus onkan pc dan terus update blog. Kalau tak masuk sebulan ler tak update langsung pasal esok 21hb nak pi KL plak 2 minggu sebab ada kursus kat IJN, KL. ni yang lemah tol bila ingat. apa tak. cuti 2 minggu ngan anak istri tetiba terus gi KL tok berkursus. rasanya tak lambat lagi nak ucapkan Selamat hari9 Raya kat semua ni....Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari saya sekorga.

Tuesday, October 2, 2007

Debat Nabi Ibrahim, Namrud

NABI Ibrahim a.s memikirkan hakikat kejadian alam ini. Pemikirannya bertambah dalam, hingga ke alam akhirat, seterusnya terdetik dalam akalnya cara Tuhan menghidupkan manusia yang mati.Beliau tidak dapat memikirkan masalah itu menggunakan akalnya, walaupun puas dicuba. Ini kerana hal berkaitan menghidupkan makhluk yang mati di luar kemampuan manusia.Justeru, baginda berdoa supaya memperlihatkan kepadanya mengenai perkara berkenaan. Doa baginda diterima, namun Allah bertanya kepadanya: “Apakah kamu wahai Ibrahim belum beriman?”Ibrahim berkata: “Tidak sekali-kali, bukankah Engkau memberikan wahyu kepadaku dan aku sudah percaya serta membenarkannya. Tetapi perkara ini semata-mata bagi menguatkan imanku.”
Lalu Allah memerintahkannya mengambil empat burung, kemudian burung itu dipotong dan dipisahkan setiap anggota badannya, supaya Ibrahim melihat sendiri burung itu dihidupkan semula.
Potongan kecil daripada empat ekor burung itu dihancurkan, lalu dipisahkan antara satu sama lain. Kemudian burung yang sudah dihancurkan itu dijadikan empat bahagian dengan masing-masing bahagian itu diletakkan di atas puncak empat bukit berjauhan.Kemudian Ibrahim diperintahkan memanggil burung terbabit. Masing-masing bercantum kembali dan terbang ke arahnya. Baginda menyaksikan peristiwa berkenaan dengan perasaan kagum.Menurut sesetengah pihak, Nabi Ibrahim disuruh mengambil empat burung, lalu memeliharanya dan menjinakkannya hingga burung terbabit dapat datang kepadanya apabila dipanggil.Kemudian setiap burung itu diletakkan di bukit berlainan, lalu dipanggil dengan satu tepukan atau seruan. Burung itu akan segera datang walaupun tempat terpisah dan berjauhan.Selepas itu, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ibrahim: “Demikian juga Aku membangkit dan menghidupkan manusia yang sudah mati untuk dihidupkan di alam akhirat dan akan dihisabkan semua amalannya ketika berada di dunia. Dan semua manusia akan menerima balasan masing-masing.”Nabi Ibrahim pernah berdebat dengan Namrud bin Kana'an, iaitu seorang raja dunia yang empat. Tiga lagi raja ialah Zulkarnain (Mukmin, yang diterangkan dalam surah al-Kahfi), Sulaiman bin Daud a.s (rasul) dan Bukhatnashar (kafir).Mengikut cerita, Namrud memegang tampuk pemerintahan selama 400 tahun, seorang raja dunia yang selalu melampaui batas, sombong dan zalim, malah menganggap dirinya tuhan.Perdebatan pertama apabila Namrud berjumpa dengan Ibrahim. Namrud bertanya: “Wahai Ibrahim, siapakah tuhanku? Adakah bagimu tuhan selain aku?”Nabi Ibrahim menjawab: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan.” (al-Baqarah: 258)Begitupun, Namrud mentertawakan Nabi Ibrahim dengan mengejek dan menentang dengan berkata: “Saya dapat menghidupkan dan mematikan.”Nabi Ibrahim bertanya: “Bagaimana caranya?” Namrud berkata: “Lihatlah!” Kemudian Namrud memanggil pemegang kunci dan memerintahkannya bagi mendapatkan dua orang lelaki dari penjara yang dihukum bunuh. Kemudian Namrud memerintahkan tukang pukul untuk memukul leher seorang daripada dua orang terbabit, lalu mati.Namrud berkata: “Inilah aku telah mematikannya dan aku telah perintahkan untuk membebaskan seorang lagi, lalu lepaslah dia dari kematian.” Tambahnya lagi: “Inilah aku telah menghidupkannya.”Perdebatan antara Namrud dan Nabi Ibrahim pada hari keluarnya baginda dari api, disebabkan pada hari berkenaan tiada penyelesaian membuatkan mereka saling berdebat.Nabi Ibrahim pernah berhijrah ke Mesir bersama isterinya, Sarah kerana perbatasan Palestin ketika itu tandus. Di Mesir baginda memperolehi seorang hamba wanita bernama Hajar.Baginda kembali ke Palestin bersama Sarah dan Hajar. Hati Sarah semakin gusar kerana selama 70 tahun berkahwin tidak dikurniakan anak, sedangkan usianya semakin tua.Lalu Sarah memaklumkan kepada suaminya, Nabi Ibrahim supaya hamba wanitanya, Hajar dibolehkan untuk dijadikan isterinya, dengan harapan dikurniakan anak yang soleh dan memberikan sinar kehidupan mereka.Perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Hajar memperolehi Nabi Ismail a.s dan baginda membawa kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.Ketika usia Nabi Ibrahim 100 tahun, Sarah yang ketika itu juga sudah tua dan lemah melahirkan anak pula iaitu Ishaq a.s. yang membawa kepada keturunan beberapa nabi di kalangan Bani Israil.Nabi Ibrahim hidup selama 175 tahun. Baginda dimakamkan di kampung al-Mukafilah dan isterinya Sarah dimakamkan di tempat berkenaan. Tempat itu kini dinamakan al-Halil.

Petikan diambil dari : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Hati/20070917100425/Article/index_html

Sunday, September 23, 2007

Malasnya

Malas tol nak update blog. rasanya dah nak masuk seminggu kot tak update blog ni. 24hb Sept plak nak pi pemantauan kat Hospital Sultan Abdul Halim kat SP. 27hb sampai 29hb nak pi KL sebab ada meeting. Aduh, boringnya kalau nama naik tok pi KL ni. Kalau dulu kecik kecik nak pi KL mesti seronok tapi la ni kalau bagi upah pun malas sungguh nak pi. Kalau tak pasal meeting memang takkan nak pi KL. tapi tak pa, 7hb tak lama lagi. Sat jer tu. pejam celik pejam celik sampai ler 7hb tu. Nak balik Srwk ler pastu 8hb pi Sibu lak nak beraya ni. Huhuhu....baju raya dah beli dah. Sedondon lak kami 3. semuanya warna kuning. Baju Danial pun kuning. saiz 11. saiz paling kecik yang dapat kat pekan. dah ler tu reganya bukan murah. Ingatkan baju budak saiz tu dapat ler dalam rm20 tapi rupanya rupanya nak sampai rm50. Emm, tapi raya punya pasal beli ler juga baju tu. Oklah sampai kat sini jer ler. nanti nanti ler saya poskan pic Danial tekini.

Monday, September 17, 2007

Tahniah Kat Kumpulan14.


Salam semua...Tahniah kat semua bekas anak anak murid aku yang paling nakal. Hari ni depa melapor diri kat JKN negeri masing masing. Rasa bangga plak dapat melahirkan seramai 55 orang pelatih yang sekarang dah bergelar Penolong Pegawai Perubatan bermula 17hb September 2007. Tok korang semua surat kursus BTN saya dah start antar kat rumah masing masing. Sijil boleh diambil sendiri kat opis saya sendiri. kalau nak pos alamatnya lama ler. pasal nak antar sekali dengan sijil Induksi. apa apa hubungi saya untuk perkembangan Induksi. Tahniah sekali lagi atas gelaran PPP. Jangan abaikan tanggungjawab hangpa. (sorry Bob, guna pic kat friendster awak). Pic kat atas tu pic Kumpulan 14 yang sekarang hanya kenangan.

Sunday, September 16, 2007

Layan Layan


Dalam Lampu kuning.Tidur lagi.


Pic terkini Muhammad Danial pada 16 September 2007 diamik kol 7 pagi tadi.Layan layan layan..........

Thursday, September 6, 2007

latest pic of Muhammad Danial.






Ni ler pic danial yang paling terkini. diamik pada pukul 6.30am tadi (6sept 07). Malas nak citer panjang. Kalau orang Kedah cakap " Segan nak habaq panjang panjang, Tak dan". HuHUHu...apa apa pun layan jer........

Haru Biru....

Satu Kolej Tau. Satu Hospital Tau. Satu Negeri Tau dan Satu Malaysia dah tau. Tau apa ek? emm, 4hb sept 2007, keluar dalam Harian Metro 2 buah kereta terbakar di kuarters Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, kedah. dan nak tau kereta sapa? Kereta berplet QSD9184. eh, kereta siapa pula tu? nak [pendekkan cerita, tu ler kereta saya. sedih kereta yang ada sentimental value bagi saya dibakar dan disimbah minyak pada 3hb sept 2007. Tak tau angkara siapa. memang tensen sangat sangat hari tu. Tapi rasa sedih berkurangan apabila menerima banyak call simpati dari bos bos, member sekolej dan ramai juga ex-student yang call antar sms. TQ guys...memang pening giler pikir angkara siapa. dah ler naik turun balai polis 2 3 kali dan kena siasat amik statement sampai 3 jam. Ramai yang ingat macam macam. Adayang kata Along, adalak yang kata suami orang sebab berskandal dengan isteri orang. ish ish.....tapi Allah maha kuasa. Semalam 5hb september ambulan hospital plak kena bakar. dah saspek diketahui budak remaja. Motif dan cara hampir sama dengan apa yang dibuat ngan kereta saya. emm, Allah banyak membantu. Terima Kasih Isteriku, kerana memahami, Terima kAsih Allah.....

Thursday, August 30, 2007

Terkini Danial

Pic ni saya amik semalam. Baru jer balik dari Klinik Pakar Pediatrik. Punya ler lama tunggu giliran. Sampai kat klinik dalam kol 9 dan tunggu punya tunggu dah dekat nak ke pukul 1pm. Turn Danial masuk periksa x sampai 10 minit. Tapi memang ramai orang yang datang kat klinik ari tu. Kene tunggu lama memang biasa. Keutamaan kes kes teruk didahulukan. apa apa tengok jer pic Danial yang terkini. Dikesempatan ni juga nak ucap SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-50.

Monday, August 27, 2007

Danial Oh Danial



Ni pic terkini Danial. Semalam staf KK Langgar datang untuk Home Visit hari ke-20 dan berat Danial sekarang dah 3.81KG. tak sampai sebulan berat dah naik 700gm. Apa taknya menyusu setiap 30minit. Malam tadi plak kami suami isteri berjaga sampai kol 2pagi sebab Danial taknak tidur. Pas bagi susu nak minta dukung plak. Pas dukung 30minit pas tu menangis minta susu. Tak tensen tapi menyeronokkan jaga baby apalagi anak sendiri. Kiut lak tu...HAHAHA......

Sentimental Value


Ada 2 barang yang betul betul mempunyai sentimental value. Satu "Beg Pensel Kotak Kotak" dan satu lagi surah yasin. Yang beg tu sejak saya kat tingkatan 4 (1993) dan masih simpan sampai sekarang dan benda ni bukannya dibeli tapi mak yang buat. Sayang sangat kat benda ni dan satu lagi surah yasin yang mak saya bagi waktu tinggal kat asrama tingkatan 1(1987) dan masih lagi simpan dan guna sampai sekarang.

Sunday, August 26, 2007

Masuk TV.























































Lama sangat tak update blog ni pasal server kolej down. Nak masuk internet memang tak bleh langsung. banyak juga benda nak tulis. 3 hari berturut turut start 22 hb sampai 24hb Ogos, muka masuk tv tok rancangan sihat selamat pagi Malaysia TV1. Awal awal pagi dah bangunkan wife tok tengok tv. Awal awal lagi dah cajkan bateri kamera pas tu rekod dan tangkap pic kat TV. HUHU, emm blom lagi jadi pelakon dah rasa glamer plak. Apa taknya, jiran jiran kat sebelah rumah pun tanya pasal ni. ada 2 slot lagi, minggu ni esok lusa keluar ler lagi. apa apa pun tengok jer pic yang saya poskan ni.Sempat ler snap snap 2 3 pic tok masuk dalam blog.

Monday, August 20, 2007

Danial


2 ari x update blog. semalam bz ngan keje pemantauan. pagi ni plak server down. jadi nak update x bleh. awal awal pagi kol 7am dan snap snap pic Danial tok update. nasib baik ler Danial dah bangun tapi kami dua suami isteri plak kepenatan sebab semalaman berjaga tok buat susu. Danial buka mata jer merengek minta susu. Tapi pengalaman seronok sebab dapat tengok anak bila buka mata. Ni pic Danial terkini. amik pagik tadi dalam kol 7.00am.

Saturday, August 18, 2007

Bulan kemerdekaan


Semalam tepat jam 12 tgh malam dari tingkat 8 kuarters nampak dengan meriah sekali letupan bunga api sempena menyambut malam kemerdekaan. Bangga rasanya lahir Pasca Merdeka. Rasa terharu dengan pengalaman nenek moyang kita dalam zaman penjajahan untuk menentang penjajah. Ingat lagi cerita arwah nenek saya tentang beliau dan para seangkatan beliau menjadi ahli Persatuan melayu Sarawak untuk golongan ibu. tapi saya sempat lagi teringat masa budak budak (sekitar umur 6 7 tahun) zaman darurat. Kat Sarawak walaupun dah merdeka tapi komunis masih lagi memberontak sekitar taun 1978 atau 1979. Ingat lagi waktu tu, kalau dah kol 6pm kami berkurung kat rumah. bunyi dentuman senapang memang kedengaran. Bila imbas kembali zaman tu dan dengar kembali cerita kemerdekaan rasa terharu sangat sangat.

Terima Kasih kepada Pemimpin terdahulu. Terima kasih Tunku Abdul Rahman. Terima Kasih Rosli Dhobi. Terima Kasih Rentap. Terima Kasih Semua. Terima Kasih Malaysia. Sempena menyambut kemerdekaan ke-50 Negaraka jangan abaikan semangat nasionalisme. AKU SAYANG PADUMU....MALAYSIA TANAHAIRKU.

P/S: HUHU..TERHARU RASANYA.

Thursday, August 16, 2007

Hurray weekend.

Wow, ari ni khamis. sekarang ni kol 1200tepat. Keje alhamdullilah dah disiapkan. semalam tido lewat dan bangun plak awal. tido 3 jam je semalam pasal nak edit dan buat kertas MANS1213 semester 2 yang sepatutnya diantar dan sampai sebelum 20hb Ogos. Jadi ptg ni saya kene submit kat bos. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.
tetiba lak pagi ni teringat dan rindu sangat sangat kat family kat Sarawak. Tak sabar rasanya nak balik bawa Danial tok jumpa ngan tok and tok wan kat sana. Tapi puasa tak lama lagi. Emm, sabar jer ler. HP penghubung kami. Esok pagi nak tido sepuas puasnya (pas semayang subuh ler). minggu ni betul betul penat. Cuti seminggu rasa macam tak cuti jer. banyak benda kene setel dan uruskan. Nasib baik Big Bos minggu ni ke KL. kalau tak mesti soh handle erobik. Kat opis, saya kene handle erobik setiap khamis 5.30pm. tapi rasanya kalau Bis Bos ada pun memang kene habaq kat big bos tak larat nak buat. Lagipun time puasa ni. Bukan puasa ramadan tapi puasa nazar. Huhu..Ptg karang nak jalan jalan shoping kat pekan. Chow dulu.....

Wednesday, August 15, 2007

Pocothon



Emm, apsal lak rajin sgt nak antar artikel ni? x sampai sejam dah 3 artikel tajuk diantar kat blog. Event ni dah lama dah 4 Ogos lepas tapi pic baru ari ni dapat. Anjuran Persatuan Lompat Tali Kota Setar Kolej telah menghantar 4 orang Pelatih. dan alhamdullilah seramai 2 orang ke peringkat akhir Pocothon peringkat negeri kedah kat Kulim 4 ogos lepas. Nak tulis tak syok, rasanya tengok jer pic pic yang ada... Layannnnnnnnnnn lagi.

Hadiah...


Emm, huhu sebaik saja artikel terakhir kene post dapat kol dari kak Ani soh masuk opis. X tanya panjang saya terus pi opis. Huhu, En. Yu bagi hadiah tok Danial bagi pihak Kolej. TQ semua. Emm, niler pic hadiah danial dan kat belakang 2 orang tu kak fairuz (duduk) dan kak Ani.

Bendang...

Tinggal di tingkat 8 berhadapan dengan bendang suatu pengalaman yang tak pernah dirasai. Angin sepoi sepoi bahasa bertiup setiap kali tingkap dibuka. Tapi setiap kali tingkap dibuka setiap kali tu juga hama dan serangga serangga kecil (lady bugs etc) akan masuk. Kalau malam lagi ler teruk. Tutup macamana sekalipun serangga akan masuk. Entah macamana serangga serangga ni menyelinap masuk pun tak tau.Ari ni takda kelas. sepanjang ari dari pagi tadi asyik mengadap komputer tapi bukanler surfd internet jer sambil sambil tu buat lesson plan tok mengajar esok. Esok ingat nak buat OSCE "Tekanan Darah" untuk pelatih semester 2. 49 orang kesemuanya dan rasanya dalam 4 jam habis kot.
Pagi tadi balik sat rumah nak tgk danial. Berat dah meningkat dah dalam masa 7 hari. dari 2.73kg dan pagi tadi ke 3.1kg. emm, asyik asyik pic danial yang dipost. xda pic lain ke? emm, blog ni dibuat pun memang tok danial.

Tuesday, August 14, 2007

Tak sihat.


Kelas Kejururawatan untuk semester 1 dah pun abis. Pukul 2pm lak nak pi pemantauan kat Klinik kesihatan Langgar. kira kira 3 KM dari hospital Sultanah Bahiyah. Minggu lepas cek x dan nak pi pasal faternity Leave seminggu dan baru je abis 13hb ogos. cuti 7 hari pastu rasa malas plak nak turun keje apalagi dapat tau takda org jaga anak dan istri kat rumah. nasib baik ler adik ipar saya mai dari Sik. dan tolong istri saya selama 2 minggu. Saya nak minta cuti lak tak bley pasal banyak kelas tak cover lagi.

Kat sebelah tu adalah tempat kerja saya. Layannnnnnnnnn..................

Pic Terbaru



Pic ni saya amik semalam. Awal awal lagi dalam kol 8 saya terus ke Jabatan Pendaftaran Negara Kedah. Sampai saja kat JPN kedah, saya terus ke kaunter dan mengisi bedan benda yang patut. tak sampai 10 minit anak saya dah sah menjadi warganegara Malaysia. Nama yang tertera Muhammad Danial Jee dgn nombor pendaftaran 070807-02-XXXX. emm ni ler nombor pendaftara Danial.

Monday, August 13, 2007

Discaj Home

Hurray, terima call dari staff Hospital S.B kol 4 dan memberitahu danial dah bleh discaj. seronoknya nak amik anak balik. setelah bil bil setel dan semua benda dah dibuat saya terus mencium danial sekuat kuat hati dan tanpa melengahkan masa terus membawa Danial ke rumah. Kat rumah Danial asyik menyusu. semalam saja dah menyusu 4 kali dan 2 kali bangun tok buat susu. Welcome home Danial.....Daddy Mummy Love U.

Sunday, August 12, 2007

Geramnya............


Emm, blog ni sama dengan blog http://www.nizamdanial.blogspot.com/ tapi malangnya bila nak buka blog tu tetiba lak pagi ni pasword semua terlupa. ishh...pagi ni awal awal lagi dah datang ke opis sebab nak dapatkan GL untuk anak yang admit kat wad kenanga 5D Hospital S.Bahiyah, A.s sebab NNJ (neonatal Jaundice). sedih dan pilu teramat sangat bila tengok anak dicucuk sana dicucuk sini. tapi apakan daya demi kebaikan anak. Semalam doktor memberitahu yang anak saya akan didiscaj dari wad pagi ni.