Saturday, August 29, 2009

Info lucu

Info Menarik 1:
Tahukah Anda? Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan, harta dunia dan tidak pernah juga rungsing pasal akhirat ialah Orang Utan.


Info Menarik 2:
Tahukah anda? Aurat dan Urat adalah dua perkara yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang terlalu mendedahkan aurat, urat lelaki akan membengkak di sesuatu kawasan.

Info Menarik 3:
Tahukah Anda? Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

Info Terkini 4:
Tahukah anda? Cabai dan Cibai adalah dua perkataan yang berlainan maksud. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang-orang tua.

Info menarik utk hari ini:
Tahukah anda? Kondom dan kondominium adalah dua perkara yg berbeza, tetapi byk kondom² yang terbuang dpt ditemui di dalam kondominium yg terbiar kosong...

Wednesday, August 26, 2009

The male life cycle


Emm, aku no komen. Dapat benda ni dari facebook, saja je berkongsi kat blog ni. Bukan nak jadikan blog ni blog lucah plak. Huhu.

Tuesday, August 25, 2009

Hafiz AF7 - Masih Jelas.


Ni adalah video terbaru dari Hafiz AF7. Suka sangat lagu ni. Tapi apasal plak pompuan kat dalam video klip ni nampak desperate sangat. kalau ya pun, tak payah lah nak terhegeh hegeh. Buat menyemak je dalam video Hafiz.

Selamat Menyambut Ramadhan

Friday, August 21, 2009

Majlis Konvo Institusi Latihan KKM bahagian Kedah.


18hb ogos lepas,adalah majlis konvo tok Institusi Latihan KKM bahagian Kedah. Macam biasa aku jadi AJK pameran. Entahlah, tugas aku jadi jaga kaunter pameran je tiap kali. Pas konvo tu, aku sempat ler bersnap 2 3 pic tok letak dlm blog.Pic paling aku suka pic atas tu.Aku malas betol bila nak update time macam ni server ada je poblem.





Wah, seronoknya korang ya. Saya tak jemput pon tok posing skali. Ni mesti keje si Tun.


Shoes for sale........

Kami yang ensemm..Huhu.Penat tol ari tu.

Ni lak, dayang dayang pada hari rehersel.

Friday, August 14, 2009

3 jantan

Suatu hari, 3 orang lelaki telah ditangkap oleh satu puak Kannibal (makan orang punya spesis). Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.


Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dlm hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu dengan membawa buah durian!!

Friday, August 7, 2009

Danial's 2nd Birthday

Pejam celik pejam celik tak sedar umur Danial dah menjangkau dua tahun. Teringat lagi perkara manis yang berlaku dua tahun lepas sewaktu wifeku mengatakan dia mengalami pendarahan. Tak sangka Danial yang dijangka akan lahir 22hb Ogos telah lahir 2 minggu lebih awal. Sampai kehari ini, aku masih dapat merasakan kemanisan hari tersebut. Kepada anakku Muhammad Danial Jee, Selamat Menyambut Hari Lahir yang kedua. Papa, mama and Awish sayang nenel. Danial ni minat sangat dengan Mickey Mouse. Pernah sekali dia mengigau menyebut "Mi MAAA" sewaktu tido (maksudnya "mickey mouse" ler tu.