Thursday, July 31, 2008

Taklimat naziran

Seawal jam 5 pagi aku dan istriku dah bangkit. Istriku kena keja shif pagi. Aku plak malas nak pi kolej selepas jam 7. kalau bertolak awal atau lewat rasanya takda beza cuma apabila istriku shif pagi aku pun menyibuk bertolak ke kolaj sebelum kol 7. Macam biasa selepas berkemas, kami mengantar Danial ke Nurseri yang terletak kat bawah kuarters. Macam biasa jugak, danial semestinya akan menangis apabila diberikan kepada pengasuh.
Lepas tu, aku menghantar istriku ke Wad yang hanya terletak 50m je dari kuarters. Aku terus bertolak ke kolej. Dalam perjalanan ke Kolej, jalan lengang je. seronok rasanya drive pepagi macam ni. Sampai sampai kat opis aku terus onkan komputer dan mula membuat kerja. Hari ni, aku kena masuk kelas semester 2 sebab nak bagi formula untuk Ujian Hess. 8.30 pagi taklimat naziran bermula. Seronok rasanya 4 sampai 6hb ni tiada kat kolej. Bukan apa, takut kena audit. Benda benda semua dah setel. kalau audit pun audit ler tapi yang tak bestnya time audit ni ada aje yang tak kena. Padahal kita dah buat pun benda tu.
Pukul 11 tadi tetiba teringin nak makan ikan bakar cicah ngan asam. nasib baik ler member ku mengajak pi makan kat gerai ikan bakar. Nyam nyam nyam. Sekor ikan kembung bersaiz besar ku sambar. Emm, sedap sungguh rasanya.
Petang ni ingat nak pi Klinik Kesihatan Padang serai. Nak buat pemantauan kat sana. nasib baikler kali ni takada pi hospital Bukit Mertajam. kalau ada jenuh juga rasanya nak rush ke Bukit Mertajam. Dah tu bila sampai kat sana, ada ada je problem. sesat jalan le, susah nak dapat parking le, dan macam je problem.

Tuesday, July 29, 2008

Israk Mikraj Eve.

Pagi ni betul betul haru. Power point tok mengajar tetiba hilang plak. Nasib baik ada alternatif lain. Ketua unit plak tetiba minta soalan somatif. Pening pening. Banyak betol benda kena buat. Tapi naisb baikler semmuanya dah setel. Ahad ni plak taklimat naziran. Tapi nasib sungguh baik, aku kena pi KKM kat Putrajaya. Seronoknya sebab takda kat kolej selama seminggu. Bukan apa, bleh escape dari kena audit. Hip Hip Hurrayyy....
Esok cuti Israk Mikraj. Nak duduk kat rumah je. Plan nak tengok TV. Malas nak kuar. Malam ni bleh tido lewat sampai ke pagi. Time ni rasanya seronok kalau dapat tengok citer kat Channel Kirana sambil lepak lepak kunyah keropok. Hahahaha.....
Malam ni ingatkan nak pi masjid. Nak dengar dan ikut ceramah Israk Mikraj tapi malas plak last last minit. Ish Ish Ish....Tak tau nak tulis apa lagi kat dalam ni. Kalau dah banyak sgt blog macam ni ler jadinya. Semua blog kena update kalau tak update bersawang ler jadinya. Apa apa selamat Menyambut Israk Mikraj.

Thursday, July 24, 2008

May ayah

Pejam celik pejam celik rupa rupanya post hari ni adalah post yang ke-100. Lama juga nak create post yang ke-100 ni. Bukan apa, sebab malas nak update. kalau tak mesti dulu lagi dah capai 100. Semalam, istriku shif malam. terpaksa jaga Danial. Danial pula malam tadi meragam je. Kol 12 mcm tu aku kuarkan dia dari buaian dan terus letak soh dia tido tas tilam je. Nasib baik tak menangis. Dia selesa pula tido tas tilam. Tapi kol 2.30 mlm dia terjaga dan menangis. Uwakkkkkkkkkk nenen nenen. Emm, kena bangun dan terus bancuh susu dan tukar pampers dia. Pas tu dia tido sampai ke pagi.
Pagi ni tetiba teringat kat mak ayah kat Sibu. Terlalu rindu rasanya kat ayah. Kesian rasanya kat mak dan ayah ditinggalkan beribu kilometer. Berpuluh tahun menjaga kami tetiba bila besar kami pula tidak bersama mak ayah. MAK AYAH....KAMI SAYANG MAK AYAH.

"Ya Allah; ampunilah dosaku dan kedua ibu bapaku,serta rahmatilah (peliharalah) keduanya seperti mana mereka memeliharaku sewaktu kecilku"...AMIN.

Thursday, July 17, 2008

Happy Birthday


Khas untuk isteri tersayang......Selamat menyambut harijadi yang ke-34. Dun worry its just a number. :))....Peluk cium dari suami tercinta dan anakmu Danial.

Wednesday, July 16, 2008

Relation with Quran


Our relation with Quran

From: DrYunus, 4 months ago





What is the nature of our relation with Quran?


SlideShare Link

Monday, July 14, 2008

Diragahayu Tuanku

Esok 15hb Julai 2008 adalah genap 50 tahun pemerintahan DYTM Sultan Abdul Halim selaku pemerintah bagi negeri Kedah Darul Aman. Bagi penduduk dan rakyat negeri Kedah kami mengucapkan selamat Dirgahayu kepada Tuanku Sultan. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia Tuanku....DAULAT TUANKU.

Thursday, July 10, 2008

Blog bersawang

Wah, Lama betul tak update blog ni. Rasanya dah bersawang benar dah ni. Bukan apa. Bz sana Bz sini. Ada ada je benda yang dibz kan. Lepas lepas minggu orientasi kat opis aku ni, sejak tu banyak pula benda yang nak dibuat. Ingatkan abis orientasi takda apa dah. Ujung minggu banyak yang hangus macam tu je sebab asyik turun kerja buat benda tu buat benda ni. Geram juga rasanya. Bukan nak berkira tapi masa yang ada ujung minggu je dengan family tapi terpaksa digunakan untuk buat kerja. Oh, lupa pula pasal Danial. Danial time ni dah nak tumbuh gigi. Dua batang dah nak mencuit dekat gusi. Rasanya minggu depan kuar ler tu. Semalam bawa Danial ke Klinik. Berat dalam sebulan naik 100gm je. Malu plak kat misi misi. Bukan apa, mesti ingat tak pandai nak jaga baby. hahaha. Ala, paranoid sikit sikit tak pa. Lepas ni nak jumpa student aku. Ada kelas dengan depa.

Saturday, July 5, 2008

Aku Menang Loteri...

YOUR EMAIL ADDRESS HAS WON!!
Thursday, June 26, 2008 7:17 PM
From:
"FROM THE POWERBALL LOTTERY BOARD"

To:
undisclosed-recipients
POWERBALL LOTTO -wheel E-game 2008Cumberland House 80 Scrubs LaneLondon NW10 6RFUnited Kingdom.Date: 26th June 2008Ref Nr: PBL/CN/6654/CPDear Consolation Prize WinnerWe wish to congratulate you over your email success in our computerballoting sweepstake held on the 26th June 2008 Your email IDidentified with coupon No.PBL234897432. You have been approved for the star prize of 63,000:00 (Sixty ThreeThousand Great British Pounds).

Please contact the due process uniteofficer DPU Mr William Simon.
Claims Requirements:
1. Full names:
2. Residential address:
3. Phone number:
4. Fax number:
5. Occupation:
6. Sex:
7. Age:
8. Nationality:
9. Present Country:
10.Next of kin name/address:
11.Passport Photograph or any form of legalidentification: Driver'sLicense etc.

Contacts: William SimonFiduciary Agent+447011140945+447011147298
Once again congratulations from all our staffs on your consolationprize winning.RegardsMrs Judith Mark(Coordinator)

Yahooo..........Aku menang. Aku menang. Eh, Entahler. Minggu ni je aku terima 5 atau 6 emel serupa mengatakan aku menang loteri ler, menang tu ler, menang ni ler. Memang SPAM betul. Tapi jangan ingat aku tak repply emel ni. Aku repply gak.

Aku kata " Im refering ur email dated 26 June 2008. For this moment you can keep this money on behalf of me. You can use your neighbour name and account number to collect this money. I would be very happy for ur neighbour bcos they will receive 63,000 in there account. For this moment i dont need this money as i already have 2 billions rupiah in my account. Anyway 63,000 is nuthing for me if compared to my 2 billions rupiah. TQ....Muahh.
P/S:Come forward to meet you in personal. If u want to meet just give me a call or send an email to me. I will send you a 2 n flo ticket to meet me here"

HAHAHAHA.....nakal kan? Padan muka depa.... Serve them right. Semua emel yang aku terima macam ni aku akan balas gak. Saja je....