Thursday, September 22, 2011

Webcam chat.

Hari ni, aku terasa macam rajin nak update blog. Entah, apa yang kena dengan aku hari ni. Mungkin takda kelas kot. Minggu ni boleh rilex skit. Tapi minggu depan kena ler rajin. Bukan apa, exam dah start minggu depan. Kena lantik ketua pengawas. Adoi..Pagi ni juga aku dah addkan satu tempat untuk orang berchat dengan webcam. Sebenarnya terjumpa sewaktu surf internet ni. Kalau korang nak try, boleh try kat bawah website aku ni. Korang boleh try tapi kena ler ada beberapa orang dan kena ada webcam. Mestiler syok. Korang boleh try dan letak kat blog korang. Register ler dulu kat www.dialogoo.com.

Sunday, September 11, 2011

Cukai 6% prepaid.

Harga barang semuanya naik. Sehari sebelum raya susu anmum langkah 1 harga dia rm60.90. Pas tu bila raya kelima bila nak beli susu anmum langkah 1 harga dia nak rm65.50. Ingatkan kedai tu je yang naik, rupanya satu Malaysia naik. Entahlah, tak tau kenapa semuanya tetiba naik. Hari tu baru je ASTRO naikkan 6% cukai, sekarang plak nak naikkan 6% cukai prepaid. Entahlah, rasanya macam negara bercukai je sekarang ni.Gaji tak pernah naik naik. Macam tu ler jugak. Argh, betul ke Rakyat didahulukan??? Harga minyak di pasaran dunia jatuh bulan ni tapi tak pernah plak harga minyak turun. Apa nak jadi?

Tuesday, September 6, 2011

Borak kosong je..

Hari ni raya yang ke-8 dan dah seminggu aku bercuti. Rasa malas pun ada nak turun kerja. Semalam dan ari ni opis lengang jer. Mungkin ramai lagi yang masih mood raya.
Aku suka dengan kerja ku sekarang ni walaupun busy memanjang. Kerja ada ada je yang datang. Kenapa aku suka kerja ni?? Emm, Daripada Abu Umamah Al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya Allah, Malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi, hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia."
Tetiba plak ya...huhu..apa apa pun Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua...

Sunday, August 7, 2011

Selamat Ulang Tahun anakku....

Teringat semula kisah 4 tahun lepas di Kuarters Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar,jam 12 malam isteriku mengadu sakit perut dan terus ku bawakan dia ke Wad Bersalin (KLIK). Pagi esok isteriku bersalin. Kini, 4 tahun berlalu begitu cepat. Danial Jee dah berusia 4 tahun. Selamat Ulang Tahun anakku...Papa, Mama, Awis dan Aris sayang Abang nenel.

Thursday, August 4, 2011

Selamat Menyambut Ramadan

...
Selamat Menyambut Ramadan kepada semua Muslimin dna muslimat

Friday, July 29, 2011

HARIMAU MALAYA..


Walaupun Malaysia kalah dengan agregat 6-4 melawan Singapura malam tadi, aku tetap berbangga dengan Harimau Malaya. Walaupun kalah, kesemua pemain Malaysia adalah pemain tempatan manakala Singapura menang kerana pemain import. Aku tetap berbangga dengan Harimau Malaya. Bukan senang nak memikul tanggungjawab tapi mudah bagi kita untuk menyalahkan orang lain.
YAAAA, HARIMAU MALAYA BOLEH..

Sunday, July 10, 2011

Majoriti senyap

Aku adalah antara "majoriti senyap". Aku tak suka demonstrasi jalanan tapi aku percaya kepada demokrasi.Dari rakyat untuk rakyat. Orang lain patut diberi hak untuk bersuara walaupun bukan dari ideologi yang sama dan bukan dikongkong untuk menyatakan kebebasan untuk bersuara. Kerana berbeza pendapat rakyat tahu kelemahan supaya tiada benda yang disembunyikan.Sekadar meluahkan perasaan terpendam......

Wednesday, June 29, 2011

Isteri Curang

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menelefondoktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"

Mengidam Prosperity Burger.

Tetiba tengahari ni aku mengidam nak makan "Prosperity Burger" di tambah dengan lada hitam yang banyak. Fuhh, meliur rasanya. Tapi, mana nak cari prosperous burger masa ni? Prosperity burger time Tahun Baru Cina je keluar kat Mc D. Kalau bagitau mak aku, mak aku kata " kek nek tok" dan kalau bagi tau wife plak dia mesti kata "Pas Pas". Kalau tak sebut macam tu, kena "ponek"atau kempunan. Taboo atau tak, aku pun ikut jugakler.

Apa apa pun, aku masih menanti keajaiban bulan Jun atau Julai supaya Prosperity Burger dijual kat Mc D. PELIK...Zam Zam Ala Kazam...Zasss..

Monday, June 20, 2011

Petua batuk bagi bayi.

Huh, dah beberapa bulan aku tak update. Sampaikan password pun aku terlupa.Nasib baik dapat masuk dah beberapa kali cubaan.
Minggu lepas anak ku yang bongsu batuk. Umur baru je sebulan. Keisan sunggu ku rasakan. Sampai menangis dan semelaman Darish tak tidur disebabkan batu. pagi tu, aku dan isteri ke klinik membawa Darish berjumpa doktor. Pas tu, doktor preskrib lag beberapa ubat. Balik rumah, bagi je ubat, bukannya batuk berhenti tapi semakin menjadi jadi. Kemungkinan ubat yang menggalakkan batuk supaya kahak keluar. Terus hari tu jugak aku carikan internet petua untuk menghilangkan batuk bagi bayi. Ingin ku kongsikan bersama.

Petua dia senangje, ambil bungga belimbing buluh,sedikit gula batu dan air. Kemudian masukkan bunga belimbing tersebut beserta dengan gula batu ke dalam air.

Gaulkan. Selepas tu masukkan ke dalam bekas kecil dan masukkan ke dalam periuk nasi yang sedang ditanak. Biarkan seketika. Lepas tu, keluarkan dan bagi air tu kat anak. InsyaAllah batuk berkurangan. Memang mujarab (InsyaAllah)...tak payah nak pergi jumpa doktor apa lagi ubat bagi anak yang berumur kurang setaun ni hampir tak ada pun. Cuba dulu pas tu tawakal...

Tuesday, February 22, 2011

coretan kosong

Mata ku malam ni payah skit nak lelap. Tadi terlelap sekejap, tapi pastu terbangun semula. Teringin plak rasanya nak update blog ni. Dah setaun lebih rasanya aku jarang update. Kalau mula mula dulu hampir setiap ari aku update.Entahlah, malas, busy,boring, semuanya ada. Blog ni bagiku lebih kepada open diari perjalanan Rasanya, blog aku ni tak menarik sangat ler. Pas ni aku nak create satu lagi blog. Nak polish n jaga betul2 blog tu. Dulu aku buat blog ni sebab nak ceritakan tentang kehadiran Danial. Kerana Danial, aku buat blog ni. Sekrang dah ada Darwish dan tak lama lagi sorang lagi akan muncul. Hahaha, seronok rasanya bila dah jadi papa. emm, rasanya nak upload pic kat sini tapi line broadband lembab plak. Apa apa pun, tunggu le esok lusa camne.

Sunday, January 30, 2011

Dugaan 2011



2011 baru je masuk Januari. Lusa dah nak Februari tapi terlalu banyak dugaan ku rasakan bulan ni. Entahlah, hatiku setiap hari terasakan keperitan. Minggu lepas, banyak peristiwa sedih yang aku hadapi. Mula mula ayahku masuk wad ortopedik di sebabkan tergelincir sewaktu mandi dan patah tulang femur. Lepas 3 hari tu plak, Danial plak masuk wad sebab konkusi pada otak. Mula mula, Danial jatuh dan terhentak pada kepala. Malam tu kol 12 malam dia start muntah muntah dan terus ku bawa ke Hospital tapi didiscaj pagi tu sebab tiada muntah semalam. XRay pun di buat tapi tiada sebarang keretakan pada kepala beliau. Tapi pagi 29hb plak, Danial start muntah semulu dan terus kami bawakan di Normah Medical Centre Kuching. Doktor menyarankan supaya dibuat CT Brain. Pukul 12, CT Brain di buat dan hati berdebar debar menantikan keputusan. Tak lama kemudian, Doktor memanggil dan mengatakan terdapat sedikit pendarahan pada occipital beliau. Hanya Allah saja yang tahu macamana hati ku waktu tu. Aku meminta supaya Danial di hantar di Hospital Umum Kuching. Di sana Neurosurgeon pulak mengatakan sebaliknya. Tiada pendarahan dalam otak beliau. Hanya Allah yang tahu macam mana hatiku masa tu. Atas nasihat doktor, Danial di masukkan juga ke wad untuk pemerhatian selama sehari. Danial sepatutnya di jadualkan di discaj pagi ni tapi Danial muntah sekali dan doktor menyarankan supaya beliau kena stay di wad. For Danial sake, aku tabah menghadapi hari hari dan saat yang ku lalui. Isteriku dan mak ku sedih je minggu minggu ni.
Perkara terbaru, semalam mendapat telefon mengatakan rumah kami di sibu dimasuki pencuri dan banyak barang hilang termasuk tv, kipas dan sebagainya. Rezeki Allah yang beri dan barang barang tu dah bukan rezeki kami. Terpulanglah kepada Allah untuk menguruskannya. Aku mampu berdoa supaya perkara ini berlalu dengan segera.