Tuesday, June 24, 2008

SubhanAllah...



Video ni first tengok kat Buletin Utama TV3. Pas tu mula surf kat dalam youtube. Terpegun, tergamam. Betapa besarnya keagunggan Allah. Dengar kabar budak ni juga telah mengIslamkan kedua ibu bapanya yang sebelum ini beragama Kristian.

Monday, June 23, 2008

Sebab sebab penjara pudu ditutup.....

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 yang tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'.
Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu iamerupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah
jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantungsampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,menjerit, bercakap seorang diri
dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu
kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada diPenjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara
Pudu dijalankan,mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidakpula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu
saja.Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.

Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalumenjelmalah satu lembaga yang amatmengerikan seraya berkata,

-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh itu harta.Itu hartaaaa bukan kauuu yang punyaaaa' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, AhmaaaaaddddddAlbabbbbbbbb yang punyaaaaaa ... '

P/S: Sapa soh baca?




Friday, June 20, 2008

Ruang Rindu

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada

Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi

Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Chorus 2x:
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

Thursday, June 19, 2008

Murai berkata kata

Assalamualaikum...
Terlebih dahulu inzinkan saya meminta maaf atas kertelanjuran kata2 saya didalam malaysia kini tempoh hari.
Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan2 saudara Jimadie tetapi sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak2 saya..saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina.Saya TIDAK sama sekali berniat untuk menghina jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara.
Walaubagaimanapun ia tidak sepatutnya berlaku dan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.. bapa.. suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan KeredhaanNYA...saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khusus nya ahli2 PAS atas perlakuan saya itu. Saya berharap dan berdoa agar saya dimaafkan...
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Saya berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. dan dipelihara olehNYA.
Selawat kepada nabi kesayangan kita Rasul ALLAH Nabi Muhammad S.A.W. dan Keluarga baginda A.S.

IKHLAS
Roslan Aziz
@ Kampong Datok Keramat

Kenyataan kat atas adalah kenyataan dari Saudara Roslan Aziz. Ya tak lain dan tak bukan salah seorang pengkritik juri dalam Malaysian Idol kalau kita ingat beberapa bulan yang lepas. dan sememangnya beliau terkenal dengan kritikan pedasnya.

"Kelmarin, Roslan menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan Pemuda PAS Selangor untuk mengadakan perhimpunan untuk membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Bagi aku kenyataan Roslan ni sememangnya pendek akal dan "mulut murai". Dia ingat dia ni siapa? Politician? Peguam? Doktor? Peguam? Eh, membebel macam cerita Ibu mertua ku ler pula. Kenapa beliau pandai pandai mengatakan cerdik pandai agama ni ego? Sepatutnya orang seperti ni meminta maaf kepada tuhan dan bukannya kepada orang yang beliau kutuk. Beginilah keadaannya kalau orang yang hanya tahu bermain muzik dan menggunakan songkok sebagai hiasan mengutuk golongan agama. Terlanjur perahu boleh diundur, terlanjur kata buruk padahnya. Hang pikiaq la sendiri wahai Roslan.

Letto - Ruang Rindu



Lagu ni lama dah ku dengar kat corong radio tapi masalahnya baru sekarang melekat kat hati. Lagu ni yang buat hati suami istri bila menonton kat AF6. Waktu tu, Nubhan menyanyikan lagu ni. Eh, tetiba lak rasa best lagu ni. Suara Nubhan pula lemak lemak manis jer didengar. Terus terlekat sampai sekarang.
Malam ni istriku shif malam. Esok pula kena turun opis sebab ada kursus ICMS sampai Ahad ni. Danial sejak menjak ni, pukul 9 malam tak tentu lagi dah tidur. Kadang kadang penat mengendoi. Hari tu, janji nak mengupload gambar yang aku tangkap kat KLIH tapi malas pula rasanya nak ambil kamera kat dalam almari. Tengoklah, esok lusa. Malam ni rasanya nak tidur awal lepas mengupdate blog ni.


Wednesday, June 18, 2008

Tips On Filling Your Cars.

(An email i received thru a mail group)

I don't know what you guys are paying for petrol.... in Durban ( South Africa. ) ppl have to pay up to R7.35 per litre. Here are some tricks to get more of your money's worth for every litre. Here at the Marian Hill Pipeline where I work in Durban , we deliver about 4 million litres in a 24-hour period thru the pipeline. One day is diesel the next day is jet fuel, and petrol, LRP and Unleaded. We have 34-storage tanks here with a total capacity of 16,800,000 litres.
Only buy or fill up your car or bakkie in the early morning when the ground temperature is still cold. Remember that all service stations have their storage tanks buried below ground.. The colder the ground the more dense the fuel, when it gets warmer petrol expands, so buying in the afternoon or in the evening....your litre is not exactly a litre. In the petroleum business, the specific gravity and the temperature of the petrol, diesel and jet fuel, ethanol and other petroleum productsyu plays an important role. A 1-degree rise in temperature is a big deal for this business. But the service stations do not have temperature compensation at the pumps.When you're filling up do not squeeze the trigger of the nozzle to a fast mode. If you look you will see that the trigger has three (3) stages: low, middle, and high. In slow mode you should be pumping on low speed, thereby minimizing the vapours that are created while you are pumping. All hoses at the pump have a vapour return. If you are pumping on the fast rate, some of the liquid that goes to your tank becomes vapour. Those vapours are being sucked up and back into the underground storage tank so you're getting less worth for your money.
One of the most important tips is to fill up when your tank is HALF FULL. The reason for this is, the more fuel you have in your tank the less air occupying its empty space. petrol evaporates faster than you can imagine. Petroleum storage tanks have an internal floating roof. This roof serves as zero clearance between the petrol and the atmosphere, so it minimizes the evaporation. Unlike service stations, here where I work, every truck that we load is temperature compensated so that every litre is actually the exact amount.
Another reminder, if there is a fuel truck pumping into the storage tanks when you stop to buy, DO NOT fill up--most likely the petrol/diesel is being stirred up as the fuel is being delivered, and you might pick up some of the dirt that normally settles on the bottom. Hope this will help you get the most value for your money.

Monday, June 16, 2008

Rehat

Lama sungguh berehat ni. Lepas balik dari Cameron hari tu, 3 4 hari lepas tu pi plak Kolompo dari 8hb Mei sampai ke 16hb Mei. Lepas tu nak onkan internet pula tak bleh pasal sim kad rosak. Hanya pagi tadi 16hb je dapat balik sim kad. Seminggu tu memang boring tol sebab tak boleh nak buat apa tanpa internet. Ingat nak upload pic kat kolompo ari tu. Duduk kat KL Internetional Hotel kat area Chow Kit. kebetulan pula ari jumaat lepas ada orang berdemonstrasi kat area tu. Dapat ler snap snap 2 3 pic. Nak upload esok lusa dalam blog ni. Malam ni nak berehat je dulu. Esok lusa nak update terbaru.

Thursday, June 5, 2008

Thank You

Blogged with the Flock Browser

Terima Kasih.

Embedded Video

Blogged with the Flock Browser

"Hadiah Dari Pemimpin"...Barang Naik.

Geram. Marah.Benci. Rasanya semua orang tertekan dengan kenaikan petrol. Petrol adalah nadi kehidupan. Kenaikan petrol akan menaikkan hampir kesemua barang termasuklah barang yang tak ada kaitan dengan harga kenaikan petrol. Tambang, Pen, Beras, Sayur, Ikan, gunting rambut semuanya akan naik. Entahlah, tapi yang peliknya Petronas selalu mengumumkan keuntungan. Kalau minyak turun tak pula nak menurunkan harga minyak. Barang barang tetap naik dan tak pernah turun. Dah tu bila harga minyak naik mesti nak bandingkan dengan negara negara seperti Singapura, Thailand dan Filipina. Tak pernah ke depa ni terpikir yang negara negara ni adalah bukan negara pengekspot minyak? Malaysia adalah negara pengekspot minyak.Rasanya ingin ja, menjadikan blog ni blog politik. Semua orang tak bersedia lagi dengan kenaikan harga ni. Pikirkan macamana dengan orang kampung atau rakyat yang tak berpendapatan tetap.Benarlah kata Datuk Seri Anwar. Atau adakah benar kata beliau pemipin akan bertukat bulan terdekat ni? Kalau betul aku adalah antara orang yang paling gembira.Walau apa pun yang pastinya, undi aku untuk 5 tahun yang akan datang dah beralih. Ini adalah luahan hatiku. Malas nak pikirkan lagi. Biarlah apa yang akan terjadi. Aku reda.Terima Kasih PAK LAH DIATAS KEPRIHATINAN MU....

(graf petikan dari :http://www.malaysiakini.com/news/83941 ).

Wednesday, June 4, 2008

Kursus di Cameron Highland.

Salam. Seminggu lebih blog ni bersawang. Balik je dari Sabah hari tu terus pergi ke Cameron Highland 5 hari dari 30Hb sampai ke 3 Jun. Kat Cameron Stay kat Hotel Equatorial di Brinchang.

Sempat snap snap gambar. Gambar pertama yang disnap gambar kat atas tu. Gambar yang menyatakan ketinggian berada di puncak Brinchang 1628 M atau 5300 kaki dari paras laut. Wow, tinggi tu. Kalau perasan suhu kat sini adalah 20.2 Celcius atau 84% kelembapan. Waktu kat Cameron tu sempat le singgah kat Hospital Cameron dan sempat bergambar di depan Hospital Cameron bersama sama member.Kursus ni kengkadang penat. Apa taknya masuk dari pukul 8 pagi sampai ke pukul 5 petang. pastu sambung balik pukul 8 malam sampai ke 10 malam dan kekadang meleret sampai ke 12 tengahmalam. Hari ke 2, kat Hotel tu berlaku suatu peristiwa kat tingkat 8. Kami duduk kat tingkat 6. Nak cerita peristiwa kat Tingkat 8 tu kat sini rasanya tak sesuai pula. Biarlah jadi ingatan peserta kursus je. Wow, sempat pula bergambar curi curi pemandangan kat luar tu. Pemandangan dari puncak Brincang memang best giler. Bukit bukit dan suasana sejuk memang tak dapat kat mana mana di Malaysia kecuali kat sini atau Genting atau Puncak Kinabalu. Hari nak balik tu kami sempat pula bergambar kenang kenagan bersama sama dengan semua peserta kursus. Tapi malangnya gambar yang disnap ni semuanya macam tak bersedia je kami. Tapi letak juga kat dalam ni sebab dah takda gambar lain dah.