Wednesday, June 29, 2011

Isteri Curang

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menelefondoktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"

Mengidam Prosperity Burger.

Tetiba tengahari ni aku mengidam nak makan "Prosperity Burger" di tambah dengan lada hitam yang banyak. Fuhh, meliur rasanya. Tapi, mana nak cari prosperous burger masa ni? Prosperity burger time Tahun Baru Cina je keluar kat Mc D. Kalau bagitau mak aku, mak aku kata " kek nek tok" dan kalau bagi tau wife plak dia mesti kata "Pas Pas". Kalau tak sebut macam tu, kena "ponek"atau kempunan. Taboo atau tak, aku pun ikut jugakler.

Apa apa pun, aku masih menanti keajaiban bulan Jun atau Julai supaya Prosperity Burger dijual kat Mc D. PELIK...Zam Zam Ala Kazam...Zasss..

Monday, June 20, 2011

Petua batuk bagi bayi.

Huh, dah beberapa bulan aku tak update. Sampaikan password pun aku terlupa.Nasib baik dapat masuk dah beberapa kali cubaan.
Minggu lepas anak ku yang bongsu batuk. Umur baru je sebulan. Keisan sunggu ku rasakan. Sampai menangis dan semelaman Darish tak tidur disebabkan batu. pagi tu, aku dan isteri ke klinik membawa Darish berjumpa doktor. Pas tu, doktor preskrib lag beberapa ubat. Balik rumah, bagi je ubat, bukannya batuk berhenti tapi semakin menjadi jadi. Kemungkinan ubat yang menggalakkan batuk supaya kahak keluar. Terus hari tu jugak aku carikan internet petua untuk menghilangkan batuk bagi bayi. Ingin ku kongsikan bersama.

Petua dia senangje, ambil bungga belimbing buluh,sedikit gula batu dan air. Kemudian masukkan bunga belimbing tersebut beserta dengan gula batu ke dalam air.

Gaulkan. Selepas tu masukkan ke dalam bekas kecil dan masukkan ke dalam periuk nasi yang sedang ditanak. Biarkan seketika. Lepas tu, keluarkan dan bagi air tu kat anak. InsyaAllah batuk berkurangan. Memang mujarab (InsyaAllah)...tak payah nak pergi jumpa doktor apa lagi ubat bagi anak yang berumur kurang setaun ni hampir tak ada pun. Cuba dulu pas tu tawakal...