Sunday, September 23, 2007

Malasnya

Malas tol nak update blog. rasanya dah nak masuk seminggu kot tak update blog ni. 24hb Sept plak nak pi pemantauan kat Hospital Sultan Abdul Halim kat SP. 27hb sampai 29hb nak pi KL sebab ada meeting. Aduh, boringnya kalau nama naik tok pi KL ni. Kalau dulu kecik kecik nak pi KL mesti seronok tapi la ni kalau bagi upah pun malas sungguh nak pi. Kalau tak pasal meeting memang takkan nak pi KL. tapi tak pa, 7hb tak lama lagi. Sat jer tu. pejam celik pejam celik sampai ler 7hb tu. Nak balik Srwk ler pastu 8hb pi Sibu lak nak beraya ni. Huhuhu....baju raya dah beli dah. Sedondon lak kami 3. semuanya warna kuning. Baju Danial pun kuning. saiz 11. saiz paling kecik yang dapat kat pekan. dah ler tu reganya bukan murah. Ingatkan baju budak saiz tu dapat ler dalam rm20 tapi rupanya rupanya nak sampai rm50. Emm, tapi raya punya pasal beli ler juga baju tu. Oklah sampai kat sini jer ler. nanti nanti ler saya poskan pic Danial tekini.

Monday, September 17, 2007

Tahniah Kat Kumpulan14.


Salam semua...Tahniah kat semua bekas anak anak murid aku yang paling nakal. Hari ni depa melapor diri kat JKN negeri masing masing. Rasa bangga plak dapat melahirkan seramai 55 orang pelatih yang sekarang dah bergelar Penolong Pegawai Perubatan bermula 17hb September 2007. Tok korang semua surat kursus BTN saya dah start antar kat rumah masing masing. Sijil boleh diambil sendiri kat opis saya sendiri. kalau nak pos alamatnya lama ler. pasal nak antar sekali dengan sijil Induksi. apa apa hubungi saya untuk perkembangan Induksi. Tahniah sekali lagi atas gelaran PPP. Jangan abaikan tanggungjawab hangpa. (sorry Bob, guna pic kat friendster awak). Pic kat atas tu pic Kumpulan 14 yang sekarang hanya kenangan.

Sunday, September 16, 2007

Layan Layan


Dalam Lampu kuning.Tidur lagi.


Pic terkini Muhammad Danial pada 16 September 2007 diamik kol 7 pagi tadi.Layan layan layan..........

Thursday, September 6, 2007

latest pic of Muhammad Danial.






Ni ler pic danial yang paling terkini. diamik pada pukul 6.30am tadi (6sept 07). Malas nak citer panjang. Kalau orang Kedah cakap " Segan nak habaq panjang panjang, Tak dan". HuHUHu...apa apa pun layan jer........

Haru Biru....

Satu Kolej Tau. Satu Hospital Tau. Satu Negeri Tau dan Satu Malaysia dah tau. Tau apa ek? emm, 4hb sept 2007, keluar dalam Harian Metro 2 buah kereta terbakar di kuarters Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, kedah. dan nak tau kereta sapa? Kereta berplet QSD9184. eh, kereta siapa pula tu? nak [pendekkan cerita, tu ler kereta saya. sedih kereta yang ada sentimental value bagi saya dibakar dan disimbah minyak pada 3hb sept 2007. Tak tau angkara siapa. memang tensen sangat sangat hari tu. Tapi rasa sedih berkurangan apabila menerima banyak call simpati dari bos bos, member sekolej dan ramai juga ex-student yang call antar sms. TQ guys...memang pening giler pikir angkara siapa. dah ler naik turun balai polis 2 3 kali dan kena siasat amik statement sampai 3 jam. Ramai yang ingat macam macam. Adayang kata Along, adalak yang kata suami orang sebab berskandal dengan isteri orang. ish ish.....tapi Allah maha kuasa. Semalam 5hb september ambulan hospital plak kena bakar. dah saspek diketahui budak remaja. Motif dan cara hampir sama dengan apa yang dibuat ngan kereta saya. emm, Allah banyak membantu. Terima Kasih Isteriku, kerana memahami, Terima kAsih Allah.....