Thursday, December 31, 2009

Selamat menyambut Tahun Baru 2010


Beberapa jam je lagi, Tahun 2009 akan meninggalkan kita. Banyak perkara rasanya yang tak setel setel lagi. Tahun 2009, banyak kenangan pahit dan manis yang berlaku.Malam ni masuklah 2010. Esok plak, pendaftaran pelatih baru. Aku terpaksa datang untuk menerima pelatih baru. Apa apa, saya sekeluarga mengucapkan selamat taun baru 2010 kepada semua...

Sunday, December 13, 2009

Nona nona zaman sekarang.Sandra Reemer.



Entahlah, aku minat plak dengan lagu ni. kerana lirik kot...apa apa enjoy...

Monday, December 7, 2009

Ajal maut kat mana mana....


Kalau dulu kita ingat orang akan mati dilanggar kereta hanya dijalan raya sahaja. Tapi lain pula cerita yang berlaku semalam kat KB mall. Rujuk Hmetro 7hb Disember 2009. Kereta terjatuh dari tempat parking dan menghempap 3 orang pelatih kejururawatan Masterskills KB. 2 orang mati dan sorang parah. Takut gak mengenangkan benda benda macam ni. Ti aku masih lagi lalai dengan tugas tugas ku sebagai seorang Islam. Ya Allah, ampunkanlah kedua ibu bapaku,keluarga, mertua, isteriku dan anak anakku Ya Allah...

Thursday, November 19, 2009

Sarawak, here i come...

Malas sebenarnya aku nak buat entry ni. Tapi aku kena buat juga sebagai syarat mengupdatekan blog aku yang sememangnya dah bersawang. Aku tak minat nak bercerita pasal ni kat dalam blog aku ni. Biarlah ianya rahsia tapi entahlah... tangan aku terasa seperti ingin menaip.
Minggu lepas aku dah submit borang transfer balik ke Sarawak. Rasanya dah terlalu lama aku berada di semenanjung. Sejak aku di alam UNISEL dulu sekitar taun 2002 dan balik sekejap ke Sarawak sebelum dilantik menjadi Pengajar di Alor Setar. 5 tahun di Alor setar, masa terlalu sekejap kurasakan. Pejam celik pejam celik sekarang ni pelatih dah nak masuk Kumpulan 25. Mula mula aku masuk dulu pelatih masih Kumpulan 11. Satu hari nanti aku akan merindui tempat ni. Tapi aku terpaksa keluar. Keluar??? Entahlah, terlalu banyak benda benda yang mempengaruhi aku untuk keluar. Sarawak, tunggu kamek...kamek nak balit tok....

Monday, November 2, 2009

Penat penat.

Sekarang ni time exam. Aku paling tak suka time jaga OSCE. Apa taknya, tiap kali OSCE nama aku je naik tok menyelaras OSCE macam ler takder orang lain yang boleh nak prepare stesen OSCE. Dari aku mula mula mai kolej ni sampai skrg aku tak mengajar pun subjek subjek OSCE ni. Geram. Dah tu bukannya senang nak prepare benda benda ni. Kekadang aku kena kuarkan duit sendiri tok beli beberapa benda yang takda dalam bilik makmal ketrampilan contohnya pagi ni, aku kena beli bateri saiz C sebanyak 4 biji dan RM8.00 keluar melayang macam tu. Nak claim guna duit kolej lambat ler ceritanya. Kalau ari ni claim esok dapat duit takperler. Ni kena tunggu berminggu minggu. Uwakkkkk. Tidakkkkkkkkkk...Aku nak blah dari kolej ni. Aku nak balik Sarawak. Tak sabar rasanya nak balik Sarawak. Sarawak, here i come....

Sunday, October 25, 2009

Rumah idaman


InsyaAllah tahun depan siaplah rumah idamanku yang telah kubeli di Kuching. InsyaAllah juga taun depan aku apply transfer ke Kuching. Dah lama sangat duduk merantau di negeri orang. Ingin juga berbakti dengan negeri sendiri. 21hb lepas pelancara rumah contoh telah dibuat. Emm, cantik juga rumah ni. Memang tak sabar rasanya nak duduk dalam rumah ni. Ari tu time raya balik sarawak aku sempat tengok rumah yang belum siap lagi. La ni rumah contoh dah siap. Progress rumahku plak dalam 60%. Dah lama juga tak update blog ni. Entahlah, bukannya takda benda nak letak. Banyak. tapi rasa malas nak update.

Sunday, September 27, 2009

Pengalaman buruk bersama MAS.


Pertama kali aku mengalami pengalaman buruk bersama MAS pada 25hb Sept 2009, Jumaat lepas. Semuanya bermula pada pagi tu, apabila aku ngan family aku nak balik semula ke Alor Setar. Seawal jam 9 pagi aku dah sampai kat Airport Kuching. Bila sampai saja barisan didepan aku rasanya dalam 50 orang penumpang. Barisan bukan main panjang dan sepanjang tu aku mengeluh. Sejam menunggu dengan sia sia tiba tiba kaunter tiket 1 membuat pengumuman mengatakan bahawa penumpang yang akan ke KL supaya pergi ke kaunter 1. mendengar pengumuman tersebut semua penumpang yang berbaris nak ke KL berlari lari untuk mendapatkan barisan di kaunter 1. Aku sampai lewat skit sebab membawa bersama anakku, Danial dan barang yang banyak. Sampai di kaunter 1, aku rasa aku orang yang kesebelas didepan kaunter tu. Bila sampai turn aku, tiba tiba pegawai kaunter mengatakan bahawa kaunter untuk KL ditutup...F**K Y*U.
Aku pun mulalah panas kerana setelah berlari lari dan berbaris panjang diorang kata kaunter dah ditutup. Aku pun mulalah datang gila. Aku mengamuk didepan kaunter tu dan macam orang meracau, aku pun mengamuk. Entah apa yang keluar dari mulut aku, aku sendiri tak ingat.Pegawai kat kaunter tu akhirnya setuju untuk melayan aku. Bila masuk flight lain pula ceritanya. Kami tidak diberikan nombor seat dan terpaksaler berlari lari macam menaiki Air Asia untuk mendapatkan seat.Bila dah dapat seat kami duduk dalam flight macam orang gila pula. Kami terpaksa duduk selama sejam untuk menunggu flight bertolak. Flight pun bertolak sejam kemudian. Bila sampai KLIA, connecting flight tertinggal. Hanya kerana 15minit, flight ke Alor Setar tetringgal. Pada awalnya pegawai kaunter di Kuching mengatakan bahawa flight connecting akan menunggu kami walau lama manapun flight kami. Tapi lain pula jadinya. Aku sekali lagi meracau. Kali ni aku meminta pengurus kaunter transit untuk memberikan penginapan kepada ku dan keluarga ku. Akhirnya diorang setuju dan memberikan Hotel Pan Pacific kepada kami. Kalau tak macamana nak tunggu dan kemudian membawa 2 orang kehulu ke Hilir selama 5 jam sebab flight seterusnya adalah pada pukul 8 malam. Pada pukul 8 malam flight bertolak ke Alor Setar. Sampai di Alor Setar lain pula jadinya. Kali ni beg pula hilang. Malam tu juga aku melaporkan kepada MAS. Dan keesokan petang 26hb barulah beg aku dijumpai dan masih berada di KLIA. Geram sungguh dengan apa yang berlaku pada 25hb tu. MAS semakin teruk rasanya. Kemungkinan ketiadaan Datuk Idris Jala. Ishhhhhhhhhhhhhhh.........Dimanakah slogan Malaysian Hospitality MAS yang diorang agung agungkan.

Nyam Nyam "Big Mac"

Ingat Big Mac Ingat MC D.....


Tapi bila tengok pic ni lain plak jadinya....Huhuhu..

Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung

3 4 hari lagi InsyaAllah raya. Malam ni kol 9 aku sekeluarga akan bertolak ke KLIA dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. bermalam dan duduk di rumah adik ipar di Putrajaya sehari sebelum bertolak semula ke Kuching pada 19hb September 2009. Jenuh rasanya transit lama sangat macam ni. Tiket kapal terbang habis nak tak nak kene ler tunggu. Kalau lambat sejam dua lagi memang aku langsung tak dapat balik beraya ke Sarawak. Uwakkkkkkk, sedihnya. tak dapat digambarkan kalau tak dapat balik beraya ni. Kali ni aku sekeluarga akan beraya di rumah aku sendiri di Kuching. Tahun depan InsyaAllah beraya kat rumah baru plak. Seronok rasanya nak balik ni. Tak sabar rasanya nak jumpa mak ayah dan nak bawak Danial dan Darwish jumpa tok dan tok wan depa. Ya Allah, sememangnya hati ini tak sabar nak balik. Rasa terlalu seronok sebab setaun sekali balik. Melalui kesempatan ini kot kot time raya tak dapat nak update blog ni melalui kesempatan ini ingin saya menghulurkan tangan meminta ampun maaf zahir dan batin kepada semua Kawan kawan, keluarga dan pelatih pelatih.

Friday, September 11, 2009

Ragam manusia

Aku terasa janggal dan pelik dengan gelagat dan ragam manusia. Ada yang tidak boleh ditegur langsung. Merasakan diri mereka yang terbaik. Bila mereka yang menegur kita , boleh pulak jadinya. Sedangkan kedudukan aku lebih tinggi dari mereka. Jadi apakah hak aku untuk menegur pelatih pelatih ku. Tujuan menegur atau memarahi mereka kerana ingin membetulkan kesalahan mereka tetapi bila ditegur mulalah muka masam dan macam macam komen menghina. sehinggakan perkataan" hell you go" terkeluar. Entah...biarlah. satu hari nanti mereka akan faham. Ilmu yang aku bagi kepada mereka inilah balasan yang aku dapat. Tapi Allah maha kaya. Keberkatan ilmu bergantung kepada sikap mereka. Kekadang memang aku terlalu emosi. Tetapi siapa yang tidak emosi apabila tidak hadir kelas selama 2 hari dengan alasan kawan sakit...Hati pengajar mana yang tidak sakit apabila mendengar alasan ponteng seperti ini. Aku memarahi tetapi tidak pula melaporkan kesalahan ini kepada Pengarah. Apa yang patut aku lakukan? Hendak dilaporkan rasa kasihan. Tidak dilaporkan perangai menjadi jadi... Semoga Allah memberi petunjuk kepada ku dan pelatih pelatih ku.

Wednesday, September 9, 2009

Happy birthday to Mohd Faizan..


Kepada adikku Mohd faizan, Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke29 pada hari ni 09.09.09.

Saturday, August 29, 2009

Info lucu

Info Menarik 1:
Tahukah Anda? Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan, harta dunia dan tidak pernah juga rungsing pasal akhirat ialah Orang Utan.


Info Menarik 2:
Tahukah anda? Aurat dan Urat adalah dua perkara yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang terlalu mendedahkan aurat, urat lelaki akan membengkak di sesuatu kawasan.

Info Menarik 3:
Tahukah Anda? Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

Info Terkini 4:
Tahukah anda? Cabai dan Cibai adalah dua perkataan yang berlainan maksud. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang-orang tua.

Info menarik utk hari ini:
Tahukah anda? Kondom dan kondominium adalah dua perkara yg berbeza, tetapi byk kondom² yang terbuang dpt ditemui di dalam kondominium yg terbiar kosong...

Wednesday, August 26, 2009

The male life cycle


Emm, aku no komen. Dapat benda ni dari facebook, saja je berkongsi kat blog ni. Bukan nak jadikan blog ni blog lucah plak. Huhu.

Tuesday, August 25, 2009

Hafiz AF7 - Masih Jelas.


Ni adalah video terbaru dari Hafiz AF7. Suka sangat lagu ni. Tapi apasal plak pompuan kat dalam video klip ni nampak desperate sangat. kalau ya pun, tak payah lah nak terhegeh hegeh. Buat menyemak je dalam video Hafiz.

Selamat Menyambut Ramadhan

Friday, August 21, 2009

Majlis Konvo Institusi Latihan KKM bahagian Kedah.


18hb ogos lepas,adalah majlis konvo tok Institusi Latihan KKM bahagian Kedah. Macam biasa aku jadi AJK pameran. Entahlah, tugas aku jadi jaga kaunter pameran je tiap kali. Pas konvo tu, aku sempat ler bersnap 2 3 pic tok letak dlm blog.Pic paling aku suka pic atas tu.Aku malas betol bila nak update time macam ni server ada je poblem.





Wah, seronoknya korang ya. Saya tak jemput pon tok posing skali. Ni mesti keje si Tun.


Shoes for sale........

Kami yang ensemm..Huhu.Penat tol ari tu.

Ni lak, dayang dayang pada hari rehersel.

Friday, August 14, 2009

3 jantan

Suatu hari, 3 orang lelaki telah ditangkap oleh satu puak Kannibal (makan orang punya spesis). Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.


Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dlm hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu dengan membawa buah durian!!

Friday, August 7, 2009

Danial's 2nd Birthday

Pejam celik pejam celik tak sedar umur Danial dah menjangkau dua tahun. Teringat lagi perkara manis yang berlaku dua tahun lepas sewaktu wifeku mengatakan dia mengalami pendarahan. Tak sangka Danial yang dijangka akan lahir 22hb Ogos telah lahir 2 minggu lebih awal. Sampai kehari ini, aku masih dapat merasakan kemanisan hari tersebut. Kepada anakku Muhammad Danial Jee, Selamat Menyambut Hari Lahir yang kedua. Papa, mama and Awish sayang nenel. Danial ni minat sangat dengan Mickey Mouse. Pernah sekali dia mengigau menyebut "Mi MAAA" sewaktu tido (maksudnya "mickey mouse" ler tu.

Friday, July 31, 2009

Awas selipar jenama strikefit

Sorang kawan aku telah menghantar emel kat aku tentang satu selipar jenama strikefit yang ada tertulis perkataan Allah kat tapak selipar tersebut. Mungkin tujuan untuk menjatuhkan martabat kesucian agama Islam. Gambar selipar tu seperti kat bawah ni.






Thursday, July 30, 2009

Buah Dinar

Aku sebenarnya baru tau dan kenal buah dinar ni Jumaat lepas time aku pi pasar malam Taman Nuri. Tetiba mata terpandang sejenis buah kayu. Entahlah, aku tak pasti khasita buah ni dan asal buah ni. So, aku beliler 4 biji buah ni dengan harge RM10. Balik dari pasar malam aku search kat Google tentang buah dinar ni. Wow, tak sangka plak buah dinar ni berasal dari Arab dan tertulis perkataan seakan akan perkataan huruf Arab kat buah tu dan banyak gak khasiat buah tersebut. Kat bawah ni adalah gambar buah dinar tu. Aku dapat dari site Jana Aura Aromatheraphy.



(kena tekan "ctrl" dan "+" kalau nak enlarge)
Kalau nak tau pasal buah dinar ni klik jer kat Flyer yang aku dapat dari site Jana Aura ni. Tujuan aku bukanler nak promot Jana Aura tapi cuma saja nak kongsi dengan semua tentang buah dinar ni.

Wednesday, July 29, 2009

Kuarantin Kat opis

Ari ni aku sepatutnya cuti. Memang dah cuti pun sampai kol 12 tetiba wife aku sampai dari Kolej jururawat. Katanya Kolej kena kuarantin sebab ramai student nurse yang admit sebab suspect H1N1. Lama plak tu kuarantin sampai 5hb. Tetiba plak kol 1.30 aku terima kol dari opis aku. Cuti aku ari ni ditarik balik sebab kuarantin. dah tu dengar kabar student aku ramai yang disuspek pembawa. Ler, lecehnya. seram plak rasanya. Tak sangka plak satu ari nanti H1N1 sampai kat kolej.jadi kol 2 pm aku sampai kat kolej dan berjumpa dengan student student aku. Pas tu tetiba lak teringat kat sorang student aku kat asrama Al-Falah. Aku call dia dan soh dia mai ke kolej untuk kuarantin. Emm, just wait and see.... Apa apa, aku harap benda ni tak lama. Bukan apa, takut dengan penyakit penyakit baru ni.

Sunday, July 26, 2009

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran pahala Membacanya.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

…Wallahu a’lam

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Matahari dan skodeng


Wow, pelik gak bunyi entri kali ni. Banyak gak perkara berlaku pagi tadi. Awal awal pagi aku dah bangkit dan pas mandi dan pakai baju aku terus ke opis sebelum bertolak ke Sungai Petani. Sementara sebelum menunggu sorang lagi rakanku (En. Nadarajah) aku terus ke opis untuk surf internet sekejap. Tapi tetiba plak komputer ada problem. Aku pun terus duduk dan masuk dibawah meja dan tetiba "Prap". Ishhh, seluar koyak plak. La, time time macam ni plak seluar koyak. Nak balik ke Kuarters time ni memang jalan jem teruk. Nak tak nak aku pergi ke kereta dan tunggu Nada sampai. sekitar jam 7.45 pagi dia pun sampai dan terus tanya aku,"eh, sorry, jgn marah, saya lambat pagi ni". Aku terus bagitau dia yang seluar aku koyak dan kena beli seluar baru. nasib baik aku tetiba teringat TESCO buka seawal jam 8 pagi. Tanpa berlengah aku terus bertolak ke SP dan sampai kat sana aku terus ke TESCO untuk membeli seluar.
Tetiba plak si Nada ni terima call (entah tak tau siapa) yang bagitau dia supaya jgn makan sehingga ke pukul 11 pagi. Aku tanya kenapa plak. Dia bagitau,"ari ni ada gerhana matahari. Orang India cakap tak boleh makan sehingga pukul 11. Takut ada benda buruk berlaku".
Aku pun dengar sambil lewa je. Pas membeli seluar aku dan Nada terus ke Hospital Sultan Abdul Halim. Tetiba lalu kat kafeteria dan aku singgah ke tandas kafeteria.
Kat siniler bermulanya pengalaman yang takkan aku lupakan seumur hidup aku. Waktu aku masuk tandas tu,tak ada orang pun dalam tandas. Tapi bila aku dah masuk dan mengunci pintu tandas.Tetiba ada bunyi orang masuk ke dalam tandas. Aku buat tak tau jer. Pas buat "bisnes kecik" tetiba hati aku seakan memberitau aku supaya menoleh kat atas. Aku pun menoleh kat atas dan tetiba dan secepat kilat aku nampak seakan akan lembaga hitam sedang melarikan diri. Aku apa lagi. Aku terus menjerit dan keluar drai tandas tu dan terus pergi ke bilik sebelah. Di bilik sebelah tu aku pun mengetuk pintu tandas sebelah tu dengan sekuat hati. Dengan adrenali sedang mengalir dalam darah aku terus memarahi dan memaki orang kat dalam tandas sebelah tu. Time tu aku tak tau macamana dan siapa orang didalam tandas tu.


Tetiba, keluar seorang budak dalam usia 20an. Aku pun menanya kat dia'"apa yang awak buat". Dia seperti orang bodoh dan ketakutan,"eh, tak buat apa apa eh". Lepas puas memarahi dan memaki budak tu aku pun keluar. Wah, tak sangka plak ari ni aku kat Tandas Hospital kena skodeng. Selama ni aku ingatkan perempuan jer yang kena skodeng rupanya aku lelaki ni pun kena skodeng. Yang skodeng tu plak, lelaki. Entahlah.....hari ni sememangnya akan menjadi pengalaman buat ku ketika berada didalam tandas supaya berjaga jaga.....

(Credit untuk pic gerhana www.news.my.msn.com)