Sunday, August 31, 2008

Esok Puasa

Esok puasa Ramadan dah bermula. Malam ni sembahyang terawih kantoi tak buat. Istriku kerja malam takda orang jaga anak. Terpaksa ler aku mendodoikan Danial. InsyaAllah esok malam aku ke masjid. Awal awal lagi aku memasangkan niat untuk berpuasa esok hari. Bulan macam ni ler, time untuk memasang diet. Berat aku la ni dah mencecah 66 kg. Uisshhh, walaupun BMI aku ideal tapi entahlah, rasa gemuk tu tetap ada. Cewah...Kat bawah ni aku saja je letakkan niat untuk berpuasa. Korang dah baca niat ke? Kalau tak lagi, baca le, sebelum esok pagi.

Untuk sahur esok, rasanya aku nak bersahur simple je ler. Minum milo dan sebiji bun, cukupler untuk sehari. Lagipun kat Kedah 1hb Ramadan adalah cuti umum kat sini. Tak ler penat sangat. Okler, nak tido sat lagi. Esok nak bangun kol 5.30am untuk bersahur. Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam.

Saturday, August 30, 2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Hari ni hari kemerdekaan Malaysia yang ke-51. Dah lama tak update blog. Rasanya kalau dah lama lena tu mesti rasa malas nak update. Tapi kali ni kugagahkan jua hati ini.. Chewahhh.. Tapi kali ni nak letak lirik lagu "Perpaduan Teras Kejayaan". Malas nak taip panjang panjang.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
INTRO
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat

Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

MUSIC BRIDGE
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani IkhlasDihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

CHORUS
Bersatu.......Bersatu Bersatu
Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu

Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan







Saturday, August 9, 2008

Birthday Boy Celebrate his birthday

It was 12 afternoon, angah's family, my wife and i were busy preparing for a birthday cake for a birthday boy. Today my birthday boy is 1 year and a day. Which i suppose to celebrate yesterday(7 July 2008). However due to some unexpecting reason we have to delay Danial's birthday. Here are some pictures which we took yesterday. Danial's as usual with his cute face anxious to celebrate his birthday.
Danial's is anxious to blow his canlde cake. While his auntie and his mom sang a birthday song.

Thursday, August 7, 2008

Birthday Boy.


Pejam celik pejam celik hari ni genap setahun usia Danial. Seawal jam 7 Danial menepuk nepuk kakiku seolah olah membangunkan papanya dari tidur. Aku plak keletihan sebab baru balik dari Putrajaya semalam. Sampai sampai je kat rumah Danial terus memeluk dan menangis nangis sambil memanggil "Papa Papa Papa". Rindu rasanya melihat Danial. Aku terus memeluk erat Danial. Pagi ni istriku sampai rumah jam 7.30 pagi. Baru je balik dari Hospital bekerja shif malam. Pagi ni kami dua mengucapkan Birthday kat Baby Boy kami.


Happy Birthday Danial. Papa Mama Sayang Danial.

Wednesday, August 6, 2008

Bengkel I-Portal MOH

Bengkel I-Portal telah diadakan pada 4hb Ogos sehingga 6hb Ogos 2008 dan diadakan di BTMK,KKM, Putrajaya. Sepanjang bengkel ini diadakan kami didedahkan dengan perisian seperti XOOPS untuk emmbuat i-Portal KKM. Entahlah, bidang perubatan saya telah beralih kepada membuat Portal pula. Tapi okler juga, sebab sepanjang bengkel ni kami didedahkan dengan perisian terbaru untuk membuat protal.
Kami tiba di BTMK,Putrajaya sebelum pukul 8 dan apabila sampai di bilik latihan, BTMK, bilik tu masih tertutup.Seperti biasa kalau ada bengkel, mesyuarat dan sebagainya ni perkara paling ditunggu tunggu adalah time makan.
Pagi tu makan kuih Samosa dan donat je. dan air milo.


Pada hari pertama tu kami habis sebelum pukul 5. Terpaksa tunggu adik ipar datang amik. Kesian plak. Orang tengah sarat pregnant kita call soh amik. Rasanya tak sabar nak balik semula ke Alor Star.
Hari pertama tu kami sampai rumah sekitar jam 5 lebih. terus snap snap gambar untuk dimasukkan dalam blog. Rumah adik ipar ditingkat 7, presint 9. View kat depan umah tu memang cnatik. Nampak ler semua jabatan kat Putrajaya termasuk masjid.


Gambar ni betul betul depan flet. Kat depan rumah tu ada batu berbonggol plak. Saja nak snap untuk letak dalam blog.

Tuesday, August 5, 2008

Cuti Cuti (Part 2)

Hari ni bersiaran kat BTMK,KKM, Putrajaya pula. Ada bengkel kat Putrajaya. Tapi sayang pula tak update blog. Saja mencuri masa sebelum penceramah masuk.
Hari kedua bercuti di Penang, seawal jam 7 pagi kami dah bangkit dari tidur kecuali Danial yang masih lagi tido. Kepenatan dan keletihan disebabkan berjalan jauh kelmarin.

Pagi tu sebelum pukul 8 kami menuju ke Shore restaurant untuk sarapan. Makanan tak berapa best. Rasa rugi pula bayar untuk breakfast sebab tak banyak pilihan dan makanan biasa biasa je. Takda makanan yang grand. Huhuhu..Makanan yang ada pagi tu nasi lemak, roti bakar, telur, dan mee goreng jer. Kalau pergi kat gerai pun semua benda tu ada.
Lepas sarapan pagi tu, kami pergi ke pantai. Kebetulan pagi tu ada telematch antara bank kat Penang .


Kami melepak kat pantai tu menghirup udara segar sambil sambil melihat telematch.
Pukul 1200 tengahari kami berangkat balik ke Alor Star. Kali ni kami menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk balik. Dari Tanjung Bungah ke Jambatan pulau pinang asyik sesat je jalan. Asyik asyik jumpa jalan yang sama. Lalu depan Hospital saja rasanya 3 kali atau lebih. Sepanjang jalan tu, Danial keletihan. Tido je sepanjang perjalanan.

Saturday, August 2, 2008

Cuti cuti Malaysia (Hari 1)

Percutian ni sebenarnya tidak dirancang. Beberapa minggu yang lepas, aku diberitahu akan terlibat dalam Program Komuniti di Belantik Sik. Jadi, aku pun mencadangkan kepada istriku supaya mengambil cuti pada 1 dan 2hb Ogos. Tetapi tetiba setelah semuanya setel, Ketua Unit ku memberitahu bahawa program tersebut di Belantik dibatalkan. Emm, nak buat apa cuti ujung minggu ni. Boring gak kalau stay kat umah jer. Jadi, pagi 1hb Ogos aku bangkit kol 6 pagi dan terus mencadangkan kepada istriku supaya bertolak ke Penang. Istriku memberi bermacam macam je alasaan tak nak pergi. Tapi akhirnya setuju gak nak pergi. Kami pun bersiap siap untuk bertolak. Pukul 10pagi kami pun bertolak menuju ke Penang. Danial nampak suka je sepanjang perjalanan. Maklumlah dia ni kalau bawa berjalan mesti happy apa lagi kali ni berjalan sakan. Kurang 2 jam kemudian kami pun sampai ke Butterworth dan berehat sebentar di Parkson Butterworth. Saja mencuci mata kat shopping kompleks.
Tetiba kami ditegur oleh seorang kakak promoter Parkson. Mesra betul kakak ni.

Kakak Promoter: Wah, comelnya baby. Buat apa tu. Mai sini salam aunti. (Danial memalingkan mukanya).
Ejam: Kakak, tanya sket, jalan nak ke jeti Butterworth straight depan Parkson ni je kan?
Kakak Promoter:La, kalau guna jalan depan ni payah sket. Kena masuk simpang sebelah sana tu. Simpang masuk Bagan Ajam.
Ejam:(Dalam hatiku berbisik, kakak ni biar betul, Dulu kalau tak silap jalan depan Parkson ni ler aku pakai). Jadi, saya salah masuk jalan ler? tanya ku....
Kakak Promoter: Jalan depan ni bleh masuk tapi takut sesat ler dek. Adik kena guna jalan sebelah tu. Kena masuk Simpang Bagan Ajam. Adik akan jumpa Pacific. Drive terus. Pas tu masuk kiri, kanan,kiri,kanan,kanan (badan kakak ni waktu ni berlengkang lengkok waktu habaq kiri kanan ni) dan terus je sampai jumpa petronas. Kat Petronas tu ada sign board. Senang kalau guna jalan simpang belah sana. Kalau adik guna jalan depan ni, adik akan jumpa hutan pas tu jumpa kampung. Jalan kecik. mesti sesat.
Ejam:Hatiku berkata (hutan mana plak kat Butterworth ni). oooo, terima kasih kak....(Aku rasa seriau je dengar kakak ni.
Istriku kata tak palah bang, kita masuk je mana mana jalan. Sesat pun tak pa. Melangkah keluar Parkson, aku pun bertanya kepada sorang guard ni jalan menuju ke Jeti.
Ejam: Adik, nak tumpang tanya. Jalan nak ke Jeti jalan mana?
Guard:Guna jalan highway ni (sambil menunjuk jalan depan Parkson) dan terus akan jumpa Jeti.
Ejam: Eh, senang pulak jalan ni, kata hatiku.

Aku mengucapkan terima kasih kepada guard ni dan terus menuju ke Highway didepan Parkson. Tak sampai 15 minit kami pun sampai ke Jeti. La, kakak Parkson tu dah mengelentong kami. Maklumler, slang Sarawak yang kami guna. Huhuhu......
Kami pun terus masuk ke feri. sempat ler bergambar 2 3 gambar dalam feri. Danial pula, bukan main seronok kat dalam feri. Bila nak letak kedalam keta, menangis jer. Bila bawa kuar keta dia nampak seronok. Istriku pula takut. Bang, jangan bawa Danial dekat pagar feri, kata istriku berkali kali.
Setengah jam kemudian kami pun sampai ke Pulau dan terus menuju ke Tangjung Bungah. Mula mula, sign board yang aku nampak kebun bunga. Aku terus menuju ke kebun bunga (Botanical Garden). Lepa stu baru sedar, tersilap jalan. Lama juga mencari Tanjung Bungah akhirnya sampai ke Sandy' Beach resort tapi malangnya hotel fully book. Pergi pula ke Copthrone Hotel tapi malangnya pantai tak best dan view bilik berdepan dengan flet. Terus menuju ke Hotel Tanjung Bungah Beach resort. Kami pun menginap di Suite Room. Biliknya besar dan ada mini bar serta ruang tamu. Kira berbaloi juga.
Sampai kat dalam bilik kami pun terus membuka makanan yang telah dibeli. Emm, makanan beli je. Lepas makan, kami pun tidur melelapkan mata dan berehat sehingga lah ke pukul 6 petang. Petang tu sempat ler, berjalan jalan kat pantai di Tanjung Bungah kat belakang Hotel tu je.

Gambar kat bawah ni rasanya spesis Patrick dalam citer 'Spongebob' kot. Entahlah, tak pasti plak. Tapi yang pasti tentakel benda ni bergerak. Takut nak pegang plak. Berjalan sepanjang pantai tu banyak betul kerang hidup. Kalau tak kerana bercuti pasti aku akan bawa balik ke Alor Star.

Setakat ni saja untuk cuti cuti part 1 ni. Rasanya malam ni nak tido awal sket. Penat sungguh rasanya. Part 2 akan menyusul....