Thursday, August 30, 2007

Terkini Danial

Pic ni saya amik semalam. Baru jer balik dari Klinik Pakar Pediatrik. Punya ler lama tunggu giliran. Sampai kat klinik dalam kol 9 dan tunggu punya tunggu dah dekat nak ke pukul 1pm. Turn Danial masuk periksa x sampai 10 minit. Tapi memang ramai orang yang datang kat klinik ari tu. Kene tunggu lama memang biasa. Keutamaan kes kes teruk didahulukan. apa apa tengok jer pic Danial yang terkini. Dikesempatan ni juga nak ucap SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-50.

Monday, August 27, 2007

Danial Oh Danial



Ni pic terkini Danial. Semalam staf KK Langgar datang untuk Home Visit hari ke-20 dan berat Danial sekarang dah 3.81KG. tak sampai sebulan berat dah naik 700gm. Apa taknya menyusu setiap 30minit. Malam tadi plak kami suami isteri berjaga sampai kol 2pagi sebab Danial taknak tidur. Pas bagi susu nak minta dukung plak. Pas dukung 30minit pas tu menangis minta susu. Tak tensen tapi menyeronokkan jaga baby apalagi anak sendiri. Kiut lak tu...HAHAHA......

Sentimental Value


Ada 2 barang yang betul betul mempunyai sentimental value. Satu "Beg Pensel Kotak Kotak" dan satu lagi surah yasin. Yang beg tu sejak saya kat tingkatan 4 (1993) dan masih simpan sampai sekarang dan benda ni bukannya dibeli tapi mak yang buat. Sayang sangat kat benda ni dan satu lagi surah yasin yang mak saya bagi waktu tinggal kat asrama tingkatan 1(1987) dan masih lagi simpan dan guna sampai sekarang.

Sunday, August 26, 2007

Masuk TV.























































Lama sangat tak update blog ni pasal server kolej down. Nak masuk internet memang tak bleh langsung. banyak juga benda nak tulis. 3 hari berturut turut start 22 hb sampai 24hb Ogos, muka masuk tv tok rancangan sihat selamat pagi Malaysia TV1. Awal awal pagi dah bangunkan wife tok tengok tv. Awal awal lagi dah cajkan bateri kamera pas tu rekod dan tangkap pic kat TV. HUHU, emm blom lagi jadi pelakon dah rasa glamer plak. Apa taknya, jiran jiran kat sebelah rumah pun tanya pasal ni. ada 2 slot lagi, minggu ni esok lusa keluar ler lagi. apa apa pun tengok jer pic yang saya poskan ni.Sempat ler snap snap 2 3 pic tok masuk dalam blog.

Monday, August 20, 2007

Danial


2 ari x update blog. semalam bz ngan keje pemantauan. pagi ni plak server down. jadi nak update x bleh. awal awal pagi kol 7am dan snap snap pic Danial tok update. nasib baik ler Danial dah bangun tapi kami dua suami isteri plak kepenatan sebab semalaman berjaga tok buat susu. Danial buka mata jer merengek minta susu. Tapi pengalaman seronok sebab dapat tengok anak bila buka mata. Ni pic Danial terkini. amik pagik tadi dalam kol 7.00am.

Saturday, August 18, 2007

Bulan kemerdekaan


Semalam tepat jam 12 tgh malam dari tingkat 8 kuarters nampak dengan meriah sekali letupan bunga api sempena menyambut malam kemerdekaan. Bangga rasanya lahir Pasca Merdeka. Rasa terharu dengan pengalaman nenek moyang kita dalam zaman penjajahan untuk menentang penjajah. Ingat lagi cerita arwah nenek saya tentang beliau dan para seangkatan beliau menjadi ahli Persatuan melayu Sarawak untuk golongan ibu. tapi saya sempat lagi teringat masa budak budak (sekitar umur 6 7 tahun) zaman darurat. Kat Sarawak walaupun dah merdeka tapi komunis masih lagi memberontak sekitar taun 1978 atau 1979. Ingat lagi waktu tu, kalau dah kol 6pm kami berkurung kat rumah. bunyi dentuman senapang memang kedengaran. Bila imbas kembali zaman tu dan dengar kembali cerita kemerdekaan rasa terharu sangat sangat.

Terima Kasih kepada Pemimpin terdahulu. Terima kasih Tunku Abdul Rahman. Terima Kasih Rosli Dhobi. Terima Kasih Rentap. Terima Kasih Semua. Terima Kasih Malaysia. Sempena menyambut kemerdekaan ke-50 Negaraka jangan abaikan semangat nasionalisme. AKU SAYANG PADUMU....MALAYSIA TANAHAIRKU.

P/S: HUHU..TERHARU RASANYA.

Thursday, August 16, 2007

Hurray weekend.

Wow, ari ni khamis. sekarang ni kol 1200tepat. Keje alhamdullilah dah disiapkan. semalam tido lewat dan bangun plak awal. tido 3 jam je semalam pasal nak edit dan buat kertas MANS1213 semester 2 yang sepatutnya diantar dan sampai sebelum 20hb Ogos. Jadi ptg ni saya kene submit kat bos. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.
tetiba lak pagi ni teringat dan rindu sangat sangat kat family kat Sarawak. Tak sabar rasanya nak balik bawa Danial tok jumpa ngan tok and tok wan kat sana. Tapi puasa tak lama lagi. Emm, sabar jer ler. HP penghubung kami. Esok pagi nak tido sepuas puasnya (pas semayang subuh ler). minggu ni betul betul penat. Cuti seminggu rasa macam tak cuti jer. banyak benda kene setel dan uruskan. Nasib baik Big Bos minggu ni ke KL. kalau tak mesti soh handle erobik. Kat opis, saya kene handle erobik setiap khamis 5.30pm. tapi rasanya kalau Bis Bos ada pun memang kene habaq kat big bos tak larat nak buat. Lagipun time puasa ni. Bukan puasa ramadan tapi puasa nazar. Huhu..Ptg karang nak jalan jalan shoping kat pekan. Chow dulu.....

Wednesday, August 15, 2007

Pocothon



Emm, apsal lak rajin sgt nak antar artikel ni? x sampai sejam dah 3 artikel tajuk diantar kat blog. Event ni dah lama dah 4 Ogos lepas tapi pic baru ari ni dapat. Anjuran Persatuan Lompat Tali Kota Setar Kolej telah menghantar 4 orang Pelatih. dan alhamdullilah seramai 2 orang ke peringkat akhir Pocothon peringkat negeri kedah kat Kulim 4 ogos lepas. Nak tulis tak syok, rasanya tengok jer pic pic yang ada... Layannnnnnnnnnn lagi.

Hadiah...


Emm, huhu sebaik saja artikel terakhir kene post dapat kol dari kak Ani soh masuk opis. X tanya panjang saya terus pi opis. Huhu, En. Yu bagi hadiah tok Danial bagi pihak Kolej. TQ semua. Emm, niler pic hadiah danial dan kat belakang 2 orang tu kak fairuz (duduk) dan kak Ani.

Bendang...

Tinggal di tingkat 8 berhadapan dengan bendang suatu pengalaman yang tak pernah dirasai. Angin sepoi sepoi bahasa bertiup setiap kali tingkap dibuka. Tapi setiap kali tingkap dibuka setiap kali tu juga hama dan serangga serangga kecil (lady bugs etc) akan masuk. Kalau malam lagi ler teruk. Tutup macamana sekalipun serangga akan masuk. Entah macamana serangga serangga ni menyelinap masuk pun tak tau.Ari ni takda kelas. sepanjang ari dari pagi tadi asyik mengadap komputer tapi bukanler surfd internet jer sambil sambil tu buat lesson plan tok mengajar esok. Esok ingat nak buat OSCE "Tekanan Darah" untuk pelatih semester 2. 49 orang kesemuanya dan rasanya dalam 4 jam habis kot.
Pagi tadi balik sat rumah nak tgk danial. Berat dah meningkat dah dalam masa 7 hari. dari 2.73kg dan pagi tadi ke 3.1kg. emm, asyik asyik pic danial yang dipost. xda pic lain ke? emm, blog ni dibuat pun memang tok danial.

Tuesday, August 14, 2007

Tak sihat.


Kelas Kejururawatan untuk semester 1 dah pun abis. Pukul 2pm lak nak pi pemantauan kat Klinik kesihatan Langgar. kira kira 3 KM dari hospital Sultanah Bahiyah. Minggu lepas cek x dan nak pi pasal faternity Leave seminggu dan baru je abis 13hb ogos. cuti 7 hari pastu rasa malas plak nak turun keje apalagi dapat tau takda org jaga anak dan istri kat rumah. nasib baik ler adik ipar saya mai dari Sik. dan tolong istri saya selama 2 minggu. Saya nak minta cuti lak tak bley pasal banyak kelas tak cover lagi.

Kat sebelah tu adalah tempat kerja saya. Layannnnnnnnnn..................

Pic Terbaru



Pic ni saya amik semalam. Awal awal lagi dalam kol 8 saya terus ke Jabatan Pendaftaran Negara Kedah. Sampai saja kat JPN kedah, saya terus ke kaunter dan mengisi bedan benda yang patut. tak sampai 10 minit anak saya dah sah menjadi warganegara Malaysia. Nama yang tertera Muhammad Danial Jee dgn nombor pendaftaran 070807-02-XXXX. emm ni ler nombor pendaftara Danial.

Monday, August 13, 2007

Discaj Home

Hurray, terima call dari staff Hospital S.B kol 4 dan memberitahu danial dah bleh discaj. seronoknya nak amik anak balik. setelah bil bil setel dan semua benda dah dibuat saya terus mencium danial sekuat kuat hati dan tanpa melengahkan masa terus membawa Danial ke rumah. Kat rumah Danial asyik menyusu. semalam saja dah menyusu 4 kali dan 2 kali bangun tok buat susu. Welcome home Danial.....Daddy Mummy Love U.

Sunday, August 12, 2007

Geramnya............


Emm, blog ni sama dengan blog http://www.nizamdanial.blogspot.com/ tapi malangnya bila nak buka blog tu tetiba lak pagi ni pasword semua terlupa. ishh...pagi ni awal awal lagi dah datang ke opis sebab nak dapatkan GL untuk anak yang admit kat wad kenanga 5D Hospital S.Bahiyah, A.s sebab NNJ (neonatal Jaundice). sedih dan pilu teramat sangat bila tengok anak dicucuk sana dicucuk sini. tapi apakan daya demi kebaikan anak. Semalam doktor memberitahu yang anak saya akan didiscaj dari wad pagi ni.