Monday, April 27, 2009

Kenali karakter melalui tarikh lahir

PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.

Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.

2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.

6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.

10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.

12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.

14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.

15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?

16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.

23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.

26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

Thursday, April 23, 2009

Bot fly

Sewaktu surfing pagi ni aku terjumpa video ni. Cuba tengok. Gelinyaa aku...wekkk...Larva ni dipanggil bot fly. dan bot fly ni bila dewasa akan menjadi lalat. Ianya masuk dalam bukaan yang terdapat pada kulit. Serangga ini terdapat di central dan south america dan berasal dari costa rica.

Wednesday, April 15, 2009

Quran Noble kat YM

(Entri ni adalah entri dari kuina untuk kongsi bersama)

Anda suka berYM tak?

mahu tak kita berYM sambil membaca terjemahan Al-Quran

langkah 1:
kat YM klik ADD CONTACT
masukkan id : QURAN.NOBLE
anda akan mendpt pengesahannya

Langkah 2:
taip HELP
anda akan mendapat panduaanya..



Langkah 3:
taip : QURAN AL-IKHLAS 1-4 Malay
atau surah2 yang lain yg anda inginkn terjemahannya



Jgn lupa taip MALAY selepas surah & ayat yg kita pilih tu...
SELAMT BERCHATTING SAMBIL MENAMBAH ILMU!
Benda nie dah lama dah.. bertahun dah aku gunakan cuma nak berkongsi dgn anda semua.

(Entri kat atas saya amik bulat bulat tanpa edit dari blog kuina dengan izin)

Monday, April 13, 2009

Site translate bahasa

Aku terjumpa satu site yang best. Site google yang dapat mentranslate dari satu bahasa ke satu bahasa. Bagi aku ini adalah eureka. Huhu... Korang try ler site ni. Main main dengan satu bahasa pastu translate ke bahasa lain.Kiranya penemuan terbaru ler tu. Korang try kat site ni (translate.google.com.my) atau korang bleh pergi kat site ni (citcat.com).

Aku cuti

Ari ni aku cuti 2 ari. Nak jaga anak. Lagipun takda kelas jadi aku amik cuti. Blog pun bercuti. HUHUHU.

Wednesday, April 8, 2009

Lagu Kita -Aizat



Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Loopididoo...

Wah, glamernya tajuk entri. Entahlah. Aku sendiri tak tau kenapa aku pilih entri tu. LOL.Ari ni 7.30 pagi aku dah sampai kat opis. Aku lebih suka kalau kuar rumah sebelum 7.40 pagi dan selepas 7.20 pagi. Bukan apa, time tu tak jem sangat jalan. Tapi yang mengherankan waktu kita keluar 7.30 tu masih ada jugak parent yang rush nak antar anak ke sekolah. Sekolah apa plak time tu ek? Entahlah. Kalau lambat anak tu sampai sekolah aku rasa budak tu tak salah. Ibu bapa kot. Emm, malas nak komen memanjang. La ni, attitud student memang teruk. Kelmarin aku rampas sorang student aku yang tengah bermsg time aku bagi lecture. Perempuan plak tu. Entahlah, la ni pompuan laki sama je. Kalau dulu studnet pompuan tak tido pun dalam kelas tapi la ni student pompuan kelas aku tido plak dalam kelas.
Petang nanti aku kena travel ke Jitra sebab nak tengok site pameran kerjaya tok esok hari. Kalau kementerian kat KL tak anta surat tu, malas betul nak pi kat sana buat Pameran kerjaya. Minggu depan plak aku kena pi Melaka sebab Persidangan Pengajar Kementerian Kesihatan. Argh, boringnya. Sejak dah ada 2 orang anak ni rasa malas nak travel. Tak macam dulu. Kalau travel tu rasa seronok je.

Sunday, April 5, 2009

Hati Hati dengan "Ayam"

Benda ni member aku forward dalam emel. Depa dapat dari member member depa yang dah pi kat satu tempat tak jauh dari Malaysia ni. jadi kepada hangpa yang selalu nak pi kat seberang nu hati hati lah noo....








Cam na? Menyelerakan ke?