Wednesday, April 8, 2009

Loopididoo...

Wah, glamernya tajuk entri. Entahlah. Aku sendiri tak tau kenapa aku pilih entri tu. LOL.Ari ni 7.30 pagi aku dah sampai kat opis. Aku lebih suka kalau kuar rumah sebelum 7.40 pagi dan selepas 7.20 pagi. Bukan apa, time tu tak jem sangat jalan. Tapi yang mengherankan waktu kita keluar 7.30 tu masih ada jugak parent yang rush nak antar anak ke sekolah. Sekolah apa plak time tu ek? Entahlah. Kalau lambat anak tu sampai sekolah aku rasa budak tu tak salah. Ibu bapa kot. Emm, malas nak komen memanjang. La ni, attitud student memang teruk. Kelmarin aku rampas sorang student aku yang tengah bermsg time aku bagi lecture. Perempuan plak tu. Entahlah, la ni pompuan laki sama je. Kalau dulu studnet pompuan tak tido pun dalam kelas tapi la ni student pompuan kelas aku tido plak dalam kelas.
Petang nanti aku kena travel ke Jitra sebab nak tengok site pameran kerjaya tok esok hari. Kalau kementerian kat KL tak anta surat tu, malas betul nak pi kat sana buat Pameran kerjaya. Minggu depan plak aku kena pi Melaka sebab Persidangan Pengajar Kementerian Kesihatan. Argh, boringnya. Sejak dah ada 2 orang anak ni rasa malas nak travel. Tak macam dulu. Kalau travel tu rasa seronok je.