Friday, July 31, 2009

Awas selipar jenama strikefit

Sorang kawan aku telah menghantar emel kat aku tentang satu selipar jenama strikefit yang ada tertulis perkataan Allah kat tapak selipar tersebut. Mungkin tujuan untuk menjatuhkan martabat kesucian agama Islam. Gambar selipar tu seperti kat bawah ni.






Thursday, July 30, 2009

Buah Dinar

Aku sebenarnya baru tau dan kenal buah dinar ni Jumaat lepas time aku pi pasar malam Taman Nuri. Tetiba mata terpandang sejenis buah kayu. Entahlah, aku tak pasti khasita buah ni dan asal buah ni. So, aku beliler 4 biji buah ni dengan harge RM10. Balik dari pasar malam aku search kat Google tentang buah dinar ni. Wow, tak sangka plak buah dinar ni berasal dari Arab dan tertulis perkataan seakan akan perkataan huruf Arab kat buah tu dan banyak gak khasiat buah tersebut. Kat bawah ni adalah gambar buah dinar tu. Aku dapat dari site Jana Aura Aromatheraphy.



(kena tekan "ctrl" dan "+" kalau nak enlarge)
Kalau nak tau pasal buah dinar ni klik jer kat Flyer yang aku dapat dari site Jana Aura ni. Tujuan aku bukanler nak promot Jana Aura tapi cuma saja nak kongsi dengan semua tentang buah dinar ni.

Wednesday, July 29, 2009

Kuarantin Kat opis

Ari ni aku sepatutnya cuti. Memang dah cuti pun sampai kol 12 tetiba wife aku sampai dari Kolej jururawat. Katanya Kolej kena kuarantin sebab ramai student nurse yang admit sebab suspect H1N1. Lama plak tu kuarantin sampai 5hb. Tetiba plak kol 1.30 aku terima kol dari opis aku. Cuti aku ari ni ditarik balik sebab kuarantin. dah tu dengar kabar student aku ramai yang disuspek pembawa. Ler, lecehnya. seram plak rasanya. Tak sangka plak satu ari nanti H1N1 sampai kat kolej.jadi kol 2 pm aku sampai kat kolej dan berjumpa dengan student student aku. Pas tu tetiba lak teringat kat sorang student aku kat asrama Al-Falah. Aku call dia dan soh dia mai ke kolej untuk kuarantin. Emm, just wait and see.... Apa apa, aku harap benda ni tak lama. Bukan apa, takut dengan penyakit penyakit baru ni.

Sunday, July 26, 2009

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran pahala Membacanya.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

…Wallahu a’lam

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Matahari dan skodeng


Wow, pelik gak bunyi entri kali ni. Banyak gak perkara berlaku pagi tadi. Awal awal pagi aku dah bangkit dan pas mandi dan pakai baju aku terus ke opis sebelum bertolak ke Sungai Petani. Sementara sebelum menunggu sorang lagi rakanku (En. Nadarajah) aku terus ke opis untuk surf internet sekejap. Tapi tetiba plak komputer ada problem. Aku pun terus duduk dan masuk dibawah meja dan tetiba "Prap". Ishhh, seluar koyak plak. La, time time macam ni plak seluar koyak. Nak balik ke Kuarters time ni memang jalan jem teruk. Nak tak nak aku pergi ke kereta dan tunggu Nada sampai. sekitar jam 7.45 pagi dia pun sampai dan terus tanya aku,"eh, sorry, jgn marah, saya lambat pagi ni". Aku terus bagitau dia yang seluar aku koyak dan kena beli seluar baru. nasib baik aku tetiba teringat TESCO buka seawal jam 8 pagi. Tanpa berlengah aku terus bertolak ke SP dan sampai kat sana aku terus ke TESCO untuk membeli seluar.
Tetiba plak si Nada ni terima call (entah tak tau siapa) yang bagitau dia supaya jgn makan sehingga ke pukul 11 pagi. Aku tanya kenapa plak. Dia bagitau,"ari ni ada gerhana matahari. Orang India cakap tak boleh makan sehingga pukul 11. Takut ada benda buruk berlaku".
Aku pun dengar sambil lewa je. Pas membeli seluar aku dan Nada terus ke Hospital Sultan Abdul Halim. Tetiba lalu kat kafeteria dan aku singgah ke tandas kafeteria.
Kat siniler bermulanya pengalaman yang takkan aku lupakan seumur hidup aku. Waktu aku masuk tandas tu,tak ada orang pun dalam tandas. Tapi bila aku dah masuk dan mengunci pintu tandas.Tetiba ada bunyi orang masuk ke dalam tandas. Aku buat tak tau jer. Pas buat "bisnes kecik" tetiba hati aku seakan memberitau aku supaya menoleh kat atas. Aku pun menoleh kat atas dan tetiba dan secepat kilat aku nampak seakan akan lembaga hitam sedang melarikan diri. Aku apa lagi. Aku terus menjerit dan keluar drai tandas tu dan terus pergi ke bilik sebelah. Di bilik sebelah tu aku pun mengetuk pintu tandas sebelah tu dengan sekuat hati. Dengan adrenali sedang mengalir dalam darah aku terus memarahi dan memaki orang kat dalam tandas sebelah tu. Time tu aku tak tau macamana dan siapa orang didalam tandas tu.


Tetiba, keluar seorang budak dalam usia 20an. Aku pun menanya kat dia'"apa yang awak buat". Dia seperti orang bodoh dan ketakutan,"eh, tak buat apa apa eh". Lepas puas memarahi dan memaki budak tu aku pun keluar. Wah, tak sangka plak ari ni aku kat Tandas Hospital kena skodeng. Selama ni aku ingatkan perempuan jer yang kena skodeng rupanya aku lelaki ni pun kena skodeng. Yang skodeng tu plak, lelaki. Entahlah.....hari ni sememangnya akan menjadi pengalaman buat ku ketika berada didalam tandas supaya berjaga jaga.....

(Credit untuk pic gerhana www.news.my.msn.com)

Thursday, July 16, 2009

Evian Roller Babies



Aku tau Danial mesti suka kat video klip "Evian" ni. Aku nak download dan simpan dalam laptop aku, tapi tetiba downloader tak jumpa plak. Aku rasa ari tu aku reformat PC dan terus semua benda kat dalam ni Hancus.. apa apa enjoyyy..

Sean Kingston - Fire Burning On The Dancefloor


Lets Go
Hey, hey, hey
Red One
Hey Hey
Shawty got that super thing
Hotter than the sun of south in spain
Got me soon as I walked through the door
My pocket started tickle-ing
The way she dropped it low that thang
Got me wanna spend my money on her, her

She get it pop it lock it drop it,
That birthday cake,
Got a candle, need to blow that crazy flame away
Now take my red, black card and my jewellery
Shawty is cool like the fire,
Cool like fire

Somebody call 911
Shawty fire burning on the dance floor
Whoa
I gotta cool her down
She won't bring the roof to ground on the dance floor
Whoa
She's fire burning, fire burning on the dance floor
That little shawtys fire burning on the dance floor
She's fire burning fire burning on the dance floor
That little shawtys fire burning on the dance floor
Fire burning fire burning

That body is a masterpiece
The order is one in every hundred years
But aint no doubt I'm taking it home
I'm affraid we'll blow them legs
Little mama game is about to change
Shell be on covers over the world

She get it pop it lock it drop it that birthday cake
Got a candle need to blow that crazy flame away
Take my red, black card and my jewellery
Shawty is cool like the fire
Cool like fire

Somebody call 911
Shawty fire burning on the dance floor
Whoa
I gotta cool her down
She won't bring the roof to ground on the dance floor
Whoa
She's fire burning, fire burning on the dance floor
That little shawtys fire burning on the dance floor
She's fire burning, fire burning on the dance floor
That little shawtys fire burning on the dance floor

She got that fire in her dance thatll make them fellas run around
Hey
No exit from the dance floor so them boys want more
Hey
She got that fire in her dance thatll make them fellas run around
? get outta my way, everybody, sing it now
No exit from the dance floor so them boys want more

She get it pop it lock it drop it that birthday cake
Got a candle need to blow that crazy flame away
Take my red, black card and my jewellery
Shawty is cool like the fire
Cool like fire

Somebody call 911
Shawty fire burning on the dance floor
Whoa
I gotta cool her down
She won't bring the roof to ground on the dance floor
Whoa
She's fire burning, fire burning on the dance floor
That little shawtys fire burning on the dance floor
She's fire burning, fire burning on the dance floor
That little shawtys fire burning on the dance floor

Somebody call 911

Entahlah, nak letak tajuk apa?

Aku baru jer balik dari kelas. Berjalan kaki dari wad hospital lama sampai ke opis. Kira penat juga ler berjalan kaki ni.Keta plak aku tinggal kat tepi Hospital. Nak naik keta pun malas rasa. So, aku berjalan je. Petang ni aku nak ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk kerja kerja pemantauan student kat sana. Penat dan letih sungguh rasanya. Nasib baik esok dan lusa cuti ujung minggu. Pagi pagi esok aku plan nak bererobik kat Taman rimba dan nak ajak wife sekali pi sana. Mesti pas ni "Kim" tanya kat aku pas ni "awat lama hang tak mai zam oi".
Bukan tak nak mai, tapi pagi Jumaat ada ada je masalah. Kadang kadang Danial nak ikut ler. Malas ler dan macam macam je. 20hb cuti israk Mikraj. Plan aku malam ahad tu nak pi masjid. InsyaAllah kesampaian kali ni.

Monday, July 13, 2009

Blog aku ber"spider web"

Lama sangat tak update blog. Bz memanjang ngan kerja kerja opis. Masuk je Julai setiap ari aku balik kerja lewat dan sampai kat opis awal. Kadang kadang tu sebelum kol 7 aku dah terpacak kat opis. La ni opis aku dah pindah kat Wad Hospital Lama. Opis la ni aku masih lagi duduk situ, cuma kekadang malas nak dok sana. kalau jumpa bos ada ada je kerja bagi kat aku. Ari ni dan esok aku cuti. Sengaja cuti sebab nak rehatkan fizikal dan mental. Penat teramat sangat rasanya.
Ari ni pun aku tak tau nak letak apa dalam entri kali ni. Saja je berleter kosong sebagai syarat mengupdatekan blog. Petang ni wife aku kerja petang, esok dia cuti sebelum berkursus pos basik kat Kolej Kejururawatan Alor Setar.