Monday, June 29, 2009

Gambar Danial dan Darwish

Lama dah tak uploadkan gambar Danial dan darwish. Minggu ni aku betol betol BZ. Pendaftaran pelatih baru lusa je. Ari ni pun terpaksa kena ligan sana ligan sini. Apa taknya, mesin potostat problem lah, mesyuarat tu ler, ni ler. Entahlah, tak tau nak bagi badan macamana. Apa apa kat bawah ni aku upload pic Darwish dan Danial. Darwish dah masuk 5 bulan seminggu ari ni. Danial plak setaun 10 bulan.





Thursday, June 25, 2009

Sugar- Flo Rida feat Chipmunks

Aku minat sungguh dengan Alvin and the Chipmunks dari dulu dulu lagi. Time kecik kecik, kalau ada Alvin aku takkan terlepas nak tengok. Seronok dengan keletah Simon,Theodore dan sudah tentu Alvin. Jadi pagi ni aku cari kat youtube lagu lagu best. Jadi aku dapat lagu sugar dari Flo rida. Dan masa sama aku cari version Chipmunks. So, kat bawah ni aku embed lagu sugar flo rida feat Chipmunks.

Sunday, June 21, 2009

Kerana tersilap cetak.

HANYA kerana tersilap cetak satu huruf , kain rentang ini menjadi tanda tanya dan bahan gurauan orang ramai yang melalui bulatan Jalan Bakri, Muar, pagi ini. Niat murni kempen menderma darah yang diadakan di sebuah sekolah bertukar makna apabila perkataan 'darah' tersilap cetak menjadi 'dadah'.


Gambar dan bahan dari Berita harian Online 21 Jun 2009.

Tuesday, June 16, 2009

Bagaimana Memastikan Produk Kulit Babi?

Jika anda ingin mengetahui atau memastikan kasut atau barangan kulit tersebut dari kulit babi sila perhatikan tanda bulat yang berbentuk segitiga seperti ini.

Jika anda terbeli atau menjumpai barangan kulit yang mempunyai tanda seperti ini maka sah yang anda telah membeli atau menjumpai baragan kulit daripada babi.
Dilihat dari mata kasar kasut ini nampak macam kasut kasut yang lain dan apabila anda meneliti didalam kasut tersebut anda akan melihat tanda seperti yang diterangkan diatas.


Inilah keagunggan Allah untuk membezakan yang halal dan haram.
Kredit : Bloggertiam

Tuesday, June 9, 2009

Pembantu Rumah

Lama betul aku tak update blog. Rasa malas sungguh rasanya. Bulan ni sememangnya busy. Tiba bulan Julai ni lagiler busy. La ni aku nak cari pengasuh tok jaga dua anak ku. Tapi bila pikir takut plak nak amik. Sebab banyak betol perkara yang aku dengar pasal pembantu rumah. Aku nak antar anak pi nurseri kat bawah rumah tu plak, tak sanggup rasanya sebab kat nurseri tu saja rasanya ada hampir 100 kanak kanak. Anak kita kurang terjaga atau tak kena jaga. Bila tengok youtube pasal pembantu rumah menyepak anak majikan dia makin ler aku takut nak amik. Kat bawah ni ada cerita pasal pembantu rumah dengan anak majikan dia ni.

Monday, June 8, 2009

Yuna - Dan Sebenarnya



Oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh