Wednesday, December 31, 2008

Hot and cold - Katy Perry



You change your mind
Like a girl changes clothes
Yeah you, PMS
Like a bitch
I would know

And you always think
Always speak
Crypticly

I should know
That you're no good for me

Cause you're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down
You're wrong when it's right
It's black and it's white
We fight, we break up
We kiss, we make up

You, You don't really want to stay, no
You, but you don't really want to go-o
You're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down

We used to be
Just like twins
So in sync
The same energy
Now's a dead battery
Used to laugh bout nothing
Now your plain boring

I should know that
you're not gonna change

Cause you're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down
You're wrong when it's right
It's black and it's white
We fight, we break up
We kiss, we make up

You, You don't really want to stay, no
You, but you don't really want to go-o
You're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down

Someone call the doctor
Got a case of a love bi-polar
Stuck on a roller coaster
Can't get off this ride

You change your mind
Like a girl changes clothes

Cause you're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down
You're wrong when it's right
It's black and it's white
We fight, we break up
We kiss, we make up

You're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down
You're wrong when it's right
It's black and it's white
We fight, we break up
We kiss, we make up

You, you don't really want to stay, no
You, but you don't really want to go-o
You're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down

Sunday, December 28, 2008

Awal Muharam 1430H.

Hari ni adalah hari terakhir tahun Hijrah 1429 dan malam ni InsyaAllah 1430 akan datang. Esok cuti Awal Muharam. InsyaAllah malam ni aku nak pi Masjid. Nasib baik wife aku keje pagi. Kalau petang terpaksa ler jaga Danial dan malam ni tak dapat pi masjid. Apa apa aku ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam kepada semua Umat Islam. Bersama ni juga aku letakkan doa semasa menyambut Muharam yang aku dapat dari site ni.

DOA AKHIR TAHUN 1429H

Waktu membacanya :

Doa ini dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Kelebihan membacanya :

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan :

"Kesusahan bagiku dan sia2lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

DOA :

Segala puji hanya bagi Allah , tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan kemi Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah ,Sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.

Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku.

Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku bermohon keampunan dariMu , ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai, Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau.

Ya Allah , Ya Karim , Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjugan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Segala puji hanya bagi Allah ,Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.....

Aminnn


DOA AWAL TAHUN 1430H

Waktu membacanya :

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram

Kelebihan membacanya :

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan :

"Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

DOA :

Segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah ,

Engkaulah yang kekal abadi untuk selama2nya.

Demi kelebihanmu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah ,

Sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya , tenteranya dan penolongnya.

Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w ,serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam,..

Aminnn...

Tawaran opsyen

Pagi pagi lagi aku dah sampai kat kolej. Dah 3 hari cuti memanjang, esok cuti Awal Muharaam plak. Sampai sampai je opis aku terus onkan PC. Surf site tu dan surf site ni. Tetiba teringat website JPA. Bila klik kat site tu aku terus mencari Pekeliling Perkhidmatan mengenai "Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang telah Memilih Skim KWSP".
Aku telah memilih skim EPF beberapa tahun yang lepas dan sejak tu aku rasa menyesal memilih skim tersebut. Ini kerana time tu aku tak diberitau atau diberi taklimat langsung mengenai skim EPF. Ikut kawan kawan jer. Kawan pilih EPF aku pun pilih EPF gak. Dengan pemberian semula skim opsyen ni InsyaAllah aku tak menyesal sebab akan memilih skim Pencen.

Tuesday, December 16, 2008

Bengang tahap Doraemon.

Esok 17hb Disember aku kena pi Ulu Kinta sampai 20.12.2008 untuk berkursus. Boringnya kalau time kursus macam ni. Paling bengang bila kita tak dapat nak claim makan pasal telah disediakan oleh pihak penganjur. Boringnya, kalau dapat makan macam hotel tak perler. Ni dapat makan dalam bungkus jer. Dahla, program sampai ke malam. Ujung minggu pun kena mai keje. Gila ke apa. Aku bengang tahap Doraemon ni.

Monday, December 15, 2008

Corat coret di pagi Isnin.

sebelum pukul 7pagi aku dah sampai kat opis. Wife ari ni kerja pagi. Jadi aku dah bangkit seawal jam 5.30pagi. Selepas Subuh dan menyiapkan Danial untuk dihantar ke Nurseri aku terus memecut kereta ke Opis. Sampai sampai kat opis aku terus onkan komputer dan surf ler blog dan Bharian Online seperti biasa.
Terkejut dan sedih rasanya apabila melihat wajah seorang bayi dibuang dalam lubang tandas.

Tengok jerlah betapa comelnya bayi ni. Si "Ibu" yang berhati binatang ini dah lah penuh dengan dosa pas tu anak plak hendak dibunuh.Si "ayah" plak entah kemana menghilang.

Thursday, December 11, 2008

Mencari nama pilihan.

Hari ni hanya aku sorang je kat opis. Opismate lain semuanya cuti. Jadi aku nak cuti tak bleh. Part paling boring, yang tak berkenaan dengan cuti raya aji pun nak cuti sekali. Jadi pagi ni masa aku banyak ngan bermain tenet. Huhuhu. Sambil sambil main tu teringat untuk mencari nama untuk putera kedua ku. Wife dijangka bersalin 6 Februari 2009 tapi kalau ikut experience yang lepas dia bersalin 2 minggu awal. Jadi untuk yang kedua ni aku jangkakan ujung bulan Januari. Eh, Bulan depan ler. Em, tak lama lagi tu. Jadi aku surf ler beberapa laman untuk nama nama Islam. Kalau boleh aku ingin mencari nama yang bermula dengan huruf "D" sebab anak ku sulung bermula dengan D = Danial. Aku terjumpa site ni.. Beberapa nama bermula dengan huruf " D" telah kupilih antaranya Dhamin (Penjamin), Darwisy (Warak, Alim) dan Danish (Bijaksana). Tapi selalunya kalau nama Danial mesti nama anak kedua Danish. Tapi aku berminat dengan nama Darwisy. Apa apa aku kena bincang dengan wife untuk nama ni.

Impian...

Alangkah seronoknya dan indahnya kalau aku dapat membawa keluarga ku ke Tanah Suci. Tak kisah lah time menunaikan haji atau umrah asalkan dapat menjejakkan kaki ke sana. InsyaAllah jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dapatler aku membawa keluarga ke sana. Amin.

Wednesday, December 10, 2008

Celcom "Berokband"

Dah berapa lama aku tak onkan internet. Ada ada je masalah ngan wireless internet aku. Ari ni aku p kat celcom dan terminate line wireless celcom aku. Server celcom ni terlalu slow. kalau malam aku langsung tak bleh nak masuk. Kalau p traveling kl plak senang tu memang ler senang sebab dapat akses internet dari bilik tapi hampeh. Server slow giler. Kalau ujung minggu pun teruk. Rugi je bayar bulan bulan RM68. Kalau kira dalam jam rasanya sebulan aku hanya guna tak sampai pun 20 jam sebulan. Agh, tak kisah lah. Pas ni aku guna je akses tenet opis aku. Lagi bagus. 24jam guna free jer. Waktu aku p celcom tadi pompuan tu tanya taknak upgrade ke rm98 ke? Aku kata" Tak nak". Wah, macam iklan KKM plak. Huhu..bagi aku celcom broadband adalah Celcom Berokband. Paling bangang. Gerammmmmmm...............

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Adidiladha.

Ye ye, esok raya. Emm, dah lama rasanya tak seleberet raya aji ngan korga. Well, dah 5 6 taun tak balik kampung nak seleberet raya haji ni. Taun ni macam biasa je. Tak buat apa apa. Raya haji wife plak kene shif petang. Pagi tu pas semayang raya mungkin nak bawa Danial jalan jalan je. Kuarters la ni sunyi je. Penghuni kebanyakannya dah balik kampung. Yang tinggal tu pun esok lusa nak balik kampung jugak. Yang ada kami ni je.
Apa apa Selamat menyambut Hari raya Aidiladha.