Friday, May 23, 2008

Kopivosian Do Koikasan

Kopivosian Do Koikasan (Selamat Datang Ke Sabah) tu ler ayat pertama yang aku dengar setibanya di Hotel Pacific Sutera Harbour dan disambut oleh seorang wanita berpakaian Murut. Aku ngan member member sampai kat Pacific Sutera Harbour sebelum pukul 8 lagi. Aku terus duduk dibahagian paling belakang sekali sebelum diminta oleh urusetia supaya memenuhkan tempat duduk bahagian hadapan. Konferen bermula pada pukul 8am. Tajuk tajuk pada pagi tu sememangnya menarik. Tapi jarang sekali aku nak konsentret mendengar pasal ada delegasi yang terlupa untuk mematikan telefon dan malah ada yang bercakap cakap semasa presenter sedang membahaskan tajuk. Ishh, boring betul. Macam tak tahu tentang etika semasa dalam majlis.Emm, aku ngan kawan duduk kat belakang sekali dan kebanyakan orang belum sampai ke dewan walaupun jam dah menunjukkan ke pukul 8am. Hari ni, malas rasanya nak menulis ni. Tapi sayang pula rasanya tak mengupdate blog. Bukan apa, rasanya blog ni macam diari diriku.Cuma bezanya semua orang dapat mengakses dan membaca. Selepas makan tengahari pada pukul 1.30pm aku ngan kengkawan terus ke pantai. Bergambar sakan tapi sayang bateri pula tetiba bersignal merah menandakan Low. Ishh, boringnya. Jadi hanya, 2 gambar je yang aku dapat ambil. Gambar kat atas ni diambil kat Marina Sutera Harbour manakala yang kat bawah ni adalah gambar dari pemandangan bilik penginapan di tingkat 5 Hyatt Regencey Kinabalu. Pulau Gaya nampak dari tingkap bilik.

Thursday, May 22, 2008

Philipine Market KK.

Bersiaran kembali dari Sabah Negeri dibawah Bayu. wah, Macam Buletin Utama je bunyinya. Bila dapat tahu dapat kursus kat KK seronok rasanya. Bukan apa pun, aku tak pernah menjejakkan kaki pun ke Sabah. Malah tidak pernah mengimpikan akan ke Sabah. Apabila dapat peluang ke KK seronok rasanya. Tapi perasaan sedih pula yang datang disaat saat akhir nak pergi. Apabila melihat muka Danial dan mama dia sedih rasanya. Tak snaggup nak pergi ke KK. Tapi terpaksa juga kugagahkan diri. Cewah...Hari tu, 21hb kami berangkat ke KLIA pada pukul 3.20pm. Sampai ke KLIA sejam kemudian. Flight ke KK dijadualkan pada pukul 6.45pm tapi disebabkan teknikal error flight ditunda pula ke pukul 8 malam. Dah tu pula, mula mula di gate 9, lepas tu dipindahkan ke gate 6 pula. Ishh, teruk lah MAS rasanya sekarang ni. Rasa macam naik Air Asia pula. Kami naik flight pada pukul 8 malam dan pukul 1025 malam kami transit selama 40 minit di Labuan sebelum bertolak ke KK. Malam tu kami sampai pukul 12 malam di Hyatt Regency Kinabalu.
Member kat sebelah syok pula mendengar ceramah dari stewardess, aku pula syok bergambar.
Hahhhh, tengok jerlah rupa aku ni. Penat semalaman traveling. Muka nampak monyok jer. semalam tido pada pukul 2 pagi setelah meng"iron" baju dan mandi. Jam telah ku setkan pada pukul 6.40am. yang melucukan pada pukul 6.40am tu bila alarm clock berbunyi aku menyangkakan kawan ku yang menelefon. Jadi aku tak kisah sangat nak angkat sebab kepenatan. tetiba teringat yang berbunyi tu alarm clock ku. Aduhhhh, aku terus bangkit untuk mandi dan nasib baik pukul 7 pagi aku dah ada di lobi hotel untuk ke Sutera Harbour untuk berkursus. Di sana, sempat berjumpa member member yang dah hampir 11 tahun tidak berjumpa.
Gambar kat atas ni adalah gambar dari tingkat 2 , Pacific Sutera Harbour. Selesai membuat registration untuk Conference untuk 23hb aku dan member terus balik ke Hotel Hyatt. Kami sampai sebelum pukul 3. Sampai je kat Hotel, aku terus berkemas untuk ke Philipine market atau market kraftangan. Sampai kat sana dengan berjalan kaki kira kira 10 minit dari Hyatt. Aku pun terus memilih kerongsang dan gelang. Aduh, banyak juga yang aku belanja.

Habis kat situ, singgah pula kat market sebelah. Aduh beli pula ikan masin. Macam ler, kat Kedah tak ada ikan masin. Kira kira rm50 juga habis aku belikan ikan masin. Aku terus menyuruh makcik tu meletakkan ikan masin tu kedalam kotak. Wah, berat juga rasanya. Dalam tu bukan setakat ikan masin tau tapi ada tulang ikan. Entahlah, tak tau pula kenapa aku tertarik ingin membeli tulang ikan masin. Makcik tu kata sedap untuk membuat sup. Aku pun terus membeli 2 bungkus dengan harga rm4 sebungkus.
Pas tu, berjalan balik ke Hotel terjumpa pula sago dan "tepus". Tepus tu harga dia rm1 dan sago tu pula rm1.50 sebungkus. Sampai bilik aku terus meletak kedalam mini bar.Aduh, rindu rasanya ngan sago dan tepus. Kat Sabah ni, diorang panggil tauhua. Itu yang aku dengar diorang panggil. Selepas tu aku terus balik ke Hotel dan dengan seronoknya aku terus menelefon istriku. Wah, istriku seronok pula mendapat tahu barang yang aku beli. Hahaha...sampai kat bilik. Teringat pula baju danial. Terus keluar sekali lagi untuk mencari baju Danial tapi malangnya tak jumpa baju yang sesuai. Aku singgat sebentar kat KFC untuk membeli makanan.

Aduh, gambar sempat pula ku ambil tapi makanan tak sempat ku makan. Maklumlah nak updatekan blog ni. Oklah, nak makan sat noo.....malam ni rasanya nak tido awal sebab conference esok rasanya sampai ke pukul 5. Chow...






Wednesday, May 21, 2008

Rindunyaa...



Petang nanti aku akan berangkat ke KK sehingga 25hb ni. Rindu benar rasanya dengan Danial. Tak sanggup pula rasanya nak pergi ni. Gambar kat atas tu saja je letak sebagai pengubat rindu. InsyaAllah kalau, sampai KK nanti aku akan bersiaran pula dengan berita berita kat KK.

Tuesday, May 20, 2008

Cuti Cuti Malaysia

Sekarang ni umur Danial dah 9 bulan lebih, dan sepanjang tu hanya sekali je Danial berjumpa ngan "Babai" (Atuk dalam Bahasa Bidayuh). Ayah mertua ku, sampai dari Sarawak minggu lepas dan berhenti di rumah adik iparku di Klang sebelum ke Alor Star. Istriku mengatakan Danial,tidak pula takut malah seolah berborak borak dengan babai dia. Danial ni penakut terutama kalau jumpa orang yang dia tak kenal. Malah jiranku, Yoi, hampir setiap hari dia jumpa pun sampai sekarang masih takut.
Sabtu lepas pula, keluarga adik iparku dari Putrajaya pula sampai, adik iparku dari Sik pun datang. Boleh dikatakan hujung minggu lepas rumah penuh dengan adik beradik istriku. Jarang rumah ku penuh begini. Danial pula, suka betul jumpa dengan makcik pakcik dia. Selalunya dia tido awal tapi sekarang ni pukul 11 malam baru nak tido. Gambar aktiviti hujung minggu tak dapat nak diupload. Entahlah server ada problem. Nanti nanti ler upload. Esok (21 Mei) dah nak berangkat ke Sabah sebab ada Mental Health conference Kat KK sampai 25 Mei. pas tu 30hb Mei sampai 3hb Jun pula ada kursus update untuk pengajar pengajar. 8hb sampai 19hb pula ada paper marking kat KL. Asyik nak travelling jer. Kesian rasanya bila teringat kat istri dan Danial. Apalagi istriku mendapat tahu yang adik dan ayah dia nak ke KL dan JB sepanjang waktu aku travelling. Huh, tiket MAS nak ke KK dah terima. Terkejut tengok. berangkat pada 25hb dari KK ke KL pada pukul 0605 dan dijangka sampai ke KLIA 0830. pas tu connecting flight dari KLIA ke Alor Star pada pukul 1955 dan dijangka sampai 2030. Adoiiiii, tak jenuh menunggu. Bukannya macam waktu budak budak dulu seminggu duduk kat airport pun tahan tapi sekarang ni malas dah jemu dah. Chemoih kata orang utara.

Tuesday, May 13, 2008

Renungan Sempena Hari Ibu

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Untuk Ibuku (Hasnah Binti Sirat) dan Ibu mertuaku (Allahyarhamah Rokiah Binti Borhan)



Sempena hari Ibu ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk Ibu yang paling kusayangi Hasnah Sirat yang kini berada di Sibu Sarawak. Rindu rasanya kat ibuku yang jauh nun kat Sarawak. Tak terbalas pengorbanan ibu ku terhadap kami sekeluarga.
Hanya Allah yang mengetahui pengorbanan ibuku. Terima kasih, peluk cium untuk mak dari nizam sekeluarga dan adik beradik. Bagi Allahyarhamah ibu mertuaku, Rokiah Bt Borhan, semoga Allah mencucuri rahmat keatasmu.Walaupun tak pernah berjumpa tetapi pengorbanan mu sentiasa kami ingati.

Monday, May 12, 2008

Peperiksaan Profesional

Seawal jam 6 pagi aku dah bangkit. Istriku pula bz menyusukan Danial. Aku terus ke bilik mandi. Selesai sarapan aku terus memandu ke kolej dan sampai ke pejabat 7.30am. Rumah ku dengan kolej dekat jer. kira kira 5 km tapi takut jem kena pergi awal. Tapi jem kat Alor Star takler sejem macam kat Penang atau KL. Saja je kuar awal lagipun hari ni bz sket. Kena jaga kelas exam sampai ke pukul 5.30pm.
Budak budak sebelum kol 8am dah sampai. aku ngan ketua pengawas masuk kelas mengagihkan kertas peperiksaan.

Pagi ni kertas peperiksaan Komuniti untuk semester 1. Untuk pengetahuan, sebelum ni program ni takda perempuan, tapi bermula Jan 2008 seramai 20 orang perempuan diambil.
Pukul 12 tengahari pula semester 2 yang exam komuniti. Kumpulan ni seramai 103 orang pelatih. Jenuh nak jaga.

Apa taknya, kalau dah abis exam kena pungut kertas exam sebanyak 103 keping. Pergi balik pergi balik untuk pungut kertas exam. tengok ajalah pic yang kedua tu.

Friday, May 9, 2008

Kebakaran Punan Bah Part 2

Lama juga rasanya blog ni tido. Nak update 2 3 hari ni rasanya malas. Danial hari tu konjunktivitis. Habis je konjunktivitis terus je demam. Terus aku membawa istriku membawa Danial pergi ke Putra Medical Center untuk rawatan demam panas malam lepas. Alhamdullilah demam dah berkurangan. Aku plak, rasa macam tak berasa sihat. Batuk dan rasa nak demam jer. Petang ni nak ke Butterwoth untuk mengajar JPA3 kat sana. Malas juga rasanya nak pergi tapi dah berjanji dengan member lain untuk kelas terpaksa juga ler pergi.Malam tadi buka blog dan terbaca tentang komen kat blog.
Aku terus mengklik kat site punan.info alangkah terkejutnya mendapati sederet rumah panjang di Punan Bah termasuklah kelirieng hangus. Sayang rasanya apatah lagi kelirieng yang berusia ratusan tahun hangus terbakar. Satu satunya sejarah kebanggaan orang Punan khasnya dan Sarawak amnya. Kat bawah ni adalah kesan sebelum dan selepas kebakaran di Punan Bah.
Gambar dipetik dari Punan Info tanpa kebenaran. (Duang Busik...)

Kalau tak silap rumah oren tu rumah tauke Tukang. Tak pasti tapi rasanya rumah dia ler. kat hujung paling kiri letaknya SK punan Bah dan sebelah kanan adalah Klinik Kesihatan Punan Bah.


Gambar kat atas adalah gambar kelirieng yang terbakar. Sayang rasanya. Untuk perkembangan berita terkini mengenai kebakaran ini, bolehlah membaca di Punan Info.


Tuesday, May 6, 2008

Rumah Panjang Terbakar

"Anonymous said...
hai........ semoga sihat hendaknya disisi keluarga. blog yang menarik... n perlu diperkembangkan lagi. sesungguhnya penggunaan blog zaman kini tidak diakui lagi. antara yang menariknya... kita dapat berjumpa di alam maya ini tanpa ada batasannya..... terima kasih juga keranan masih segar di ingatan pengalaman berada di punan bah. sedikit berita sedih.... saya dimaklumkan rumah panjang punan bah terbakar semalam. sebelah blok depan atau belah sungai semua habis terbakar. yang tinggal sebelah blok dekat sekolah and belah belakang...
kan na v sumui... eneak punan


Itulah komen yang saya dapat pagi ini. Terperanjat rasanya. Sedih dan kasihan. Teringat lagi waktu kat Punan Bah bentuk rumah panjang tersebut. Rumah "Ketua Lovuk" waktu tu nama dia Alang Bitok. Rumah tak jauh dari sebuah kedai. Aku dah lupa nama kedai tu. Nama nama orang tua kat rumah panjang kebanyakkan nya aku masih ingat lagi. Sentimental value rasanya. Harap harap rumah keluarga angkat ku tak terkena. Nama keluarga angkat ku Keluarga Pingin. Kedudukan rumah pun masih ku ingat dan segar dalam ingatan walaupun dah 13 tahun meninggalkan Punan Bah. Setahun kat Punan Bah, tapi suka duka masih kekal dalam ingatanku. Punan bah banyak mengajar erti kehidupan kepadaku. Tidak keterlaluan kalau aku mengatakan Punan Bah adalah tempat kedua ku. Harapanku semoga Punan Bah selamat...

Sunday, May 4, 2008

Punan Bah Dalam Ingatan

Sewaktu surf internet tetiba saya teringat Punan Bah. Terus taip Punan Bah kat Google dan dapat ler beberapa link seperti punan.info. Terus teringat balik nostalgia sewaktu berada berkhidmat di Klinik kesihatan Punan Bah tahun oktober 1996 - oktober 1997. (Imbas kembali....... )
Sekitar oktober 1996, tawaran kerja diterima dan terkejut kerana mendapat tahu yang saya akan bekerja di Klinik Kesihatan Punan Bah, Belaga. Selama ini, saya hanya mengetahui Belaga tetapi tidak pernah pun mengetahui tentang kewujudan Punan Bah. 20 Oktober 1996 saya berangkat ke Jabatan Kesihatan Negeri cawangan Kapit. Beberapa hari di kapit untuk sesi orientasi saya telah diarahkan untuk ke Klinik Kesihatan Punan Bah. Perjalanan dari kapit ke Punan Bah dengan menggunakan Bot Ekspres yang memakan masa selama 5 -6 jam perjalanan. Perjalanan terlalu lama, merempuh beberapa kawasan sungai yang bahaya seperti "rapid" merit. Seingat aku, sampai ke Punan Bah sekitar jam 1 tengahari dan disambut oleh MAic ketika itu, Encik Bobby. Wow, tergamam, terkejut, takut, sedih, semuanya bermain dalam fikiran. terkejut kerana Klinik Punan bah hanya terdapat seorang MA. Klinik pula terletak kira kira 10 minit menaiki perahu ke rumah panjang. Klinik dan rumah panjang dipisahkan oleh sebatang sungai kecil. Setahun berada di Punan Bah, bermacam macam peristiwa sedih, duka berada dalam ingatan. Ingat lagi dengan nama nama seperti kusai, wesley, donny, cikgu alawi. Mereka inilah kawan kawan sewaktu berada di sana. Oh ya, teringat pula dengan keluarga angkat ku. keluarga wesley. Layanan mereka terhadap ku terlalu baik. Wesley, rasanya sekarang dia ni dah berkawin atau mungkin dah berumur sekitar 25 tahun. Cikgu alawi? entahlah, terlalu lama tidak berhubung. Rindu juga dengan nama nama ni.
Teringat rasanya untuk berjumpa dengan mereka. Oh ya, setahun berada di sana, bahasa Punan memang dapat ku kuasai dengan mudah. Sampaikan loghat Bahasa Melayu sarawak ku pun dah berubah. Aduh, rindu lan rasanya. Majan Lan oak eang ploei Punan. Jik toun. Hahaha......kekadang kalau geram geram kat adik sekali sekali aku akan menggunakan bahasa Punan. Sekarang ni dah hampir 13 tahun sejak meningalkan Punan bah aku langsung tidak pernah menggunakan Bahasa tersebut. untuk menguasai bahasa Punan seperti dulu mungkin tidak tetapi untuk berbahasa Punan rojak rojak tu bolehler. Kalau nyaan Oma Punan Nukak website ni bolehler kontek oak. Bukan apa, nak menghilangkan rasa rindu dan berbahasa Punan sekali sekala.

Danial sakit mata.

Aduh, kesian bila tengok mata Danial merah kat bahagian kanan. Kat kolej asyik teringat danial jer. Ingat nak minta excuse awal tapi tak bleh pasal kol 7.30am ada perhimpunan pagi sampai ler ke pukul 9 pagi. Lepas tu pula, kena prepare skil lab untuk OSCE esok. Cari tu cari ni jam dah ke pukul 1030am, terus minta excuse kat bos nak anta anak ke klinik. Sampai rumah terus bawa danial ke klinik swasta. Walaupun rumah kat dalam kawasan hospital tapi tak pernah pun ke klinik atau hospital kerajaan. bukan tak percaya tapi servis tunggu terlalu lama. Lepas jumpa MA atau MO kena pulak tunggu kat farmasi amik ubat. Sebab tu tak suka nak pergi klinik kerajaan ni. Walaupun kena bayar tapi berbaloi sebab servis yang diberi cepat. Masa tak terbuang.
Sampai kat klinik swasta ingatkan orang sedikit tapi ramai juga rupanya. nombor giliran kami 47 dan waktu kami sampai tu nombor giliran 34. jadi kena tunggu ler juga. sejam menunggu doktor mengesahkan Danial mengidap bakterial konjunktivitis. sebulan lepas dia mengidap viral konjunktivits sekarang ni bakterial pula. ishh, ni yang malas nak anta anak ke nurseri. Tapi apa kan daya dan terpaksa kena anta juga ke nurseri.
Esok ada 103 pelatih untuk peperiksaan OSCE.Rasanya mesti dalam pukul 2 abis. harap harapler cepat. Lepas tu kena prepare untuk OSCE lusa pula. Takut kalau kalau student tak dapat jawab. apa apa berserah ler jer. Kita dah mengajar diorang setengah mati kalau depa tak dapat jawab juga apa bleh buat. Kita plak yang takut bila depa tak dpt jawab.

Thursday, May 1, 2008

Buat Istriku....

"kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari
kemudian Dia datangkan pula guruh dan hujan
puas kita mencari mana matahari
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah"
InsyaAllah