Monday, September 22, 2008

Syukur Alhamdullillah....

Awal awal lagi pukul 7 pagi aku dah sampai kat opis. Ari ni ada kursus untuk Intergrated Campus Management System. Kali ni ICMS takler sepenat dulu. Kalau dulu pukul 8.30am masuk dan pukul 5 ptg baru nak balik. Phase 2, ok skit. Mungkin gak ari pertama kot. Kalau ari ke-2 rasanya mungkin teruk. Hahaha....emmm, tadi pukul 2 lebih aku try nak cek result PTK. Aku masukkan nombor IC dan terus klik hantar. wah, terkejut gak rasanya kerana mendapati result PTK aku. Seronok bukan main rasanya walaupun tidak mendapat keputusan umum IV khusus IV.


Kepada istriku,bg Zaidi, Bg shater, dan semua kawan kawan yang telah mendoakan kejayaan ku terima kasih atas dorongan....chewah.

lain dari biasa

Emm malas na juak nak nulis entri ari tok. Ari tok nak nulis lain dari yang lain. Nak nulis entri dalam bahasa sarawak ajak. Ne alah, tiap ari jak nulis entri bahasa sitok. ari tok nak nulis entri bahasa sarawak agik. Hahaha... sik sabar rasa nak nunggu 26hb tok. Nak ke Putrajaya beraya raya pertama di sia dan raya ke -2 balit Sibu. Nak ngembak Danial jalan jalan kat KL ujung bulan tok. mesti nya suka. Miak ya mun diembak jalan mesti suka.


Merenung jauh teringat kat mak ayah..chewahh....


Ehem ehem..Eksyen....

(Ala, kat kawan kawan ari ni rasanya nak letak entri berbahasa sarawak plak. Dah setiap hari cek guna bahasa Kedah. La ni nak guna bahasa Sarawak plak. Tu pun kalau hangpa paham la).

Wednesday, September 17, 2008

Danial Oh Danial






Dah lama rasanya tak update blog ni. Sejak menjak ni terlalu sibuk rasanya. Dah 3 hari berada di Kuala Lumpur dan stay kat Hotel Regency sebelah Wisma Safuan, Jalan Raja Alang. Pening sungguh rasanya sejak berada di sini. Masuk mesyuarat pukul 8 pagi dan balik ke bilik pukul 11 malam setiap hari. Tapi buat benda tu dan benda ni masa berjalan terlalu pantas. Sat je rasanya. Tapi masa yang paling best adalah masa berbuka. Makan secara bufet dan makanan plak best dan superb. selama berada kat sini terlalu rindu rasanya dengan Danial dan tak sabar nak peluk dan cium Danial sekuat kuatnya.

Wednesday, September 10, 2008

Back to work

Seawal jam 7 pagi aku dah sampai kat kolej. Sengaja turun awal pagi ni sebab kalau lewat selalunya jem teruk kat depan hospital. Dah 2 ari tak kerja malas sungguh rasanya nak mai opis. Ari ni dan esok je kena keja. Lusa dah cuti ujung minggu. Jumaat kat Kedah cutiler. Rasanya tak sabar nak tunggu 26hb ni. Bukan apa, kami sekeluarga akan bercuti balik ke Sarawak. Seronok rasanya. Tapi raya ke-2 juga ler sampai Sarawak sebab 26 sampai 1 Oktober stay kat rumah ipar kat Putrajaya. 2hb baru ke Sarawak. Dah setahun danial tak balik Sarawak. Selama setahun tu jugak Tok dan Tok wan dia kat Sarawak tak jumpa Danial. Nampak dull je blog aku ni. Rasanya nak polish dgn few pic tapi masalahnya aku ni malas sungguh nak amik dan kemudian upload pic. Okler, nak buat kerja sat. Selamat Berposa kepada semua.

Monday, September 8, 2008

Danial

Ari ni dan esok aku cuti. Terpaksa amik cuti sebab nak setelkan beberapa benda yang perlu disetelkan. Seronok gak rasanya tidak berada di opis. Lagipun minggu ni tak berapa sibuk sangat kat opis. Esok nak berehat je. Hari ni dari kol 10 pagi sampai ke pukul 4 petang berada kat luar. Cari benda tu, buat benda ni masa berjalan begitu pantas sekali. Untuk malam ni takda benda sangat nak dimasukkan dalam entri. Cuma nak letak gambar Danial yang diambil minggu lepas untuk pertandingan Baby Comel. Huhu.

Wednesday, September 3, 2008

Perjalanan masa

Hari ni masuk hari ke3 puasa. Sat je rasanya. Pejam celik pejam celik tup tup puasa dah masuk hari ke-3. Cepat betul masa berlalu. Bila pikirkan balik perjalanan masa yang terlalu cepat ni aku merasakan entah berapa banyak dosa yang telah aku buat dan berapa kerat je pahala yang aku dapat. Ya Allah. Takutnya. Semakin hari usia kita semakin tua dan diharapkan pahala pun semakin banyak. Tapi selalunya harapan tu hanyalah harapan yang tak kesampaian. Tapi aku bersyukur kerana Allah banyak menyedarkan diriku tentang kehidupan dan tentang kematian. Bila bila je kalau Allah nak nyawa kita maka Allah akan memanggil malaikat maut untuk menarik nyawa kita. Semua entri yang aku tulis ni bukanlah dirancang. Tapi main dan aku menaip je. Sebenarnya waktu surf internet ni tetiba terjumpa satu link yang best. Yang ingi aku kongsi dengan semua. Quran explorer. Klik je kat link tu kita akan dapat mendengar bacaan quran beserta dengan terjemahan dalam semua bahasa. Senang sekali tapi sayang tak dapat nak download. Bukan apa, kalau bleh download aku ingat nak mainkan kat komputer waktu takda line internet.