Sunday, September 27, 2009

Pengalaman buruk bersama MAS.


Pertama kali aku mengalami pengalaman buruk bersama MAS pada 25hb Sept 2009, Jumaat lepas. Semuanya bermula pada pagi tu, apabila aku ngan family aku nak balik semula ke Alor Setar. Seawal jam 9 pagi aku dah sampai kat Airport Kuching. Bila sampai saja barisan didepan aku rasanya dalam 50 orang penumpang. Barisan bukan main panjang dan sepanjang tu aku mengeluh. Sejam menunggu dengan sia sia tiba tiba kaunter tiket 1 membuat pengumuman mengatakan bahawa penumpang yang akan ke KL supaya pergi ke kaunter 1. mendengar pengumuman tersebut semua penumpang yang berbaris nak ke KL berlari lari untuk mendapatkan barisan di kaunter 1. Aku sampai lewat skit sebab membawa bersama anakku, Danial dan barang yang banyak. Sampai di kaunter 1, aku rasa aku orang yang kesebelas didepan kaunter tu. Bila sampai turn aku, tiba tiba pegawai kaunter mengatakan bahawa kaunter untuk KL ditutup...F**K Y*U.
Aku pun mulalah panas kerana setelah berlari lari dan berbaris panjang diorang kata kaunter dah ditutup. Aku pun mulalah datang gila. Aku mengamuk didepan kaunter tu dan macam orang meracau, aku pun mengamuk. Entah apa yang keluar dari mulut aku, aku sendiri tak ingat.Pegawai kat kaunter tu akhirnya setuju untuk melayan aku. Bila masuk flight lain pula ceritanya. Kami tidak diberikan nombor seat dan terpaksaler berlari lari macam menaiki Air Asia untuk mendapatkan seat.Bila dah dapat seat kami duduk dalam flight macam orang gila pula. Kami terpaksa duduk selama sejam untuk menunggu flight bertolak. Flight pun bertolak sejam kemudian. Bila sampai KLIA, connecting flight tertinggal. Hanya kerana 15minit, flight ke Alor Setar tetringgal. Pada awalnya pegawai kaunter di Kuching mengatakan bahawa flight connecting akan menunggu kami walau lama manapun flight kami. Tapi lain pula jadinya. Aku sekali lagi meracau. Kali ni aku meminta pengurus kaunter transit untuk memberikan penginapan kepada ku dan keluarga ku. Akhirnya diorang setuju dan memberikan Hotel Pan Pacific kepada kami. Kalau tak macamana nak tunggu dan kemudian membawa 2 orang kehulu ke Hilir selama 5 jam sebab flight seterusnya adalah pada pukul 8 malam. Pada pukul 8 malam flight bertolak ke Alor Setar. Sampai di Alor Setar lain pula jadinya. Kali ni beg pula hilang. Malam tu juga aku melaporkan kepada MAS. Dan keesokan petang 26hb barulah beg aku dijumpai dan masih berada di KLIA. Geram sungguh dengan apa yang berlaku pada 25hb tu. MAS semakin teruk rasanya. Kemungkinan ketiadaan Datuk Idris Jala. Ishhhhhhhhhhhhhhh.........Dimanakah slogan Malaysian Hospitality MAS yang diorang agung agungkan.

Nyam Nyam "Big Mac"

Ingat Big Mac Ingat MC D.....


Tapi bila tengok pic ni lain plak jadinya....Huhuhu..

Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung

3 4 hari lagi InsyaAllah raya. Malam ni kol 9 aku sekeluarga akan bertolak ke KLIA dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. bermalam dan duduk di rumah adik ipar di Putrajaya sehari sebelum bertolak semula ke Kuching pada 19hb September 2009. Jenuh rasanya transit lama sangat macam ni. Tiket kapal terbang habis nak tak nak kene ler tunggu. Kalau lambat sejam dua lagi memang aku langsung tak dapat balik beraya ke Sarawak. Uwakkkkkkk, sedihnya. tak dapat digambarkan kalau tak dapat balik beraya ni. Kali ni aku sekeluarga akan beraya di rumah aku sendiri di Kuching. Tahun depan InsyaAllah beraya kat rumah baru plak. Seronok rasanya nak balik ni. Tak sabar rasanya nak jumpa mak ayah dan nak bawak Danial dan Darwish jumpa tok dan tok wan depa. Ya Allah, sememangnya hati ini tak sabar nak balik. Rasa terlalu seronok sebab setaun sekali balik. Melalui kesempatan ini kot kot time raya tak dapat nak update blog ni melalui kesempatan ini ingin saya menghulurkan tangan meminta ampun maaf zahir dan batin kepada semua Kawan kawan, keluarga dan pelatih pelatih.

Friday, September 11, 2009

Ragam manusia

Aku terasa janggal dan pelik dengan gelagat dan ragam manusia. Ada yang tidak boleh ditegur langsung. Merasakan diri mereka yang terbaik. Bila mereka yang menegur kita , boleh pulak jadinya. Sedangkan kedudukan aku lebih tinggi dari mereka. Jadi apakah hak aku untuk menegur pelatih pelatih ku. Tujuan menegur atau memarahi mereka kerana ingin membetulkan kesalahan mereka tetapi bila ditegur mulalah muka masam dan macam macam komen menghina. sehinggakan perkataan" hell you go" terkeluar. Entah...biarlah. satu hari nanti mereka akan faham. Ilmu yang aku bagi kepada mereka inilah balasan yang aku dapat. Tapi Allah maha kaya. Keberkatan ilmu bergantung kepada sikap mereka. Kekadang memang aku terlalu emosi. Tetapi siapa yang tidak emosi apabila tidak hadir kelas selama 2 hari dengan alasan kawan sakit...Hati pengajar mana yang tidak sakit apabila mendengar alasan ponteng seperti ini. Aku memarahi tetapi tidak pula melaporkan kesalahan ini kepada Pengarah. Apa yang patut aku lakukan? Hendak dilaporkan rasa kasihan. Tidak dilaporkan perangai menjadi jadi... Semoga Allah memberi petunjuk kepada ku dan pelatih pelatih ku.

Wednesday, September 9, 2009

Happy birthday to Mohd Faizan..


Kepada adikku Mohd faizan, Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke29 pada hari ni 09.09.09.