Thursday, June 19, 2008

Murai berkata kata

Assalamualaikum...
Terlebih dahulu inzinkan saya meminta maaf atas kertelanjuran kata2 saya didalam malaysia kini tempoh hari.
Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan2 saudara Jimadie tetapi sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak2 saya..saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina.Saya TIDAK sama sekali berniat untuk menghina jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara.
Walaubagaimanapun ia tidak sepatutnya berlaku dan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.. bapa.. suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan KeredhaanNYA...saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khusus nya ahli2 PAS atas perlakuan saya itu. Saya berharap dan berdoa agar saya dimaafkan...
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Saya berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. dan dipelihara olehNYA.
Selawat kepada nabi kesayangan kita Rasul ALLAH Nabi Muhammad S.A.W. dan Keluarga baginda A.S.

IKHLAS
Roslan Aziz
@ Kampong Datok Keramat

Kenyataan kat atas adalah kenyataan dari Saudara Roslan Aziz. Ya tak lain dan tak bukan salah seorang pengkritik juri dalam Malaysian Idol kalau kita ingat beberapa bulan yang lepas. dan sememangnya beliau terkenal dengan kritikan pedasnya.

"Kelmarin, Roslan menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan Pemuda PAS Selangor untuk mengadakan perhimpunan untuk membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Bagi aku kenyataan Roslan ni sememangnya pendek akal dan "mulut murai". Dia ingat dia ni siapa? Politician? Peguam? Doktor? Peguam? Eh, membebel macam cerita Ibu mertua ku ler pula. Kenapa beliau pandai pandai mengatakan cerdik pandai agama ni ego? Sepatutnya orang seperti ni meminta maaf kepada tuhan dan bukannya kepada orang yang beliau kutuk. Beginilah keadaannya kalau orang yang hanya tahu bermain muzik dan menggunakan songkok sebagai hiasan mengutuk golongan agama. Terlanjur perahu boleh diundur, terlanjur kata buruk padahnya. Hang pikiaq la sendiri wahai Roslan.