Tuesday, April 22, 2008

Sejuta makna

19Hb April pukul 5 ptg istriku memberitahu beliau telah datang period tapi yang keluar terlalu sedikit. frust sungguh sebab teringin sungguh nak dapat adik Danial. Pas tu malam tu plak, istriku memberitahu yang dia tak pernah period terlalu sedikit macamni. Blood stain jer. Tapi memang tak mengharapkan apa apa pun sebab bagiku kalau dah keluar darah tu maksudnya takda chance nak dapatkan adik Danial. Keesokan harinya, pukul 4ptg aku menerima panggilan daripada istriku, berita yang sungguh bermakna yang tak dapat dibayangkan. Kegembiraan menjadi ayah. Istriku memberitahu dia telah mencuri curi untuk membuat UPT(Urine Pregnancy test). Keputusannya UPT dia positif. Alhamdullilah, Ya Allah...Terima kasih diatas rezeki yang engkau berikan. Terlalu banyak rezeki yang Allah berikan. Tahun lepas, Danial lahir dan InsyaAllah taun ni plak anak ke-2 akan lahir dijangkakan 26hb Disember 2008. Tahun ni sahaja, adikku Hairol telah menerima anaknya yang ketiga. Sebelah istriku pulak, adik dia, Ana akan melahirkan baby yang kedua dan abang iparku di Johor akan menyambut anaknya yang ke-4. sememangnya rezeki melimpah ruah dalam keluargaku. Bukan nak menjadi riak tapi bersyukur atas pemberianmu Ya Allah. Pagi ni masih berasa mimpi yang aku akan menyambut anak ke-2 hujung taun ni.
Waktu ni jam menunjukkan pukul 8.21am, tempat kerja sunyi jer. Tak macam biasa dengan hiruk pikuk student dan pengajar pengajar yang mengajar. Tapi hari ni sunyi jer pasal, interbiu untuk pengambilan para-medik sedang dijanlankan. Pukul 1030 nanti ada kelas. Mesti penat sebab kelas sampai kol 5 ptg nanti. lagipun hari ni puasa. Membayar nazar. Bersyukur diatas pemberian rezeki yang Allah berikan. Takbir takbir.