Sunday, April 20, 2008

Malasnya nak menulis.

Salam semua, dah lama sungguh tak menulis kat dalam blog ni. Selalunya buat embeded video dan artikel jer. Tetiba plak ari ni teringin nak menulis. Tapi nak tulis apa ek? Hari ni Ahad, kalau kat tempat lain hari ni mesti member member blog sedang tengok TV atau mungkin ada yang masih terlena lagi. Tapi almaklumlah saya ni kat Kedah, jadi kene turun kerja. Tapi turun kerja hari ni, takda apa pun, asyik mengadap tenet jer. Jangan salah paham ek, mengadap tenet sebab nak cari bahan bahan tok mengajar Selasa ni. Petang ni nak buat Kelas Erobik plak untuk student aku tok kokurikulum depa. Video yang ada kat site ni adalah aktiviti pocothon taun lepas kat Kulim. Alhamdullilah 4 orang student yang diantar 2 orang dapat juara. Seronok jugakler, penat lelah mendatangkan hasil.


Pertandingan Poco Poco akan diadakan pada Jemat ni (25hb April), dan seramai 12 orang dihantar untuk mengikuti pocothon ni. Ishh, bukan apa, mengajar ajaran sesat plak kat depa ni. Step 2 poco poco sepatutnya ada mambo dan cha cha tapi tak mengajar plak step tu sedangkan step tu yang penting. Nanti nahas plak pasal aku tak mengajar step 2 tapi ada hati plak nak hantar 12 orang student ke pocothon peringkat Alor Star. HUHU.

Minggu ni, sememangnya BZ. Balik kerja sampai rumah tok minggu ni paling awal pun kol 7.00 petang. Bukan apa. Kelas erobik ler, pas tu selasa ada kelas malam sampai kol 10 malam. dan sampai rumah pun dlm kol 1030.


Perkembangan Danial? emm, Danial sekarang ni dah masuk 8 bulan lebih. Duduk dah pandai tapi tak stabil lagi. kesukaan dia bergambar dan berwebcam dengan pakcik dia kat sarawak nu. kalau tengok muka sendiri kat dalam webcam tu mesti dia suka sangat.



Pic ni diamik bulan lepas, tengok je mata dia. memang suka bergambar. Kadang kadang kalau menangis tu tunjuk je handpon terus tak jadi menangis. Bukan apa, dia bersedia nak bergambar. kalau menangis je, tunjuk jer handpon. Tak susah nak pujuk danial ni.

Pic terbaru yang baru diamik adalah pic kat bawah ni. Diamik dlm pukul 2.00pm ni. malas nak tulis, sambung jer entri yang pagi tadi.


Ni ler Danial the lates. Nak bergambar ler tu. Bersedia untuk diambil gambar. 1,2, 3..snap...