Wednesday, April 30, 2008

Subuh yang hitam

Danial mula merengek seawal jam 5.30am. Aku pun terus bangkit membuat susu. Pada masa sama istriku bangkit dan terus membuka pintu bilik air dan kurang 5 saat kemudian membuka semula pintu dan membisikkan kepadaku beliau mengalami pendarahan. Terkejut. Takut. Rungsing. Sedia. semuanya bermain dalam fikiranku waktu tu. Tanpa berfikir panjang terus memberitahu istriku supaya kami pergi ke Unit Kecemasan. Selesai berkemas kami terus menghantar Danial ke Nurseri yang hanya terletak dibawah flet kami tinggal. Sampai di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, kami terus menunggu diruang menunggu. Sesaat rasakan sejam. Seminit rasanya sehari. 10 minit kemudian nama istriku dipanggil dan masuk ke bilik 3. Doktor mengambil sejarah pesakit dan terus merujuk ke O&G yang terletak di tingkat 2. Dalam perjalanan ke PAC, perasaan yang terlalu sedih berada dalam naluri. 9 bulan lepas kami suami istri datang ke PAC sebab istriku bersalin dan kali ini ke PAC kerana istriku keguguran. 2 jam aku menunggu di ruang menunggu untuk pemeriksaan istriku. masa menunggu terlalu lama bagiku. Sementara menunggu di ruang menunggu aku tetap berdoa kandungan istriku selamat walaupun tahu yang kandungan istriku untuk selamat adalah terlalu nipis. Kira kira jam 7.30am, istriku keluar dan membawa berita sedih. Confirm kandungan dan gugur. Kandungan dalam perut istriku dah tiada melalui pemeriksaan. Hanya 11 hari kami gembira kedatangan orang baru dalam hidup kami tapi kegembiraan tersebut hanyalah tinggal kenangan. Rezeki yang Allah kurniakan kepada kami hanyalah seketika. Mesti ada rahmat disebalik musibah. Walaupun bersedih, sebagai orang Islam, kami bersyukur kepadamu Ya Allah. Walaupun kandungan istriku ini telah tiada, tapi aku tetap merasakan dia dekat bersama kami.
p/s: Keguguran adalah proses normal bagi badan menolak kandungan yang tidak sihat. Subhanallah.