Awal awal lagi pukul 7 pagi aku dah sampai kat opis. Ari ni ada kursus untuk Intergrated Campus Management System. Kali ni ICMS takler sepenat dulu. Kalau dulu pukul 8.30am masuk dan pukul 5 ptg baru nak balik. Phase 2, ok skit. Mungkin gak ari pertama kot. Kalau ari ke-2 rasanya mungkin teruk. Hahaha....emmm, tadi pukul 2 lebih aku try nak cek result PTK. Aku masukkan nombor IC dan terus klik hantar. wah, terkejut gak rasanya kerana mendapati result PTK aku. Seronok bukan main rasanya walaupun tidak mendapat keputusan umum IV khusus IV.
Kepada istriku,bg Zaidi, Bg shater, dan semua kawan kawan yang telah mendoakan kejayaan ku terima kasih atas dorongan....chewah.