Wednesday, September 3, 2008

Perjalanan masa

Hari ni masuk hari ke3 puasa. Sat je rasanya. Pejam celik pejam celik tup tup puasa dah masuk hari ke-3. Cepat betul masa berlalu. Bila pikirkan balik perjalanan masa yang terlalu cepat ni aku merasakan entah berapa banyak dosa yang telah aku buat dan berapa kerat je pahala yang aku dapat. Ya Allah. Takutnya. Semakin hari usia kita semakin tua dan diharapkan pahala pun semakin banyak. Tapi selalunya harapan tu hanyalah harapan yang tak kesampaian. Tapi aku bersyukur kerana Allah banyak menyedarkan diriku tentang kehidupan dan tentang kematian. Bila bila je kalau Allah nak nyawa kita maka Allah akan memanggil malaikat maut untuk menarik nyawa kita. Semua entri yang aku tulis ni bukanlah dirancang. Tapi main dan aku menaip je. Sebenarnya waktu surf internet ni tetiba terjumpa satu link yang best. Yang ingi aku kongsi dengan semua. Quran explorer. Klik je kat link tu kita akan dapat mendengar bacaan quran beserta dengan terjemahan dalam semua bahasa. Senang sekali tapi sayang tak dapat nak download. Bukan apa, kalau bleh download aku ingat nak mainkan kat komputer waktu takda line internet.