Monday, June 20, 2011

Petua batuk bagi bayi.

Huh, dah beberapa bulan aku tak update. Sampaikan password pun aku terlupa.Nasib baik dapat masuk dah beberapa kali cubaan.
Minggu lepas anak ku yang bongsu batuk. Umur baru je sebulan. Keisan sunggu ku rasakan. Sampai menangis dan semelaman Darish tak tidur disebabkan batu. pagi tu, aku dan isteri ke klinik membawa Darish berjumpa doktor. Pas tu, doktor preskrib lag beberapa ubat. Balik rumah, bagi je ubat, bukannya batuk berhenti tapi semakin menjadi jadi. Kemungkinan ubat yang menggalakkan batuk supaya kahak keluar. Terus hari tu jugak aku carikan internet petua untuk menghilangkan batuk bagi bayi. Ingin ku kongsikan bersama.

Petua dia senangje, ambil bungga belimbing buluh,sedikit gula batu dan air. Kemudian masukkan bunga belimbing tersebut beserta dengan gula batu ke dalam air.

Gaulkan. Selepas tu masukkan ke dalam bekas kecil dan masukkan ke dalam periuk nasi yang sedang ditanak. Biarkan seketika. Lepas tu, keluarkan dan bagi air tu kat anak. InsyaAllah batuk berkurangan. Memang mujarab (InsyaAllah)...tak payah nak pergi jumpa doktor apa lagi ubat bagi anak yang berumur kurang setaun ni hampir tak ada pun. Cuba dulu pas tu tawakal...