Pagi pagi lagi aku dah sampai kat kolej. Dah 3 hari cuti memanjang, esok cuti Awal Muharaam plak. Sampai sampai je opis aku terus onkan PC. Surf site tu dan surf site ni. Tetiba teringat website JPA. Bila klik kat site tu aku terus mencari Pekeliling Perkhidmatan mengenai "Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang telah Memilih Skim KWSP".
Aku telah memilih skim EPF beberapa tahun yang lepas dan sejak tu aku rasa menyesal memilih skim tersebut. Ini kerana time tu aku tak diberitau atau diberi taklimat langsung mengenai skim EPF. Ikut kawan kawan jer. Kawan pilih EPF aku pun pilih EPF gak. Dengan pemberian semula skim opsyen ni InsyaAllah aku tak menyesal sebab akan memilih skim Pencen.