Thursday, July 31, 2008

Taklimat naziran

Seawal jam 5 pagi aku dan istriku dah bangkit. Istriku kena keja shif pagi. Aku plak malas nak pi kolej selepas jam 7. kalau bertolak awal atau lewat rasanya takda beza cuma apabila istriku shif pagi aku pun menyibuk bertolak ke kolaj sebelum kol 7. Macam biasa selepas berkemas, kami mengantar Danial ke Nurseri yang terletak kat bawah kuarters. Macam biasa jugak, danial semestinya akan menangis apabila diberikan kepada pengasuh.
Lepas tu, aku menghantar istriku ke Wad yang hanya terletak 50m je dari kuarters. Aku terus bertolak ke kolej. Dalam perjalanan ke Kolej, jalan lengang je. seronok rasanya drive pepagi macam ni. Sampai sampai kat opis aku terus onkan komputer dan mula membuat kerja. Hari ni, aku kena masuk kelas semester 2 sebab nak bagi formula untuk Ujian Hess. 8.30 pagi taklimat naziran bermula. Seronok rasanya 4 sampai 6hb ni tiada kat kolej. Bukan apa, takut kena audit. Benda benda semua dah setel. kalau audit pun audit ler tapi yang tak bestnya time audit ni ada aje yang tak kena. Padahal kita dah buat pun benda tu.
Pukul 11 tadi tetiba teringin nak makan ikan bakar cicah ngan asam. nasib baik ler member ku mengajak pi makan kat gerai ikan bakar. Nyam nyam nyam. Sekor ikan kembung bersaiz besar ku sambar. Emm, sedap sungguh rasanya.
Petang ni ingat nak pi Klinik Kesihatan Padang serai. Nak buat pemantauan kat sana. nasib baikler kali ni takada pi hospital Bukit Mertajam. kalau ada jenuh juga rasanya nak rush ke Bukit Mertajam. Dah tu bila sampai kat sana, ada ada je problem. sesat jalan le, susah nak dapat parking le, dan macam je problem.