Monday, November 5, 2007

Saja jer ni........

Buang jari dalam tandas

SUNGAI PETANI: Seorang ibu kesal dengan tindakan kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star yang didakwanya membuang hujung jari telunjuk tangan kiri anaknya yang terputus ke dalam mangkuk tandas, kelmarin.Zuraiza Omar, 35, berkata kira-kira jam 11 pagi dia membawa anaknya Muhamad Shaeidil Amir, 11, ke jabatan itu untuk menyambung semula jari telunjuk yang putus akibat terkena parang ketika mengopek kelapa di rumah.Zuraiza Omar, 35, dari Kampung Batu Menunggul, Air Putih, Pendang, di sini, berkata sebaik tiba di jabatan itu, beberapa kakitangan merawat kecederaan jari anaknya, tetapi seorang daripada mereka meminta untuk melihat bahagian yang terputus.Katanya, dia kemudian menyerahkan hujung jari yang disimpan dalam bekas plastik berisi ais.
“Kakitangan itu mengambil jari berkenaan dan mendakwa ia tidak boleh disambung lagi. Dia kemudian membawa hujung jari itu keluar dari bilik rawatan tanpa disedari rakannya yang merawat jari anak saya.
“Selepas kakitangan itu masuk semula tidak lama selepas itu, rakannya meminta hujung jari yang terputus itu, tapi dia memberitahu ia dibuang ke dalam mangkuk tandas.“Rakan kakitangan itu terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana dia tidak merujuk kes berkenaan kepada doktor bertugas,” katanya ketika ditemui di Taman Delima, di sini, semalam.Zuraiza berkata, dia kemudian bertanya mengenai tindakan kakitangan itu, tetapi lelaki terbabit hanya menjawab hujung jari berkenaan dibuang kerana tidak boleh digunakan lagi.“Anak saya kemudian dibawa berjumpa doktor dan saya memberitahunya hujung jari anak saya yang terputus itu dibuang ke dalam mangkuk tandas oleh seorang kakitangannya.“Biarpun terkejut dengan jawapan saya, doktor terbabit hanya memberitahu dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyambung semula jari anaknya kerana hujung jari yang putus itu sudah tiada.“Saya kecewa dengan tindakan kakitangan itu dan hairan mengapa dia mengambil keputusan sendiri tanpa merujuk kepada doktor. Apakah kakitangan kecemasan boleh membuat keputusan tanpa merujuk kepada doktor?” katanya.Menurut Zuraiza, dia boleh menerima hakikat jika hujung jari yang terputus itu tidak dapat disambung kembali, tetapi kakitangan itu sepatutnya memulangkan semula bahagian berkenaan, bukan dibuang ke dalam mangkuk tandas.Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan kakitangan itu, Zuraiza membuat laporan di Balai Polis Kota Star.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20071104072419/Article/index_html

Emm, malas nak komen, tapi yang saya dengar dari sumber sumber kat Hospital Sultanah bahiyah, benda ni bukannya anggota KKM yang buat, tapi Bla, bla, bla. emm, taknak ler komen panjang panjang. nanti teruklak saya. Huhu, emm, dah nak sebulan tak masuk site. apa taknya, lepas 2 minggu cuti raya kat sarawak, pi plak IJN 2 minggu. sebulan memang dok kontrak kat tempat lain. pas ni bz ngan exam bebudak. Petang ni TKSU nak buat lawatan kat kolej. dengar kabar pasal nak tengok infrstruktur kat kolej untuk pengambilan student perempuan januari ni. emm, Tahniah kat PPP, profesion semakin meningkat dan yang terbarunya dengar kabar ada elauan kritikal tak lama lagi (Bos sendiri habaq kat perhimpunan pagi semalam). wah, seronokler hangpa. kami ni dapat 5% jer ler elaun tu. apa apa pun tahniah kat orang orang atas yang berjuan untuk profesion..