Semalam tepat jam 12 tgh malam dari tingkat 8 kuarters nampak dengan meriah sekali letupan bunga api sempena menyambut malam kemerdekaan. Bangga rasanya lahir Pasca Merdeka. Rasa terharu dengan pengalaman nenek moyang kita dalam zaman penjajahan untuk menentang penjajah. Ingat lagi cerita arwah nenek saya tentang beliau dan para seangkatan beliau menjadi ahli Persatuan melayu Sarawak untuk golongan ibu. tapi saya sempat lagi teringat masa budak budak (sekitar umur 6 7 tahun) zaman darurat. Kat Sarawak walaupun dah merdeka tapi komunis masih lagi memberontak sekitar taun 1978 atau 1979. Ingat lagi waktu tu, kalau dah kol 6pm kami berkurung kat rumah. bunyi dentuman senapang memang kedengaran. Bila imbas kembali zaman tu dan dengar kembali cerita kemerdekaan rasa terharu sangat sangat.
Terima Kasih kepada Pemimpin terdahulu. Terima kasih Tunku Abdul Rahman. Terima Kasih Rosli Dhobi. Terima Kasih Rentap. Terima Kasih Semua. Terima Kasih Malaysia. Sempena menyambut kemerdekaan ke-50 Negaraka jangan abaikan semangat nasionalisme. AKU SAYANG PADUMU....MALAYSIA TANAHAIRKU.
P/S: HUHU..TERHARU RASANYA.