Sunday, March 29, 2009

Sambutan Earth Hour

Malam tadi aku cepat cepat buatkan susu Danial dan darwish. Depa dua pun dah tido time tu. Pukul 8.30 malam, aku terus menutup semua lampu. Untuk bersama sama satu dunia menyambut " Earth Hour". Tapi masa yang sama, TV aku onkan sebab taknak ketinggalan Akademi fantasia.

Thursday, March 26, 2009

10 things to do during Earth Hour

1. Gather family & friends for a night picnic
2. Dine in one of the many Earth Hour participating restaurants by candlelight
3. Organise a family night playing board games
4. Throw an Earth Hour street party with your neighbours
5. Arrange a house party lit by torches
6. Take the dog for a night walk
7. Hand write a letter to loved one by lantern
8. Sit in the dark and share stories
9. Read a book using a book light
10. Share a romantic night in with your loved one

Sunday, March 22, 2009

Aku ngerepak ari tok.

(Aku guna Bahasa Sarawak ler)

Penat na juak rasa nyawa. Kepak jak rasa nyawa aku 2 3 ari tok. Apa sik, mala ajak pergi berkursus. Ari tok sengaja ajak aku make bahasa Sarawak, sebab geram na juak rasa dengan sidak bos bos ngantar kamek berkursus. Mun berkursus seminggu sekali sik juak apa. Tok, sik sampe 12 jam ada agik kursus. Sik gila nama ya. Yah, menempek ajak bunyi dalam blog tok. Hahaha...Mun bukan orang Sarawak maca sik orang ya paham eh. Kamek sengaja ajak nak make sebab nak nganok Bos. hahaha......
Apu Kiehh.....Yah, bahasa Iban indah keluar. Minggu lepas, nang tiap tiap ari sikda kat rumah. Ne tahan nyawa kerja gila macam ya. Mun ada berehat sik juak apa. Tok dah lah molah kursus sampe kol 11 malam. dari pagi kol 8 sampe kol 11 malam. Kadang kadang berlalak nanyak soalan indah sampe kol 11 lebih. Apa reti ya. macam sik ingat dunia ajak. Aku ngerepak ari tok.

Earth Hour

Sunday, March 15, 2009

AKADEMI FANTASIA 7

Malam tadi aku sekeluarga keluar bersiar siar. Sewaktu makan tiba tiba tersedar jam rupanya dah ke pukul 9.15 malam. Aku cepat cepat memberitahu Angah supaya balik ke rumah. Bukan apa, kami dah terlepas 15 minit Akademi Fantasia. Oh, TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.
Sebenarnya kami sekeluarga dah awal awal lagi dah bercadang untuk menonton AF7. Sampai kat rumah jam pun dah 9.35 malam. Oh, nasib baik peserta favourit tak keluar lagi. Peserta favourit aku dan istriku adalah Hafiz, Claudia dan Aishah. Emm, Orang Sarawak wei. Teng teng teng, Hafiz keluar. Wah bestnya Hafiz. Suara mengancam.



Tak rugi aku support Hafiz. Minggu ni aku nak Afundi Hafiz. Huhuhu. Ops, pagi ni ada perhimpunan bulanan staff. Kena chow dulu..

Thursday, March 12, 2009

SENARAI 20 TERKAYA DUNIA

NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:

1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)


2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)



3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)


4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)


5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)


6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)


7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)


8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India


9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman


10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)

(Dari kiri (Walton's Family) Alice, Rob, Sam, Helen, Jim, and John Walton)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.


16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong


17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)


18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)


19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP

Sumber : Berita Harian Online, 12 Mac 2009

Monday, March 9, 2009

Danial melecur.

7hb petang aku terjaga dari tido kerana terdengar Danial menangis dengan kuat. Sedihnya apabila melihat bibir Danial melecur kerana terminum air panas yang disangkakan air sejuk.Kebetulan keluarga iparku datang dari Taiping. Tak tau nak cakap apa. Pagi ni dah 2 hari bibir Danial terkena air panas. Nasib baik tak seteruk ari pertama. Yang tinggal hanyalah "serous" dan keruping.

Pagi ni aku bawa Danial jalan jalan pi Giant. Saja untuk menghiburkan hati Danial.Waktu kat Giant ada makcik yang menegur Danial. "Awat berlemoeh je bibir tu"?. Tegur makcik tu. Aku senyum jer, malas nak bercerita panjang. Kebetulan waktu tu Danial tengah memegang biskut Chipsmores. Mungkin makcik tu ingat berlemueh pasal biskut. Haha.Gambar ni aku amik time Danial lom mandi lagi. Manakala gambar kat bawah ni gambar Danial pas balik dari Giant. Keletihan.

Darwish plak baru jer sembuh dari demam. Nasib baik demam tu tak lama.Kalau lama teruk gak menjaga terutama kalau time menangis. Kesian rasanya.

Wednesday, March 4, 2009

Darwish Demam

Pagi ni Darwish demam. Kesian kat dia. Istriku plak sedih ngan Darwish. Pagi tadi iparku sampai dari Putrajaya. Pagi ni sampai sampai kat opis aku terima surat pencalonan untuk berkursus ujung bulan ni kat Penang. Wahh, tensennya akuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Nama Jepun keluargaku

Nama aku dalam bahasa Jepun adalah Noriaki Erizawa, istriku pula Hiroshi Arihyoshi @ Arisa Yanagita. Anakku yang sulung si Danial adalah Matsudaira Fujikage manakala si Darwish adalah Daisetsu Fujikage. Jika anda ingin mengetahui nama Jepun anda sila klik kat site ni.

Tuesday, March 3, 2009

Empat Ciuman Sehari Mampu Panjangkan Perkahwinan

LONDON: Penyelidik berjaya membongkar rahsia perkahwinan berpanjangan dan ia membabitkan jurang umur dua tahun, empat ciuman sehari dan mengadakan hubungan seks tiga kali seminggu.

Berkongsi dua hobi, memeluk pasangan tiga kali setiap 24 jam, mengucap ‘saya cintakan awak’ sekurang-kurangnya sekali sehari dan menikmati dua hidangan romantik dua kali sebulan juga boleh membantu memanjangkan usia perkahwinan.

Profil perkahwinan sempurna itu dikumpul oleh laman web perancang perkahwinan, www.confetti.co.uk. Lebih 3,000 pasangan suami isteri disoal selidik untuk mencari rahsia kejayaan mereka mempertahankan perkahwinan.


Jurucakap laman web itu, Carol Richardson, berkata: “Penyelidikan menunjukkan banyak komponen yang menjadikan perkahwinan itu sempurna, termasuk jurang usia yang sesuai, tempoh bercinta dan masa untuk berkahwin.

“Nampaknya, pasangan berkahwin pada usia lebih lanjut yang boleh dikaitkan dengan wanita lebih mementingkan karier, menyebabkan cinta dan perkahwinan jatuh nombor dua.”

Beliau berkata, jurang perbezaan usia untuk perkahwinan masih menetapkan lelaki perlu lebih tua berbanding wanita yang boleh dikaitkan dengan suami perlu stabil dari segi emosi dan kewangan.


“Selepas majlis perkahwinan berakhir, kajian menunjukkan betapa penting memastikan keajaiban itu terus hidup dengan ciuman, pelukan dan keluar malam bersama,” katanya.

Kajian mendapati perkahwinan paling lama bertahan membabitkan lelaki yang berkahwin pada usia 31 tahun - dua tahun dan tiga bulan lebih tua dari pasangan mereka.

Suami isteri juga perlu mengucapkan ‘saya cintakan awak’ kepada sesama sendiri sekurang-kurangnya sekali sehari dan melakukan hubungan seks tiga kali seminggu. - Agensi

Bagi memastikan hubungan sentiasa ceria, pasangan suami isteri perlu keluar makan bersama dua kali setiap bulan dan memperuntukkan tiga malam seminggu berpelukan di atas sofa bersama.

Mereka juga perlu sentiasa berhubungan - walaupun ketika bekerja - menerusi sekurang-kurangnya tiga panggilan telefon, SMS atau emel.

Dua percutian hujung minggu mengejutkan setiap tahun dan sekali percutian di luar negara setahun juga memastikan perkahwinan sentiasa kukuh. - Agensi

Sumber :Berita Harian Online 3 Mac 2009.